(sarapan pagi yang kami berdua sediakan (^_^)
(em, sedapnya bau. Ada gaya seorang chef tak?)
(gaul jangan tak gaul...menghampiri masakan isteri ni)
(em, sedapnya bau. Ada gaya seorang chef tak?)
(gaul jangan tak gaul...menghampiri masakan isteri ni)
Bismillahirrahmanirrahim...em,sedap betul masakan suami Ummi Na ni. Dah lama tak rasa air tangan seorang suami. Sejak Ummi Na sakit alahan mengandung yang teruk, Abah Yie memang kerap masak untuk Ummi Na. Sewaktu di Seremban dulu, dia yang kerap masak sementara Ummi Na berehat. Selalunya telur masak kicap ataupun masak sambal :) ada juga sardin.
Mungkin sempena Hari Guru ni, Abah Yie ada mood nak masak. Pagi tadi kami masak nasi goreng belacan. Nyum-nyum sedapnya hingga menjilat jari. Licin bersih. Umi dan Bilah makan sekali. Nasi goreng tu cuma sedikit, jadi kami makan sama rata. Alhamdulillah, walaupun sedikit tetapi mengenyangkan.
Jika suami isteri saling bekerjasama, tolong-menolong hatta dalam bab memasak..pastinya akan lebih mengeratkan kasih-sayang antara mereka. Masak untuk suami atau isteri dengan hati yang ikhlas sudah semestinya itulah perencah yang paling mahal selain dimulai dengan basmalah. Abah Yie memang memahami Ummi Na. Sejak mengandung ni Ummi Na memang jarang masak. Bukan apa, semasa awal kandungan dulu Ummi Na langsung tak boleh tengok minyak apatah lagi bau tumisan. Memang loya sangat. Jadinya Abah Yie ambil alih tugas memasak. Sekarang ni dah tak macam dulu. Ada kelapangan, kami akan masak bersama, makan bersama.
* Ya Allah, moga cinta dan kasih-sayang kami tetap subur dalam rimbunan keimanan.
Ummi Na yang sentiasa disayangi Abah Yie,syukur,sebanyak-banyaknya kapada-Mu ya Allah kerana mempertemukan daku dengannya yang sudi menjadi ratu dan permaisuri hati ini, sudi berkongsi susah senang bersama, sudi memahami diri ini. Peliharalah kami dalam rahmat kasih sayangMu. Aamin. Saayaang Umi Na. ^_^
ReplyDelete