:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, June 11, 2010

- Destinasi yang kurindu -

Alhamdulillah, dapat juga nak menulis dalam teratak ni. Dah banyak kali asyik tertangguh. Mujur Auni dah tido tu. Ahaa, macam biasalah kan...kali ni Ummi Na nak cerita pengalaman balik 'kampung' minggu lepas. Sekarang saya dah ada kampung, jangan jeles ye abang! Kampung Shah Alam hehehe, macam lucu je Shah Alam tu dipanggil kampung. Tak best je rasanya hihi.

Ummi Na ambil cuti rehat 2 hari, 7 & 8 Jun. Ahad tu Kelantan cuti sempena Keputeraan Agong. Kami bertolak pagi Jumaat. Rancangnya jam 7 pagi dah bertolak dari rumah. Tapi, lambat sikitlah jugak sebab Abah Yie jumpa kawan sekejap, hantar surat untuk diserahkan ke YIK. Jom tengok gambar ni dulu...

(gambar atas tu dah ceritalah kan...?)
gambar ni sebelum bertolak dan sepanjang perjalanan

Kali ni Auni tu tak nak tido sangat atas kerusi comel dia. Auni asyik nak duduk atas riba ummi. Letih juga ummi nak pangku auni. Sampai sakit perut ni sebab si comel tu asyik pijak-pijak perut ummi huhuhu. Kami berhenti rehat di RnR Gua Musang dan isi minyak kat situ. Macam biasa, makan bekalan yang dibawa dari rumah (^_^)

makan...makan...makan...

Masa kat stesen minyak tu sempatlah kami beli gula-gula buat hilangkan ngantuk. Ramai sangat orang time ni. Maklumlah, cuti sekolah semua nak balik kampung, makan angin, kenduri...Perjalanan kali ni memang sangat letih. Masa ni kami jamak ta'khir. Adui, masa kat Ampang jalan memang sesak teruk. Sangat2 teruk sebab dah nak sampai rumah pun masih jem. Selalunya jalan dekat dengan rumah Ummi Na tu taklah jem, entah kenapa hari tu jem teruk huhuhu. Kebetulan Auni 'buang air besar' huhuhu. Menangis-nangis dia. Manalah nak cari stesen minyak tengah-tengah highway tu? Adoilaaa....

Sampai rumah lebih kurang nak pukul 6 gitu. Sampai-sampai je terus mak ambil Auni dan mandikan dia. Dahlah Auni tu jarang sangat jumpa mak, nangislah dia. Sabar ajalah...Mujurlah malam tu dia tido lena juga. Letih sangat sebab hampir 10 jam dalam kereta. Sepatutnya nak balik kampong sekali dengan mak malam tu, tapi mak suruh balik esok aja. Mujur juga, kalau tak mesti Auni ngamuk lagi. Dahlah Abah Yie letih memandu sorang-sorang dia hehehe.

Okey...bersambung lagi............................

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...