:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, January 30, 2013

Baby Aufa Farhana

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah

Anak-anak adalah cahaya mata
penghibur hati penyejuk mata
Nikmat Allah yang paling bahagia
Hisbah benda lahiriah di dunia
Amanah Allah yang mesti dijaga

Sekalung tahniah buat pasangan Nurul Sakinah & Mohamad Adli
atas kehadiran seorang puteri, srikandi, mujahidah solehah pagi tadi
sebagai penyeri dan pengukuh cinta

v

v

v

v

 Aufa Farhana bt Mohamad Adli
30/01/2013
10.56 a.m
2.84kg

inilah ibu Aufa - Nurul Sakinah
Kawan ofis ummi dan antara yang paling rapat dengan ummi

* rindu..sangat2 rindu dengan bau haruman syurga T_T

Wireless Optical Mouse

Minggu lepas, ketika kami ke Tesco ummi temankan abah beli mouse. Mouse abah dah hilang rupanya, ummi pun baru tahu hihi. Pada awalnya ummi tak teringin masuk dalam kedai Acer tu. Ummi temankan auni kat luar kedai. Tapi tengok abah lama sangat, ummi pun masuk jugalah dalam kedai. Alamak, cantiknya! Sangat teruja plus excited sekali bila tengok mouse ni haha. "Ummi nak beli ke?" tanya abah. "Nak, cantiklah" ummi pun senyum penuh makna hihi. Abah beli 2, satu untuk abah dan satu untuk ummi. Abah punya warna hitam.

Cantik kan? Ummi pilih jenama Acer. Sebelum ni ummi memang guna Wireless Optical Mouse. Sangat mudah dan selesa digunakan. Tak adalah serabut dengan wayar tu.

sangat sesuai dengan jiwa ummi....

baru buka

harganya hanya RM38.00
Pada ummi murah juga lah sebab mouse ummi sebelum ni RM45 kalau tak silap.

Ada ruang untuk kita simpan "kabel" dia...hehe. Ummi pun tak tahu nama apa, tapi faham kan bila kita tengok gambar tu. Alah, macam USB tu lah..

Wordless Wednesday - Wireless Optical Mouse

cinta hati terbaru ummi

cerita akan menyusul kemudian...................

Tuesday, January 29, 2013

Anak Dara Bajet Cun

Gambar kurang cantik disebabkan hanya menggunakan tablet. Harap maklum.

 Pandai bergaya....waduh-waduh, masih tak perasan ummi tengah snap gambar dia

 Dah mula perasan tu...tapi masih sengih-sengih tunjukkan gigi rongak yang sangat cantik hehe

 "ummi, cun tak adik?"
Adik tahu ke maksud cun tu apa? hahahaha

************************************



Sunday, January 27, 2013

Cuti Maulidur Rasul

Dr. Auni Nafeesa
Malam Khamis baru ni, ummi duduk bersantai dengan auni sementara abah ke masjid. Ummi bersembang dengan si cilik ni. Memang seronok betul sebabnya cara Auni bercakap tu mengalahkan orang dewasa hehe. Antara perbualan ummi dan auni :

ummi : bila besar nanti, adik nak jadi apa?
auni : doktor
ummi : doktor? jadi cikgu lah ya?
auni : doktor lah..
ummi : kenapa adik nak jadi doktor?
auni : sebab...adik boleh 'check' ummi. Ummi kan selalu sakit

Saat itu, ummi terus peluk anakanda solehah. Ya Allah, anak aku nak jadi doktor rupanya. (Tak tahu nak cakap macam mana perasaan ummi ni bila dia kata nak check ummi T_T). Gambar di bawah menunjukkan kesungguhannya nak jadi seorang doktor.


 Dr. Auni Nafeesa sedang merawat pesakitnya, 'Asim (^__^)
Ummi doakan auni menjadi seorang doktor yang solehah, hafizah, jameelah (^__^)


Masakan Abah
Okey, pagi kelmarin pula, abah dengan penuh sukacita menawarkan diri untuk buat sarapan. Alhamdulillah.....

