:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, October 27, 2011

Jalan-Jalan @ Cuti Deepavali

Pagi semalam masa dengar IKIM, baru merancang nak jalan-jalan :) Tak tahu nak ke mana sebenarnya. Tapi pergi jugalah pagi tu ke Kota Bharu. Kami keluar dari rumah kira-kira jam 10.15 pagi. Cuaca sangat okey, cerah dan tak hujan pagi tu :)

Destinasi pertama yang kami tuju adalah KB Mall.
"Abang, ina teringin nak makan kat Food Court KB Mall tu. Dah lama kita tak makan kat sana"
"Okey sayang. Kita makan kat sana nanti"
Sampai KB Mall masih awal (jam 10.45). Maka kami pusing-pusing sekitar KB Mall. Pergi Kedai buku Popular yang ada dalam KB Mall tu. Dapatlah beli buku baru untuk anakanda solehah tu.
Auni jadi rambang mata nak pilih buku apa yang nak baca hehe. Kalau boleh semua buku dia nak beli semalam :p. Auni dapat 4 buah buku (banyaknya), ummi beli sticky note dan paku tekan manakala abah beli stand untuk whiteboard di rumah. Lama jugalah kami kat dalam ni. Dah siap semuanya, kami terus ke Food Court. Ramai juga orang waktu ni. Ummi pilih bihun sup dan abah makan Nasi Goreng Pattaya.

Masa nak balik, kami sempat juga sambar satu set meja belajar untuk Auni. Kebetulan ada potongan harga waktu ni. Suka sangatlah princess tu bila dapat meja belajar dia hehe. Destinasi seterusnya ke Pantai Cahaya Bulan. Dah lama tak ke sana. Tapi memang tak ramai pun orang waktu ni. Mana taknya, baru pukul 2.00 petang hehe. Saje nak makan angin pantai :p


Destinasi seterusnya ke Taman Tengku Anis. WAJIB ke sini kalau nak jalan-jalan sekitar KB hehe. Auni puas lah bermain. Semalam kami bawa dia jumpa burung merpati dan rusa. Dia takut nak pegang rusa sebab besar hihi.

Akhir sekali kami ke rumah Tokmi nak singgah solat Asar. Ops, Zohor tadi kami solatdi Surau Bazar KB. Tengok ajalah gaya anak-anak ni kalau dah jumpa. Macam-macam aksi :) Kat rumah tokmi tak lama. Kira-kira jam 6.30 petang kami bertolak pulang ke Pasir Mas sebab ada agenda lain pula menanti kami di rumah :)

Nantikan ya.....



5 comments:

  1. bestnyeee die jalan2..teringin nak duduk2 at tepi pantai...wahahhh bile nk cuti panjang nihhh ;)

    ReplyDelete
  2. dah lama tak ke pantai :) memang seronok lah pergi semalam, cuma cuaca panas lah sikit

    ReplyDelete
  3. best kan dpt jln2 ngan suami dan anak2, puas hati dpt abis masa bersama biar pun penat sikit, yg penting keluar bersama

    ReplyDelete
  4. anamarza > betul tu :) lagipun hujung minggu ajalah dapat luangkan masa lebih sikit bersama keluarga...

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...