:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, June 11, 2011

- Sambal Udang Bermadu -

* Sambal Udang Bermadu *


Bahan2 :-

- udang (ikutlah nak 1/2 kilo ke....sekilo ke....)
- 1/2 labu bawang besar (dimayang)
- 2 batang serai dititik
- 3 sb sos tomato
- sedikit cili kisar
- 3 ulas bawang putih ditumbuk
- 4 ulas bawang merah ditumbuk
- 1 sk lada hitam ditumbuk
- 3 helai daun limau purut
- beberapa biji tomato ceri (yang kecik2 selalu orang buat salad tu...)
- 3 sb madu (ummi guna madu jenama Cosway, sebab dicampur limau kasturi..sedap)
- garam/gula secukup rasa


Cara-cara :-

1. siang dan basuh udang bersih-bersih
2. tumis bawang merah+bawang putih yang telah ditumbuk. Kemudian masukkan serai. Masukkan cili kisar+sos tomato, tumis hingga masak ya cili tadi (masa ni jangan masukkan lagi garam/gula/serbuk perasa)
3. Bila cili dah masak, barulah masukkan gula/garam dan madu tadi. Masukkan juga lada hitam yag ditumbuk kasar.
4. Kemudian, masukkan udang, daun limau purut dan tomato ceri tadi. Gaul sebati semuanya hingga udang disaluti sambal. Rasa dahulu sebelum dihidang bersama nasi panas.

Selamat mencuba!

* ini yang ummi masak kelmarin, masa family Shah Alam datang sini (^_^)

2 comments:

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...