*

*

*

*

Abah yang teringin nak makan nasi goreng hehe. Gara-gara ummi goreng nasi malam sebelum tu sempena meraikan kedatangan Acik Edil & Acik Ayu ke Teratak Mawaddah. Sarapan pun lewat, sekitar jam 11.00 pagi hehe. Tiba-tiba ummi mengidam nak makan Tom Yam abah hihi.

Cuti 3 hari ni, kami tak ke mana pun. Malam tadi balik dari rumah tokmi, ummi sangat teringin nak makan donut di Big Apple. Pujuk-pujuk abah, akhirnya abah setuju. Tetapi, sampai sahaja di Big Apple....alamak! Dah habis sob..sob...sob. Ada 4 ketul aja yang tinggal. Tengok jam, pukul 10.00malam. Patutlah huhu.....Tak apalah, kiranya sampai jugalah hajat ummi nak makan donut.

Apa cerita hujung minggu anda?





Friday, January 25, 2013

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'


Jom kita sertai segmen yang dianjurkan oleh pemilik blog ini.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila KLIK SINI ya =)

Tarikh segmen berlangsung :
30/12/2012 - 25/01/2013

Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday - Random

 Ini kali ke-3 ummi buat Ayam Bakar Rosemary hihi
Resepi boleh KLIK SINI ya.

 Anak Solehah + Bertuah ini milik siapa ya?
Sangat comel dan nampak abstrak hasil contengan jemari halus anak dara TM ni hihi

 Buku tu ummi baru beli untuk bacaan anakanda, manakala CD Bacaan Surah-surah Lazim tu hadiah yang TM terima dari BAi.
Syukran ya ahli BAi.....suka3x

ini gambar malam tadi, teman ummi ke Klinik Gigi


Tuesday, January 22, 2013

Entry Terawal & Terhangat di Teratak Mawaddah


Hari ni banyak dah ummi terjah blog kawan-kawan (^__^) Satu pencapaian yang dikira sangat memuaskan kerana lebih dari 20 orang yang ummi sempat terjah blog mereka hehe. Hari ni ummi nak imbas kisah lalu. Jom sama-sama kita terjah pula 5 entri terawal di Teratak Mawaddah. 

  1. Syair Untuk Adam & Hawa
  2. Selamat Pengantin Baru
  3. Secebis Doa
  4. Keindahan Bersahabat
  5. Pengalaman Berharga
Jangan gelak bila baca kisah-kisah lama tu hihi.

Kalau dah siap baca, silalah baca Entri Terhangat di Teratak Mawaddah pula ya


* Sila tinggalkan 1 entry anda yang PALING HANGAT di ruangan kotak komen agar ummi dapat menerjah dan membacanya (^__^)


Wednesday, January 16, 2013

Wordless Wednesday - Peace No War


ummi, adik minta maaf. Adik nak minta maaf ni. 
Ummi kena maafkan adik! Kalau tak Allah marah nanti...

( tab ummi terlepas dari tangan auni huhu )

Tuesday, January 15, 2013

Peserta Bertuah TM & Me-S Giveaway

Alhamdulillah.

Secara rasminya TM & Me-S Giveaway telah berakhir.
Walaupun sambutan tidak seperti biasa, kami tetap mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyertai GA ini.

3 orang peserta yang menyertai GA kali ini memang sangat bertuah.
Anda bertiga secara automatik akan menerima hadiah
 T-shirt Muslimah sehelai seorang

v
v
v
v
v

1- Ummu Muhammad
2- Karisma Izzah
3- Bishanani Omar

Sila pm ummi
nama, no hp dan alamat serta saiz t-shirt yang anda pakai

*****************************************

** dua-tiga hari ini adalah Hari menguji kesabaran. Ujian kesihatan yang sentiasa ada....huhu



Monday, January 14, 2013

TM & Me-S GIVEAWAY


Bismillahirrahmanirrahim.

