:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, June 12, 2010

- Destinasi yang kurindu (2) -

Esok pagi (Sabtu), lepas je sarapan kami bertolak pulang ke Tanjong Karang. Sebetulnya, sepupu Ummi Na kahwin. Dia nikah malam sebelum tu, kenduri pulak keesokan harinya. Perjalanan nak ke Tanjong Karang tu makan masa lebih kurang 1 jam 1/2.

1) auni ada laptop hehehe
2) WAJIB bergambar sebelum bertolak...
3) auni vs ummi...sape poyo?
4) ehem2...abah senyum sokmo

Auni memang tak nak duk ngan sape-sape pun masa kat sana. Kalau sape-sape pegang, mesti dia nangis kecuali ummi yang pegang. Kalau abah dia pegang pun, nak menangis. Kat sana pun, Ummi Na tak dapat nak tolong apa sangat. Duduk melayan kerenah Auni sampailah dia tertidur keletihan.

tengoklah ragam auni tu...

Ummi Na tak duduk lama pun atas rumah tu. Lepas pengantin datang, terus pergi rumah nenek. Mujur dekat. Ingatkan boleh rehatlah, rupa-rupanya tak juga. Auni duk main-main sampai ummi dan abah dah letih nak main dengan dia. Tapi entah macam mana, lama-lama tu dia tido juga. Fuh, lega!
Malam tu kami bertolak pulang ke Shah Alam sebab keesokan harinya nak pergi HUKM melawat makcik Abah Yie. Okey, sambung lagi citer. Nak gi makan gulai kat Pasir Mas dulu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...