:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, October 08, 2011

Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan

Dah baca kisah ini? Kalau belum, sila klik ya (^_^)

Nampaknya keterujaan ummi agak berkurang sedikit hehe. Sebabnya abah jadi pula ikut ummi huhu :p Dalam kereta punyalah berbolak-balik lagi. Nak ikut ke tak? Sebenarnya ummi berharap abah tidak turut serta haha (nakal juga ummi ni). Maklumlah, ummi kan nak keluar dengan kawan-kawan. Makan-makan, borak-borak hal kaum hawa ni, jalan-jalan window shopping :p Akhirnya, abah+auni ikut serta. Tak apalah, nampaknya hasrat ummi nak keluar makan-makan dengan kawan-kawan SAHAJA belum tercapai (v_v)

Keluarga kami orang pertama yang sampai di sini. Kampung Kraftangan dan Muzium Kraft. Sementara tunggu kawan-kawan ummi sampai, sempatlah kami ambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan :) Pertama kali ummi sampai di sini masa sekolah menengah. Kali kedua semasa awal perkahwinan ummi dan abah 3 tahun lalu. Kiranya mengimbau nostalgia lama ni hihi. Tempat ni memang seronok dan menarik.

Kami makan tengahari di Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan di Kota Bharu. Ini pertama kali ummi makan di sini sejak hampir 3 tahun duduk di Kelantan. Tengok ajalah antara lauk-pauk yang kami ambil. Selera makin bertambah dengan adanya ulam dan budu. Ada macam-macam lauk-pauk kat sini. Antaranya daging singgang, ikan keli goreng, ayam goreng berempah, asam pedas ikan patin, sayur masak lemak dan bermacam jenis ulam-ulaman yang membuka selera. Memang murah dan berpatutan. Yang penting ENAK BANGET SIH.

Restoran ni dibuka setiap hari bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali hari Jumaat. Tak rugi singgah sini. Puas hati betul dapat makan. Ummi paling banyak makan hari ini huhu. Tapi, ada sesuatu yang berlaku apabila kami selesai makan. Nak tahu, kena tunggu episod seterusnya. Kali ini dalam episod Jalan-jalan Cari Makan...sekitar Kota Bharu (^_^)

2 comments:

  1. Hik3!! Abah risau tu nak biarkan ummi sendirian.. Eceih!!! ;p

    ReplyDelete
  2. ya...itu juga yang bermain di fikiran tadi hehe :) apa pun, tetap seronok suami dan anak ada sekali...

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...