:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, October 02, 2011

Cameron Highlands Part 2 - (Family Day)

Tempat : Cameron Highlands
Tarikh : 30/09/2011
Hari : Jumaat

Lepas solat, kami turun dalam pukul 2:45petang. Pergi Taman Agro Teknologi, Stesen MARDI. Memang seronok pergi sini. Macam-macam ada. Contoh ladang strawberry, taman bunga, kolam pancut. Arnab pun ada tau :). Auni seronok sebab dapat kenal bunga-bunga yang sangat cantik dan pelbagai warna ni :)
ini hasil "sentuhan ajaib" abah.
Sangat cantik bila gambar tu ditangkap oleh abah hihi...
Auni puas berlari sana-sini, petik bunga dan ketawa girang.

Dah puas bergambar, kami ke tempat strawberry pula.
Tengok tu auni makan strawberry yang disiram coklat :)
Macam-macam ada, puding/dadih, aiskrim, strawberry segar.
Masa ni kami cuma makan strawberry+coklat aja. RM2/batang.
1 batang ada 4biji buah yang besar.

Seterusnya, kami bawa Auni mengenal bunga-bunga di sini. Tapi sekali lalu aja,
nak mengejar masa :) Subhanallah, cantik kan?
Masa ni ummi dah keletihan, abah pula yang bawa Auni mengembara sekitar
Taman Agro Teknologi ni. Abah kata ada taman permainan dan arnab.
Ummi dah tak larat, duduk berehat selepas membeli beberapa kotak teh.

Seterusnya kami naik lagi. Kali ni ke Bharat Plantations.
Subhanallah!! Sangat indah sekali pemandangan dari atas. Kali ni lagi besar.
Ummi sedikit gayat duduk tepi tu, tengok bawah.
Auni siap nak panjat-panjat lagi. Sejuk aja rasa. Angin segar.


Malam tu kami berehat di hotel aja. Auni pun tidur awal, keletihan sepanjang hari berjalan sana-sini. Esok tu, kami sekali lagi ke ladang teh :p (amboi, suka sangat pergi ladang teh ya) Ladang teh mana? Teh Boh. InsyaAllah kita jumpa lagi dalam episod seterusnya...

4 comments:

  1. Taman MARDI tu kami baru masuk sekali (selama ni tak tau pun pasal tempat tu). Tau masa joint hari keluarga opis ayah yusuf.. :D

    ReplyDelete
  2. tak sabar nantikan episod seterusnya, maklumla tak pernah sampai sana.

    ReplyDelete
  3. yayy..comey kan?? nk jgk bwk mawar kesana..aritu pegi waktu mawar kecik..xbestla..cz dia xreti ape lg.skrg dah besar..insyaallah..dah boleh knal munge2!hehe nomey2...suka tgk auni..

    ReplyDelete
  4. Kak Zefa > seronok masuk sini, tak puas rasanya hehe. Tapi tak ingat berapa harga tiket..

    Kak Aya > seronok kak. Jom kita ke sana hehe

    Ummu Mawar > mesti best kalau mawar ke sana :) cepat2 ajak ummi dan abi ya mawar :p

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...