Aduh, sakit betul kepala Ummi Na ni. Dari kelmarin tak baik lagi. Mata kiri pula berdenyut tak henti-henti. Adakala terasa bagai nak tercabut biji mata Ummi Na ni...Ya Allah. Makan tak kenyang, tidur tak lena...mandi tak basah. Ops! silap :) Bila malam, mulalah pusing kanan, kiri, menelentang. Semua gaya ada. Ingatkan awal2 mengandung sahaja ada sedikit masalah. Ummi Na ingat lagi awal bulan April 2009 yang lalu. Tak pernah pun Ummi Na sangka akan masuk wad disebabkan alahan mengandung yang teruk. Masa tu, Allah sahaja yang tahu betapa deritanya Ummi Na...menanggung kesakitan. Memang tak boleh bangun langsung...hinggakan umi yang terpaksa mengambilkan Ummi Na wudhu' untuk solat. Makan? Memang tak lalu..sebabnya Ummi Na asyik muntah-muntah. Makan-muntah..minum-muntah. Hingga nak pitam rasanya. Serba tak kena. Agaknya dulu lagi teruk keadaan mak Ummi Na masa mengandungkan kami 8 beradik.
Duduk kat hospital pulak 3 hari. Selama 3 hari itu, 11 botol air telah dimasukkan ke dalam badan Ummi Na. Uii, perit juga duduk di hospital. Doktor kata badan Ummi Na kekurangan air..terlalu lemah, jadi kena tahan dalam wad. Mula-mula tu Ummi Na tak nak, tapi setelah mendengar penerangan doktor, umi dan Abah Yie...maka Ummi Na bersetuju duduk dalam wad.
Alhamdulillah, sejak keluar wad ni...selera makan Ummi Na semakin bertambah :) Sebelum masuk wad, banyak makan budu. Tapi sejak keluar wad, Ummi Na suka sangat makan tempoyak. Susu pula Ummi Na jarang sangat nak minum..ubat apatah lagi. Jarang makan...masih elok tersimpan kemas dalam bungkusannya :)
Masuk 5 bulan ni, perut Ummi Na semakin tidak berapa selesa. Tidur pun tak berapa lena...kerap sakit pinggang dan buang air kecil. Agaknya sebab baby semakin membesar. Baju kurung pun tak berapa muat...jadi Ummi Na bertukar kepada baju ibu mengandung dan jubah.
(gambar Ummi Na ketika di wad kecemasan sementara sebelum masuk wad sebenar)
Ya Allah, moga Engkau beri aku kekuatan dan kesabaran untuk menempuhi ujianMu...Terima kasih Ya Allah, kerana memberi peluang untuk aku bergelar seorang ibu. Memberi peluang untuk aku merasai pengalaman sepertimana ibuku dahulu...Moga zuriat yang aku kandung ini membesar dengan sihat dan sempurna di dalam rahimku. Semoga dia menjadi hambaMu yang akan mentaati segala perintahMu...menjadi anak yang soleh solehah, sebagai penyejuk mata penawar hati kami. Amin, Ya Rabbal Alammin
Bersabarlah..sesunguhnya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihnya..
ReplyDeletehehe tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran anak sedara nie..jaga kesihatan lek lok ek..