Sukacita kami menjemput semua Sahabat Mawaddah dan para tetamu untuk menyertai Giveaway kami yang pertama pada Tahun 2013 ini. Kerjasama Teratak Mawaddah dan Mawaddah e-Store (^__^). Syaratnya cukup mudah :

1- Mesti ada blog. Taip entry ringkas bertajuk "TM & Me-S GIVEAWAY"
2- Letak banner di atas dalam entry
4- Jika ada FB, boleh Like kami di SINI (pilihan)
5- Tag 2 orang rakan anda untuk sama-sama menyertai GA ini
6- Dah siap, sila letakkan url anda di kotak komen beserta ID Follower / FB


3 orang peserta bertuah akan memenangi sehelai T-shirt Muslimah daripada kami.
Cabutan akan dilakukan oleh :
- Imam Teratak Mawaddah
- Ummu Auni
- Anakanda Solehah

GA ini berlangsung selama 7 hari SAHAJA
08/01/2013 ~ 14/01/2013

Friday, January 11, 2013

Senarai Peserta TM & Me-S Giveaway


 Terima kasih kepada yang menyertai GA kami. 
Boleh semak nama anda di sidebar sebelah kanan ye. 
Boleh rujuk contoh kotak yang ummi warnakan merah tu (^__^)
Jika Imam TM beri keizinan, ada kemungkinan GA ini akan dilanjutkan tarikh.
Nantikan pengumuman dari kami ya.

Belum join? Meh klik SINI ye
(^__^)

********************************


Selimut Cotton yang sangat selesa dipakai.
Sesuai dijadikan alas tilam juga 
Klik SINI jika berminat


Tuesday, January 08, 2013

Pencapaian TM Minggu Pertama 2013

Ya, satu permulaan yang baik untuk TM dalam minggu pertama awal 2013 ni hehe. Sebelum tu, ummi mohon kawan-kawan yang singgah sini silalah jawab 2 soalan di kotak sebelah kanan bawah iklan Nuffnang tu ye (^__^)
v
v
v
v
v
v


Minggu pertama tahun 2013 ni, berikut merupakan pencapaian Teratak Mawaddah :

 turun - naik - turun - naik
huwaaa....


Cuba tengok draft tu....hehe. 
Erm, berbaloilah dengan TM ni yang jarang di update. Ummi pun agak slow BW sejak dua menjak ni. Apa pun, jutaan terima kasih kepada mereka yang rajin singgah dan beri komen, ataupun sekadar singgah tanpa memberikan sebarang komen hehe.

carian ramai dalam minggu ini ialah

Jom klik dan singgah di blog USK. Memang tak rugi. Ummi dah praktikkan apa yang ada dalam tu, alhamdulillah berkesan.


A.Y.A.M sekali lagi

A.Y.A.M = AYAM

Siapa tak kenal ayam? Angkat tangan....Awak tak kenal ayam lagi? Tak apa, buka internet. Taip Google, kemudian taip perkataan AYAM. Macam-macam ayam ada. Ayam Kampung, Ayam Bandar, Ayam Panggang, Ayam Goreng, Ayam Kukus, Ayam Pencen...

* melalut...hehe

Petang semalam ummi bakar Ayam Rosemary sebagai lauk berbuka puasa abah. Rupanya abah dah beli Tom Yam Ayam. Ummi bakar jugalah ayam tu sebab dah perap semalaman kan. Lagipun banyak sayur-sayur yang dah diperap sekali. Ummi ingat nak makan sekali dengan abah lah kan, tetapi malangnya sampai pagi ni ummi tak makan nasi lagi huhu. Malam tadi sakit dan letih campur aduk, akhirnya ummi tertidur tanpa menjamah apa-apa makanan huhu. Perut ni berkeroncong habis.

Tengahari ni pula ada temujanji dengan doktor di HUSM. Ummi tak ingat dah beritahu atau belum bahawasanya ummi sudah 2 tahun tidak didatangi CIK 'P' =_=. Tiap-tiap bulan sakit senggugut ada, tetapi Cik P tak keluar juga huhu. Ya, 2 tahun Cik P tak datang. Apa sekalipun, doakan yang terbaik ya kawan-kawan semua. Terlalu besar harapan ummi agar Cik P yang dirindui kembali semula huhu....

Jumpa lagi........
(sakit-sakit pun bisa menaip...hebat tu..)

***************************************************

klik SINI untuk membeli
terima kasih.

