:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, May 15, 2010

- sahabat @ UIA (i) -

Salam hujung minggu (^_^)

Alhamdulillah...lega rasanya sekarang ni. Kenapa? Barulah dapat merehatkan diri barang sejam-dua ni. Erm, nak citer apa kali ni? Ahaaa, masa Ummi Na 'kemas-kemas' hard disk, tetiba Ummi Na rasa nak sangat buka satu fail ni. Fail ni terdapat gambar-gambar lama Ummi Na masa belajar dulu. Kat mana? Semestinya UIAM (^_^). Gambar-gambar ni bersama roommates Ummi Na masa kat Matrikulasi PJ dulu. Jom, enjoy!!

Adah (mek su) dan Mukha (mek lang)
~ kitorang selalu 'lepak' kat bilik Mukha (tudung hijau).
Sebabnya bilik dia paling dekat ngan tempat kuliyyah hihihi

Ummi Na (mek long) dengan Adah (meksu)
~ pertama kali 'bergaya' dengan tudung krim tu hehe

Sebelum bertolak ke Ulu Yam, ada Rehlah Mahabbah
~ Mek su tu nampak macam putih melepak, apa rahsianya?

Mek ngah yang slumber...
~ dia ni je yang tak ada gambar langsung bersama Ummi Na..huhuhu

bersama mek lang di Cameron Highlands
~ pertama kali ikut rombongan Mahallah. Masa ni 2nd year tak silap...

di hadapan Mahallah Asiah
~ riang ria bergambar sekembalinya Ummi Na ke UIA semula...
(masa ni baru lepas sembuh dari sakit...)

Perempuan MeLAYU Terakhir...hahaha
~ mahallah ni baru je siap dibina masa ni...

Mek Long, Mek Ngah, Mek Lang & Mek Su. Kenapa kami menggelarkan diri kami MEK? Alkisahnya..(malu I nak cerita hehehe)...masa ni masing-masing konon-kononnya nak berMADU..kebetulan kami 4 orang. Disebabkan Ummi Na lahir awal (09/02/84), maka secara otomatik Ummi Na jadi isteri pertama (Mek Long)...hahaha. Then, diikuti oleh yang lain2 berdasarkan tarikh lahir. Pastunya, lelaki yang nak dijadikan 'en. suami' tu adalah orang Kelantan, sebab tulah kami menggelarkan diri kami MEK.

Adoi...lucu betul kalau ingat balik semua-semua ni. Nak gelak pon ada. Memang lucu sangat-sangat. Siap kata nak buat rumah sebelah-sebelah hahaha. Apapon, itu semua hanyalah gurauan kami semata-mata. Saje nak hiburkan hati kami masa kat Matrik dulu huhu. NAMUN, panggilan MEK itu tetap kekal hingga ke hari ni.


~ rindulah kat mek2 UIA ni....lamanya tak jumpa. Mek Ngah ngan Mek Lang bila nak nikah??

1 comment:

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...