:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, June 23, 2010

( Pizza-Pizzu )

Tadaaaa!!

Kali ni ummi nak berkongsi resepi terbaru. Ummi namakan 'PIZZA-PIZZU' hehehe. Amatlah mudah dan jimat sekali untuk buat pizza ni. Mana ummi dapat resipi? Kawan ummi yang bagi. Thanks kat Ummu Syifa' eh! Ummi Na suka sangat. Ni first time ummi wat pizza. Syyy, malunye...nampak sangat cam tak pandai buat pizza kan?

Balik opis tadi ummi singgah PT (Pantai Timur) beli bahan-bahan nak buat pizza. Petang tu sampai rumah terus buat pizza. Punyalah semangat hihihi. Jom tengok bahan2 untuk buat PIZZA-PIZZU :-

bahan A
- 1 labu bawang besar (mayang halus)
- sedikit daun bawang (dimayang juga)
- lada sulah / lada hitam (ditumbuk halus)
- sedikit garam
- sedikit cili besar / lada benggala
- sosej (dipotong kecil-kecil) boleh tambahkan daging ayam kisar / daging burger / udang
tapi kena potong kecil-kecil ye

bahan B
- 5 biji telur biasa / 3 biji telur gred A (dipukul agak-agak sampai kembang)

bahan C
- 5 keping roti gardenia (dicarik halus)

campurkan semua bahan A. Gaul sebati

masukkan bahan B, gaul hingga sebati. Pastu baru masukkan bahan C, kacau-kacau sampai mesra semua bahan A, B dan C

Dah mesra, agih kepada 3 bahagian. Letak atas kuali yang telah dipanaskan bersama sedikit minyak. Pastu guna api perlahan dan tutup kuali tersebut.
(kalau nak buat sekaligus boleh juga, tapi kenalah kuali besar. Ummi rasa guna yang kecik lagi menarik dan cepat masak.....)

Pizza-Pizzu versi Auni dah sedia untuk dimakan!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...