Monday, January 07, 2013

Air Liur Meleleh

mood : T.E.R.L.I.U.R

Buka blog orang lain, semua pasal makanan. Buka FB pula, kebanyakan kawan-kawan post pasal makanan. Waduh, meleleh air liur ni. Sedap-sedap belaka. Tapi dalam banyak-banyak tu, ummi sangat berkenan dengan Choclova Tiramisu yang dibuat oleh Chef Jemari Asmara dan Pavlova yang didatangkan khas dari Bayt Al-iman (^__^)

MashaAllah, hebat-hebat betul 2 orang chef ni masak. Ummi terasa cemburu pula. *cemburu yang baik tak mengapa hihi. Terasa nak berguru dengan mereka. Sila tunjuk ajarku SIFU =) Kak Zefa dan Ummu Muhammad sengaja hendak membuatkan air liur ummi meleleh ya? kihkih.

Dah lama ummi pendam hasrat nak buat kedua-duanya. Dessert yang sangat sedap untuk dimakan sejuk-sejuk, kan? Nampak gayanya kena gagahkan diri juga nak ke pasaraya mencari bahan-bahan yang diperlukan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ummi sahut cabaran 'nafsu makan' ni supaya segera membuat Choclova Tiramisu dan Pavlova. Okey....in shaa Allah BOLEH.

Untuk whipping cream tu, ummi tak pernah beli lagi sebelum ni. Sebab ummi tengok-tengok ada juga yang takde logo HALAL Jakim. Tapi boleh rujuk SINI juga ya. TQ kak Zefa atas perkongsian ilmu!

**************************************


berkenan dengan t-shirt ini?
KLIK SINI ya (^__^)


Sunday, January 06, 2013

Syafaakillah ya Solehah

aksi 'berani' anakanda solehah

Ketika entry ini ditaip, ummi baru sudah merendam auni dalam baldi. Auni demam sejak petang kelmarin. Ummi masih belum beri ubat dan bawa ke klinik. Ummi hanya rendam auni dalam baldi. Kadang-kadang ummi alirkan air paip atas kepala dia lama-lama. Biar turun suhu tu.

Walaupun demam, mulutnya tak henti-henti bercerita itu-ini. Macam-macam yang diceritakan sampai ummi kadang-kadang hampir terlelap hihi. Malam semalam dia ajak ummi main lego. Ummi bina juga 1-2 bentuk untuk dia. Lepas main lego, dia nak dengar lagu nasyid kesukaannya tu. Ummi pasangkan sebentar je. Sedang khusyuk layan nasyid, boleh pula dia terlelap.

Esok andaikata demam dia masih belum kebah, ada kemungkinan ummi nak ambil cemas. Kasihan pula tengok keadaan dia malam ni. Mata dah kuyu (dah lah mata tu memang kuyu, bertambah kuyu jadinya), bibir pula merah-merah, badan pun masih panas lagi. Auni kalau demam, memang dia akan merengek dan terlebih manja hihi. Minum susu kuat, tapi air masak kurang. Dia memang payah sikit kalau suruh minum air masak.

Minggu ini sudah mulai padat dengan aktiviti. Esok malam abah start mengajar tuisyen, dan hari-hari seterusnya kelas mengaji akan bermula seperti biasa. Pasti riuh teratak kami dengan abang-abang dan kakak-kakak auni nak mengaji hehe. 

Doakan kesihatan anakanda solehah ya kawan-kawan (^__^)

* T-shirt muslimah terbaru masih ada. Sesiapa berminat, boleh KLIK SINI ya...


Saturday, January 05, 2013

Nasi Mentega & Ayam Bakar Rosemary

Dah lama rasanya tak masak yang special hehe. Hari ni ummi masak Nasi Mentega dan Ayam Bakar Rosemary. Alhamdulillah, percubaan kali pertama buat Ayam Bakar Rosemary tu hihi. Dah lama sangat mengidam nak buat, asyik tak sempat je huhu. Pagi tadi sebelum abah keluar, ummi minta tolong abah belikan ayam. Sementara tunggu abah dan ayam balik, ummi menanak nasi.

