:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, June 16, 2011

- anak dara pandai masak -

(imbau kenangan lama...)

Masa ummi kecil-kecil dulu, tak silap ummi dalam 4 hingga 6 tahun ummi sangat suka main pondok-pondok, masak-masak, kahwin-kahwin (hehehe...), batu seremban dan guli. Kadang-kadang tu ikut abang dan adik-adik ummi (lelaki) panjat pokok atau main kejar-kejar. Seawal pagi keluar bermain. Tengahari agak-agak waktu makan, balik rumah isi perut dulu. Lepas tu sambung main lagi. Panas ke hujan ke tak kisah, janji main. Sampaikan pernah kena cubit dan rotan dengan mak sebab tengah-tengahari pun jalan lagi rumah orang. Nak main punya pasal hehe.

Atas ummi seorang abang. bawah ummi berderet 3 orang adik lelaki, lepas tu baru perempuan. Itu sebabnya ummi banyak ikut diorang main kat luar rumah. Buat aktiviti lasak. Bila masanya main pondok2, kahwin2, masak2?? Masa balik kampung atau di rumah pengasuh (^_^).

Sekarang ni mana ada sangat permainan macam ni. Dulu ada galah panjang, baling selipar, kejar-kejar, pondok-pondok...sekarang play station, FB, ....apa lagi ye? Kalau ada pun permainan yang ummi cakap tu, sikit je ummi rasa. Sekarang kan zaman IT....

Tapi auni...?

makan masakan sendiri ketika berhenti rehat di RnR

***************************************************************

Panjang pula melalut nya ummi ni. Takde kaitan pun sebenarnya hehe. Kali ni ummi nak cerita pasal hobi @ H.O.B.I buah hati ummi ni. Hobi auni memasak ya. MEMASAK. Pantang dengar masak, terus buat gaya goreng ikan, tumbuk bawang, potong bawang dan masak air sambil mulut berbunyi "syyhhh...syyhhh"- (bunyi masak). Kalau ummi tengah masak kat dapur, dia datang duduk sebelah ummi. "Ummi...ssyyhhhh,...syyhhhh" - buat gaya dia tengah masak juga lah. Kadang-kadang ummi tengah menumis, dia minta dukung nak tengok apa yang kita masak.

ini set memasak auni yang ummi belikan di Mydin masa balik Shah Alam dulu.
Tak cukup?
Nak lagi?


*



*



*



*


ini pula ummi tambahkan lagi satu set
Ummi tahu anak ummi dan abah ni RAJIN & SUKA masak.
Jadi, ummi belikan set permainan ni supaya auni rajin masak. Kalau ummi sakit auni boleh tolong masakkan ummi dan abah ya (^_^)

auni suka pinjam hanset ummi dan abah.
Jadi, abah belikan telefon ni untuk auni.
Bolehlah auni telefon atok dan nenek Shah Alam ya...

Telefon auni canggih lagi, siap keluar lampu dan bunyi kalau tekan butang-butang tu hehe.


* semoga puteri ummi dan abah ni rajin memasak ya. Ingat nak, air tangan isteri pengikat hati suami (^_^) - oh, ummi terlebih advance sudah.....


11 comments:

  1. salam :)

    semoga anak ummi dah besar kelak rajin masak sedap-sedap! :)

    bila tengok permainan masak-masak tu, teringat kenangan dulu. saya pun suka, tapi mak tak suka belikan..hehe

    ReplyDelete
  2. aameeen....t.ksh cik anita hehe.
    ummi masa kecil dulu, main masak-masak bukan guna alat macam ni. tapi ummi guna periuk, kuali, sudip, pisau yang betul. ambik dari dapur mak ummi hehe. lepas tu cari air, buah ceri, daun-daun...buat masak-masak. kadang-kadang guna api tu...cari mancis dan surat khabar hehe

    ReplyDelete
  3. auni menurun umminye...nanti nak belikan muhammad jugak..biar pandai masak mcm auni jugak..heheh..

    p/s: ummi na..nanti sejarah berulang sebab auni tengok ummi masak betul..die masak tapi tak mask2..kene gune kuali betul ni bru jalan ;D

    ReplyDelete
  4. wah..byknya set masak-memasak auni! nak pinjam boleh? ehe..

    ReplyDelete
  5. salam ummi na..banyaknya set masakan auni..comeelll.sy pun baru je belikan set masakan utk wardah ptg smalam ms kat tesco..tp yg kecik je la.tu pun xpandai lg main..sodek tu,dia buat jd sudu..yg bhan2 lada,bwg putih,ikan tu sekarang dah jd brg2 mandian dia dlm besen pulak..ihikkk..xsabar nk tunggu wardah besar mcm auni.mesti best tgk reaksi dia kan??nomeyyyyyyyyy!!

    ReplyDelete
  6. ummu muhammad : a'ah...belikan utk muhammad ya. biar besar nanti dpt masakkan utk ibu dan ayahnya :)

    kak nadiah : boleh2...datanglah teratak auni ya...

    ummu wardah : oh yeke? mmg seronok tengok auni masak hehe. dia ada stail tersendiri bila memasak tu...

    ReplyDelete
  7. hehe...yg paling xtahan..bukan anak yg syyyhhhh syyyhhh...abi yg tolong buat bunyi..

    ReplyDelete
  8. hehe..biasalah tu. auni tu, kdg2 dia yg ajak abah dan ummi main masak2.. "ummi..asak (masak)...asak (masak).." hehe :)

    ReplyDelete
  9. wah,banyaknya mainan auni...best la dia main kan.hehe

    ReplyDelete
  10. cik as : ni mainan ni nak ajak cik as main sama-sama lah...hihi

    Ibu Aqil : buat menantu? (^_^)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...