:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, May 15, 2009

( kembara Kelantan-Shah Alam )

Benarlah, manusia dan Allah merancang namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Sebenarnya, kami merancang untuk pulang ke Shah Alam hujung bulan 5 atau awal bulan 6 (cuti sekolah) ni. Ummi Na pun akan mengambil cuti rehat selama 2 hari sewaktu Hari Keputeraan Agong nanti. Cumanya kami belum pasti balik ke Shah Alam ni nak naik kereta atau bas mahupun kapal terbang. Ini sahajalah masa yang kami ada sebelum Ummi Na bersalin.

Namun, tanpa disangka-sangka dan tanpa dirancang...kami pulang juga ke Shah Alam awal bulan 5 baru-baru ini (7/05/09). Semuanya last minute. Pulang untuk menguruskan sedikit urusan di Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya. Alhamdulillah, seronoknya dapat balik kampung! Macam-macam peristiwa dan pengalaman berharga yang kami dapat sepanjang perjalanan pulang ke Shah Alam.

07/05 tu kami masih bekerja. Pulang sahaja dari ofis, kami cuma ada masa setengah jam untuk bersiap-siap. Kelam-kabut mengejar masa. Selepas mengemas baju,mandi,solat dan makan (1/2 jam), ayah dan mak Asyraf (Asyraf ni kawan kami) datang menjemput kami kira-kira jam 6.15 petang. Kami bertolak pulang, namun sempat singgah di beberapa buah tempat. Antaranya Busana Muslim (Ummi Na cuci mata ajalah, maklumlah awal bulan tak dapat gaji lagi), Kilang Kerepek di Pasir Puteh (lupa nama penuh kilang tu) dan rumah saudara Asyraf untuk menunaikan solat jama'.



(Abah Yie posing sambil membaca paper)





Usai solat jama Maghrib dan Isya', kami meneruskan perjalanan. Rupa-rupanya hari itu merupakan Hari Lahir Cik Ma (panggilan ayah Asyraf kepada mak Asyraf). Kami singgah makan di Mee Kampung PEK, Machang. Wah, memang sedap mee kat sini. Patutlah mee kampung ni terkenal. Ummi Na tak tahu pun. Cik Din belanja kami makan malam tu. Segan juga, masa isi minyak di petrol pump tadi pun, Cik Din tak nak terima duit yang kami nak beri. "SELAMAT HARI LAHIR" untuk Cik Ma :) Semoga bahagia sokmo di samping keluarga dan semoga sentiasa diberkati Allah.



(Cik Din & Cik Ma)
= romantik betul Cik Din & Cik Ma masa ni hehehe







(Mee Kampung Pek)

= memang sedap mee ni. Ummi Na makan banyak malam tu



Selepas kekenyangan menjamu selera, kami meneruskan perjalanan. Sempat lagi Cik Din mandi di masjid awal pagi tu. Tak silap Ummi Na, waktu tu pukul 3.00 pagi. Ummi Na memang letih pun, maklumlah perjalanan yang jauh ditambah pula dengan keadaan yang kurang sihat (baby dlm perut ni). Ummi Na rasa macam tidur atas bantal empuk kat bilik, sebabnya Ummi Na baring atas riba suami. Kesian Abah Yie, dia tak dapat tidur lena. Sempat lagi Cik Din bergurau "Cik Din tak marah, tidurlah. Takpe, sekarang dah ada lesen" hehehe.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Selangor jam 4.30 pagi. Waktu ni kami dah sampai di rumah Kak Long Asyraf. Sempatlah melelapkan mata sebelum bertolak ke PJ. Memang letih perjalanan...dari pukul 6.15 petang sehingga 4.30 pagi. Fuhh!

(Rumah Kak Long Asyraf)

Kami bertolak ke Petaling Jaya kira-kira jam 9.30 pagi. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah yang timbul semasa berurusan di sana. Setelah selesai urusan di PJ, kami meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Bolak-balik, nak naik bas atau teksi? Ummi Na memang dah letih waktu ni. Abah Yie cadangkan pulang ke Shah Alam menaiki komuter. Adui, Ummi Na dah tak larat pula nak naik bas ke stesen komuter :) Ummi Na pula mencadangkan menaiki teksi sahaja, cepat. Tapi ada syaratnya! Tambang mestilah tak lebih RM30 (Ummi Na tak tahu tambang sebenar berapa). Em, apa yang terjadi selepas itu??

ikuti sambungannya.................................

1 comment:

  1. Apa yang terjadi lepas tu?
    Suspennya.....cepatlah cerita...

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...