:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, June 02, 2010

- lamanya -

Alhamdulillah...

Lama sangat rasanya tak update Teratak Mawaddah ni. Hari-hari memang singgah, tapi tak berkesempatan nak mengemaskini teratak ni huhu. Banyak sangat perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni...

Minggu lepas Ummi Na dapat cuti sakit 2 hari. Kes batuk kuat yang agak lama dulu tu lah. Demam panas pon iye. Makan ubat yang doktor bagi, makan madu, air zam zam...agak lama baru sembuh. Ummi Na risau kalau-kalau sakit 'lain' (selain batuk...). Malam-malam yang paling tak tahan. Batuk tak henti-henti huhuhu. Peritnya tekak ni...beberapa hari pastu baru sembuh. Alhamdulillah. (auni pon sama batuk masa ni...)

InsyaAllah esok nak gi Pasar Siti Khadijah. Nak beli keropok, dodol, asam dan coklat untuk orang-orang Tanjong Karang. Eh, Tanjong Karang?? Ha, jangan tak tahu...insyaAllah kami akan pulang ke Selangor hari Jumaat ni (04/06/2010). Bertolak pagi, lepas Subuh gitulah. Kami pulang ni sebab Abah Yie takde kelas masa ni. Kebetulan sepupu Ummi Na (sebelah emak) nikah :) Alhamdulillah, bolehla jumpa sanak-sedare ni. Lama sangat tak jumpa sejak Ummi Na kahwin hari tu. Walaupun adalah dua-tiga kali balik Selangor, tapi tak berkesempatan jumpa semua sedare-mare pon. Mesti seronok balik kali ni sebabnya, Auni dapatlah kenal-kenal ngan sedare-mare umminya ni...


** Auni sekarang dah pandai nak duduk rasanya. Gayanya tu, macam orang dah besar je hihihi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...