:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, October 07, 2011

Mee Kuah Lada Hitam

Pelik-pelik je nama hehe. Sebenarnya ummi tak tahu nak letak nama apa. Disebabkan ummi guna lada hitam untuk kuah mee ni, maka jadilah namanya sebegitu rupa (^_^). Tapi hitam-hitam pun, hitam mengancam ye!
ummi buat lepas Maghrib semalam. 1 paket mee bolehlah 4-5 orang makan


Bahan-bahan :

- 1 paket mee kuning
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk kasar-tidak lumat)
- 1 sk lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 ekor sotong (dikerat)
- 2 ketul dada ayam/isi ayam (dicincang kecil-kecil)
- sedikit sayur sawi
- 1 biji tomato (potong 6)
- 1 @ 2 biji telur
- sedikit lada benggala (cili merah dah habis stok)
- garam/gula/serbuk perasa (ummi guna jenama kohilal)

Cara membuat :
  1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak hingga kekuningan
  2. Masukkan air secukupnya. Bolehlah masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi
  3. Bila air dah agak menggelegak, masukkan sotong. Biar seketika, baru masukkan ayam
  4. Bila hampir empuk, masukkan tomato, sayur sawi dan lada benggala. Pecahkan sebiji telur ke dalam periuk.
  5. Boleh perasakan dengan garam dan gula.
  6. 6. Boleh masukkan sekali mee yang telah dibasuh tadi. (Nak asingkan pun boleh)

memang sedap hingga menjilat tepi bibir

Selamat mencuba (^_^)

3 comments:

  1. sedap, menyelerakan dan senang untuk dicuba.

    nak cuba la nanti...

    ReplyDelete
  2. memang mudah nak buat sebab bahan tak pelik2 hehe. Cuba jangan tak cuba ya :)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...