 Nasi Mentega yang sangat mudah dan ringkas.
- Tumis kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan bawang putih dengan sedikit mentega
- Bila naik bau, masukkan beras yang dah dibasuh terlebih dahulu
- Masukkan dalam rice cooker, tambah air seperti biasa
* masukkan juga 1 kiub ayam knorr

Untuk resepi, boleh rujuk SINI dan SINI ye =)
Tapi ummi ikut suka hati ummi je sebenarnya. Ambil mana yang ada di dapur je.

- 3 ketul paha ayam
- 3/4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu besar daun rosemary
- 1 sudu besar oregano
- 1 sudu besar lada hitam
- 2 sudu besar kicap cair
- 3 sudu besar madu asli
- 2 sudu besar minyak
- 2 sudu besar jus limau nipis
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 biji bawang besar (dipotong 6)
- 3 biji ubi kentang, 1/2 biji lobak merah dan tomato baby secukupnya
(sukatan bahan ikut sendiri ye...ini agak2 ummi)

Cara :
- rebus ubi kentang 1/2 masak. Ubi kentang dipotong 4. Bila dah 1/2 masak, angkat dan toskan airnya. Lobak merah dipotong bulat.
- basuh ayam dan toskan airnya. Goreng bawang putih dengan sedikit minyak hingga kekuningan. Kemudian, angkat dan tumbuk hingga lumut dengan sedikit garam.
- Masukkan pula halia, daun rosemary, oregano dan lada hitam. Tumbuk dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ayam
- Campurkan kicap, madu, gula dan minyak menggoreng bawang tadi dan lumurkan ke ayam hingga rata. Lebihan bahan perap ini boleh dilumurkan pula ke atas ubi, lobak dan tomato
- Perap paling kurang 1 jam sebelum dibakar
- Panaskan oven : 180 - 200 darjah celcius (ummi 190C)
- Susun ayam, ubi kentang dan lobak di atas dulang pembakar. Ummi lapik dengan aluminium foil terlebih dahulu
- Bakar selama 30 minit, kemudian keluarkan bekas dan curahkan sedikit bahan perapan tadi ke atas ayam. Tidak perlu banyak kerana ayam tadi akan keluarkan air dengan sendiri...eheh =)
- Pada waktu ini boleh masukkan tomato baby yang diperap tadi.
- Bakar lagi 30 minit atau sehingga ayam masak.
- Keluarkan dari oven. Ambil air yang keluar dari ayam tadi dan masukkan ke dalam periuk. Panaskan di atas api sederhana (ummi tambah 1/2 sudu tepung gandum) dan masak hingga kuah pekat.
- Susun ayam, ubi kentang, lobak dan tomato baby ke dalam pinggan. Curahkan kuah tadi ke atasnya.

 

Selamat mencuba (^__^)

* nanti ummi upload gambar nasi dan sup......


Friday, January 04, 2013

Masakan Hujung Minggu @ Teratak Mawaddah

Hujung minggu tiba kembali. Waktu yang amat dinantikan setelah 5 hari berperang dengan kerja-kerja ofis hihi. Waktu untuk bersantai bersama abah dan auni solehah. Hujung minggu di tahun baru ini, sekitar jam 11.30pagi kami menerima kunjungan tetamu. Kawan abah di sekolah lama datang bersama isteri dan anak. Agak malu apabila kami hanya menghidangkan air teh, kek pisang dan biskut gula T_T. Tiada apa-apa dalam peti ais untuk dihidangkan kepada mereka huhu. Selalunya ummi ada juga bekalan mee dalam peti. Bolehlah buat mee sup ke, mee kuah ke, tak pun paling kurang mee goreng.

Hari ini ummi dan auni masak hihi. Dah lama tak masak rasanya. Jadi, hari ini kami masak yang ringkas. Ayam bakar dan sayur campur. Ayam tu ummi rebus sebentar sebelum bakar. Jadi, air rebusan ayam tadi ummi jadikan sup. Cuma tambahkan bawang besar yang dimayang, sedikit kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang. Mudah je kan?

 Alhamdulillah, hari ini unni berjaya masak. Yeay, thumbs up!

 kawan-kawan, ayam ini dibakar tidak terlalu kering ya. Bakar sebentar sahaja :
Bahan-bahan nak perap ayam adalah
- bawang putih
- halia
- lada hitam
- serbuk oregano
- garam
- madu
- kicap cair
- sedikit perahan limau kasturi/limau nipis

 ini pula sayur campur kesukaan auni (^__^)
- carrot
- brokoli
- kacang peas
- tomato baby (yeke? eja gini?)

