:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, May 23, 2010

- sakit itu ujian -

(sedang berkira-kira nak pulang awal @ tak hari ni...?)

Ummi Na batuk dah beberapa hari. Demam baru-baru ni tak nak batuk pulak hihi. Sakit sangat tekak sekarang ni. Auni pun tengah demam tu. Kesian anak ummi :( Moga Auni ngan ummi cepat sembuh, Ya Allah....

Kepala dah pusing ni sebenarnya. Kelmarin Ummi Na batuk, sampai muntah sekali. Sakit sungguh perut pas batuk + muntah tu. Tak gi klinik lagi. Cuma minum madu + air suam je. Rasanya sangat M.A.L.A.S nak ke klinik. Mesti doktor tu cakap 'asyik2 muka ina ni lagi..." (agaknye kot...hihi). Memang Ummi Na kerap ke klinik tu. Kalau bukan Ummi Na yang sakit, Auni yang sakit. Abah Yie? Dia 'kebal'...langsung jarang sangat sakit :) Memang 'payah' nak sakit dia tu...jelesnye.

Erm, mungkin ini ujian yang Ummi Na kena hadapi. Muhasabah semula diri ni, banyak sangat dosa huhuhu. Lama sangat tak bangun malam. Nak solat sunat pun, kadang-kadang 'payah' rasanya. Walhal, bukan lama pon huhuhu. Mengaji pon tak macam dulu. Kalau dulu, setiap kali pas solat mesti Ummi Na akan ngaji walaupon 1/2 muka surat. Sekarang ni, 2 muka surat lepas Maghrib...je. Ya Allah...........................


** bila nak start pose semula??

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...