:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, May 18, 2010

- sahabat @ UIA (ii) -

Dari kiri : Cik Yea, Cik Jie, Cik Un dan Cik Na

Ini pula ex-roommates Ummi Na masa di UIAM Gombak. Masa mula-mula tu memang Ummi Na tak kenal langsung dengan Cik Yea (Mahirani) dan Cik Jie (Naqjiha). Ingat lagi, masa awal-awal dulu nak daftar kolej. Kena cari 4 orang sebilik. Ummi Na sekali ngan Cik Un (Nurul). Dok beratur kat opis Mahallah Halimah. Nak cari sape lagi 2 orang ni? Tetiba, kebetulan Cik Yea ngan Cik Jie ni ada kat depan kitorang. Kenal2 dalam waktu yang singkat, teruslah sepakat kami sebilik.

Alhamdulillah, seronok sangat. Ada persefahaman antara kami berempat walau kadang-kadang tu adalah juga masa-masa 'angin panas' datang hehehe. Kami sebilik di Mahallah Halimah sampailah bertular ke Mahallah Asiah. Banyak sangat kenangan pahit manis bersama walaupun Ummi Na hanya sempat bersama mereka ni lebih kurang 3 tahun.

gambar ni masa kitorang on the way nak gi kelas masing2.
- dah edit, yang original punya tak tahu letak kat mana hehe

Walimah Cik Un dan Cik Mie (03/05/2008)

Masa kenduri rumah Cik Yea kat Kelantan

Cik Un dan Cik Yea dah ada anak. Masing-masing lelaki, Fawwaz (Cik Un) dan Hafiz (Cik Yea). Cuma yang tinggal, Cik Jie aja belum nikah lagi. Macam payah aja lah (agaknya...) sebab Cik Jie ni keturunan SYED hehe.

~ Rindu ngan Fawwaz ngan Hafiz ni....bila nak jumpa?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...