:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, June 18, 2010

- Destinasi yang kurindu (4) -

Dah 4 hari di Shah Alam, sampailah masanya kami pulang ke Kelantan semula. Huhuhu, rasanya belum puas lagi nak manja-manja ngan family di sana hehehe. Tapi yang tak syoknya, abah takde masa last day kami kat Shah Alam. Abah pergi Ristec, ada kursus kat sana. Erm, yang menariknya sebelum bertolak tu emak buatkan buaian untuk cucu kesayangannya tu. Hehe, kat mana? Kat tempat duduk belakang (^_^).

Tengok budak baju hijau yang comel tu...apasalla muka cenggitu dik?

Auni bersama orang-orang Shah Alam yang akan sentiasa merindui dirinya...
.juga abah ngan ummi nya tu hihihi

Balik Kelantan ni pon, ayoyo jalan jem. Selain tu amatlah 'panas hati' sebabnya semua masjid yang kami singgah tandasnya amat-amat K.O huhuhu. K.O tu 'kurang okey'. Tak patut betullah. Bukan ke kebersihan sebahagian daripada iman? Ni masjid2 di sekitar Kuala Krai tu. Ops!! Sorry orang K.K ye....Terpaksalah Ummi Na menahan diri nak membuang hadas kecil...sabar ajelah.

Sampai rumah dalam pukul 8 malam. Aduii, letih sangat rasanya perjalanan kali ni. Si comel tu pulak tak nak duduk kat kerusi dia. Asyik nak duduk atas riba ummi je. Auni...Auni. Kalau namanya Auni Nafeesa ni...itulah dia. Sayonara Shah Alam. Nampaknya kita jumpa lagi raya puasa ni ye!! (^_^)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...