:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, January 08, 2012

Rumah Mampu Milik

sekadar gambar hiasan

Alhamdulillah. Impian untuk memiliki rumah sendiri akan terlaksana tidak lama lagi. Teratak Mawaddah kami sekitar Pasir Mas juga, tidak jauh dari rumah sewa kami. Rumah teres 2 tingkat, end lot. InsyaAllah pertengahan bulan ini paling tidak kami akan dapat kunci rumah.

Bulan ini selain dari sibuk menyiapkan tugasa di ofis, ummi dan abah banyak pergi Pasaraya mahupun kedai perabot. Mencari barang-barang kelengkapan rumah baru. Alhamdulillah setakat ni segala perbelanjaan masih mengikut piawaian yang ummi sendiri tetapkan hehe. Abah okey aja, cuma ada juga terlebih bajet terutama pasal Kamera Canon abah tu. Tapi tak apalah, asalkan abah suka.

Boleh dikatakan baru 60% barang-barang dah kami beli. Cuma tinggal perabot, peti ais dan langsir belum ada. Mujur ada kawan abah nak jual beberapa perabot dengan harga yang sangat murah :) Doakan kami ye kawan-kawan.

* ummi ambil cuti rehat 2 hari : sakit kepala gara-gara tugasan minggu lepas (alasan je tu...walhal memang nak cuti)

9 comments:

  1. tahiah dah berjaya memiliki rumah endiri..mesti teruja kan?

    ReplyDelete
  2. Tahniah.. alhamdulillah.. ibu Yusuf tumpang gembira.. :D

    ReplyDelete
  3. Tahniah.. alhamdulillah.. ibu Yusuf tumpang gembira.. :D

    ReplyDelete
  4. WAhh. excited2! mesti best sangat. bile dh ada rumah sendiri, mesti dh plan mcm2.hihi. nina yg duk umah sewa ni pon kdg2 berangan2 nak plan utk umah sendiri.

    ReplyDelete
  5. seronknya dapat rumah sendiri.. kite pun teringin nak rumah sendiri tapi keadaan belum mengizinkan sebab duduk berpindah randah ni..

    Semoga Allah memberi kemudahan kepada ukhti sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. kak aya > alhamdulillah kak aya, mmg seronok dah nak miliki rumah sendiri.

    mama aufa > betul tu nina. mmg macam2 ada dalam kepala ni heheh...apa pun nak decorate rumah ni kena kreatif juga. benda yang murah pun kalau kita pandai gunakan, nampak macam eksklusif je hehe

    ReplyDelete
  7. Tahniah, dpt end lot bestnya, kitaorg tak decide lg nk beli umah kat mana :(

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Hehe, Tahniah ummi na dah ada umah baru,Bestnya... Cik As nak gi tolong jgk tapi jauh la..hehe... auni tlg ummi ye...auni anak solehah!..(^_^)

    ReplyDelete
  9. anamarza > insyaAllah ada tu kak...

    cik as > hehe, nanti cik as datanglah sini ye :)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...