* tumis dengan bawang putih yang ditumbuk dengan sedikit lada hitam. 
Ummi tambahkan 1/2 kiub tom yam

Alhamdulillah. Jemput makan kawan-kawan
* gambar sup tiada kerana ummi malas nak ambil dalam periuk hehe

pssst : jom cari buku resepi yang best-best



Tuesday, January 01, 2013

Ini Dunia Kerjaku

Inilah rutin kerja ummi ketika tsunami melanda hehe. Maksudnya, kerja bertimbun-timbun. Jom tengok apa yang ummi buat seminggu dua ni. Kerja yang membuatkan ummi loya+mabuk+pening+sakit seluruh urat badan. Tak tentu juga tsunami ni melanda. Kadang-kadang 3 bulan sekali. Tetapi minggu lepas dan minggu ni memang tsunami gila-gila lah....huhu.

 meja ummi yang bersepah. Ini dah kemas sikit lah sebab kerja dah siap hampir 90%
Kalau tak, memang penuh atas meja ni dengan fail-fail peserta PBR.
Lupa nak bagitahu, ummi ni kerani Unit Program Khas. Salah satu kerjanya, ummi jaga 
Program Bantuan Rumah.

 ini adalah sebahagian data yang perlu ummi kemaskini. Senarai peserta yang menerima bantuan dari tahun 2010 hingga 2012. Ummi tak snap gambar fail sebab semua fail dah kembali pada kedudukan asal (dalam kabinet) hehe.

 Nampak? Berpinar mata ummi tengok tulisan kecil-kecil tu. Kena check betul-betul sebab nak tengok selari tak dengan belanja setakat ni. Pening tengoknya huhu. Ini lah yang ummi ngadap seminggu dua ni sampai loya bagai nak rak....

 sila abaikan rupanya yang bersepah. Belakang tu adalah tempat simpan fail-fail yang ummi guna. Nampak sangat pemalas nak kemas ye hehe. Ini pun tak siap kemas lagi, hiasan lagilah takde.

 ini laptop kesayangan yang banyak berjasa. Ummi lebih suka buat kerja di laptop sendiri. Biarlah berat bahu nak usung laptop, asalkan puas hati hihi. Orang lain guna komputer ofis, ummi guna laptop peribadi.

Biskut yang setia atas meja. Botol air Angry Birds tu ummi punya ye, bukan auni hehe.

Syukur, berbaloi-baloi buat kerja guna laptop sendiri ni. Kerja ummi hampir 90% siap. Alhamdulillah...


Raudhah At-Taqwa

Entry pertama di Tahun Baru 2012

Susulan entry R.A.T di Bayt Al-Iman

Sejak pindah ni, ummi masih belum mendeko bilik anakanda solehah T_T. Bilik auni terbiar sepi. Hanya ditemani bakul-bakul kain yang membukit tidak berlipat hehe. Bilik Auni secara officially dijadikan bilik untuk melipat kain. Timbunan kain belum berlipat memenuhi biliknya. Kadang-kadang ummi dan abah akan solat di situ.

Waktu malam, biasanya anakanda solehah ni tidur di depan tv. Abah akan bentang toto auni. Awal pagi mesti dia terjaga dari tidur dan berlari masuk bilik ummi abah. Erm, entah bila agaknya nak belajar tidur bilik sendiri ye hihi.

Ummi terjah di Ikea Online. Waduh, banyaknya barang-barang yang menarik. Rambang mata jadinya =_= Itu nak, ini nak. Walhal duit tidak banyak mana. Ye, sila ukur baju di badan sendiri (pesan abah)


 Lampu tidur pilihan ummi

ini juga (^__^) 
harap-harap abah izinkan ummi beli



Masih belum ada keputusan nak cat bilik Auni dengan warna pink huhu. Abah senyap sepi hihi. Itu tandanya...? Abang, sila beri keizinan untuk ummi beli lampu-lampu ni ye? hihi.

* dah lama taip entry ni tapi baru ni boleh pos huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...