22/06/2010
1) kira-kira 11 tahun yang lalu, pada hari dan bulan yang sama telah bertambahlah ahli keluarga Ummi Na. Daripada 9 orang menjadi 10 orang. Ini kerana pada tarikh tersebut, Ayah Su Auni telah dilahirkan melalui pembedahan. Oh, serupa dengan Auni. Kalau nak tahu, beza Ayah Su dengan Acik Efiq ni 7 tahun. Agak jauh tu. Semua keluarga ummi ingatkan tak adalah lagi adik lepas Acik Efiq hehehe. Ayah Su Auni ni dah 11 tahun rupanya hihihi. Semoga jadi anak yang baik dan pakcik yang penyayang ye adik (adik ni panggilan manja untuk adik bongsu Ummi Na).
2) Hari ni Auni ke klinik. Check up 10 bulan. Alhamdulillah, masa kat klinik tu Auni tak meragam macam selalu. Diam aja dia hehe. Cuma yang ummi masih belum puas hati adalah berat badan Auni. Berat Auni sekarang ni cuma 6.9kg je. Memang tak berapa okey la ni. Misi tu cakap berat Auni kalau ikut umur dia 10 bulan ni mesti atas 8 kg. Ayoyo, camana tu? Kurang 1.1kg untuk capai 8kg. Tapi memang ummi akui, sekarang ni Auni jaranglah makan nestum dan nasi. Sebab ummi jarang bagi nasi. Asyik-asyik bagi susu kat Auni hehehe. Salah ummi juga, kan dik? Next appointment Auni 20/07/2010 ni. Balik klinik tadi, terus Ummi Na tanak nasi untuk Auni hehehe. Moga-moga berat Auni bertambah lagi bulan ni ye!!
suka sangat gigit barang...tengok tu, buku A.B.C dia pon nak gigit.
Auni masa lahir di pangkuan ummi. Masa ni macam tak percaya dah bergelar ummi hehehe
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)