Esok paginya tu, kami bertolak ke HUKM untuk melawat Cik Dah. Actually, Cik Dah masuk hospital sebab demam dan tekanan darah rendah. Ops, Cik Dah ni tengah sarat mengandung. Ikutkan 26/06/10 ni dia bersalin. Rupa-rupanya masa kami sampai tu Cik Dah dah boleh keluar wad. Kami pun tunggu jugalah kat parking luar tu. Dalam pukul 12.30 tengahari, kami masuk juga sebab lama sangat menunggu hehe.
HUKM memang cantik lah wad dia..jeles saya (lupa nak ambik gambar dalam wad)
Tengahari tu kami singgah rumah Cik Dah kat Cheras. Makan nasi lauk ikan bakar dan sup yang Ayah Lah beli dalam perjalanan balik. Sedap sangat lauk tu. Ummi Na tambah 2 kali (walhal kongsi sepinggan dengan Abah Yie hehe). Sempatlah mandikan Auni tu sekali. Asyik meragam anak ummi ni. Then, kami solat jamak taqdim waktu ni tapi terpaksa bergilir sebab anak ummi yang sangat baik tu menangis tak henti-henti.
Balik dari rumah Cik Dah, kami singgah mencari kek dan bahan-bahan nak buat koktail - macam ni ke ejaan dia? Sebenarnya nak sambut birthday adik bongsu Ummi Na yang ke-11. Birthday dia 22/06/10...lambat lagi kan? heheh, saje nak sambut awal sebab kebetulan Ummi na balik waktu ni. Sesekali nak gembirakan adik sorang tu. Konon-konon nak beli kek dekat Secret Recipe. Tengok harganya, adoila mahal sangat! Mana cukup bajet Ummi Na. Eii, mahalnya lah kek-kek tu huhuhu. Then, pusing-pusing cari kedai kek kat Seksyen 18 tu. Adalah satu kedai kek Cottage Bakery kalau tak silap. Masuk, pilih-pilih kek. Dapat juga kek yang Ummi Na berkenan. Kek yang ada buah-buahan atas dia tu...harganya dalam RM38.00 untuk 1/2 kg tak silap. Okeylah tu berbanding Secret Recipe.
Pastu kami singgah kat Mydin Mart yang baru dibina kat Sri Muda tu. Wow, besar Mydin Mart tu. Sukalah Ummi Na masuk. Cari bahan-bahan nak buat koktail, bayar terus balik. Sampai rumah..tak sangka pakcik Ummi Na se-family ada sekali. Apa lagi, terus masing-masing masak apa yang patut. Ummi Na buat koktail, adik buat air, sepupu Ummi Na masukkan kuih-kuih dalam piring. Ingatkan nak buat jamuan tu malam nanti, nak telefon pakcik Ummi Na tu suruh datang. Tapi, surprise tak menjadi hehehe. Ape pun, yang bestnya adik Ummi Na tu tak tahu pun kitorang nak sambut birthday dia hihihi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)