:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, October 03, 2011

Cameron Highlands Part 3 - (Family Day)

Tempat : Cameron Highlands
Tarikh : 01/10/2011
Hari : Sabtu

Kami berada di CH cuma 2 hari aja :) Sebenarnya banyak lagi tempat yang kami nak pergi, tapi tak sempat. Macam Strawberry Farm, Taman Rama-rama, Kaktus...pasar pun kami sempat singgah sekejap aja. Kalau nak tahu, percutian kali ni masa kami banyak dihabiskan dengan melawat Ladang Teh dan Taman Agro Teknologi aja :p Jom, kita tengok gambar dan aktiviti kami seterusnya :
Sarapan pagi abah beli nasi lemak kat bawah.
Auni bukan main semangat nak makan. Tengok ajalah
aksi-aksinya tu. Sengeh tunjuk gigi kurang comelnya tu :p

dah pandai posing anak dara seorang ini.
Patutlah IbuAqil berkenan nak jadikan menantu. Ops!! :p
Waktu ni ambil kesempatan merakam pemandangan waktu pagi
di luar hotel sementara menunggu kawan-kawan abah turun
Sempat juga belikan baju panas, t-shirt dan baju tidur untuk anakanda seorang ni.

Seterusnya, kami sekali lagi ke Taman Agro Teknologi ni.
Puas bergambar dengan bunga-bunga ni.
* beli juga 3 batang strawberry+coklat, dadih dan 2 paket strawberry.

Puas di T.A.T ni, kami terus ke Ladang Teh Boh :)
Seram ummi masa nak ke ladang ni sebab jalan sangat curam huhu.
Tapi, subhanallah! Saujana mata memandang. Indah sekali pemandangan di sini

Penat-penat mendaki, nak juga merasa makanan dan teh di sini.
Mahal juga, tapi berbaloi sebab sedap. Abah beli teh ais, sandwich dan sup cendawan.
Kat ladang teh boh ni paling lama kami duduk :)
Di sini ummi sempatlah beli Teacino perasa Karamel dan Klasik.

Sebelum balik, kami sempatlah singgah pasar beli sayur-sayuran
dan coklat untuk dibawa pulang. Bertolak dari CH kira-kira jam 2.30 petang.
Singgah solat di RnR Gua Musang dan Kuala Krai, kami sampai di
rumah Tokmi kira-kira jam 10.30 malam.


Perjalanan yang sangat lama, namun menyeronokkan (^_^)

6 comments:

  1. pergi jugak ladang teh boh tu, klau kena pada masanya mungkin boleh terserempak kan? kitaorang sekejap je kat situ, sekadar masuk ke kilang proses daun teh tu je, tak larat nak panjat bukit tu hehehe

    Tapi jalan nak ke situ mmg mencabarkan?

    ReplyDelete
  2. seronoknya auni dpt bercuti ke CH..

    ReplyDelete
  3. eh, bila akak pergi? itulah...belum jodoh kita nak bertemu hehe

    ReplyDelete
  4. Ummi!! G cameroon ke?! Alahai! Kalau tau ummi g cameroon kami leh jejak ummi.. Dh nak dekat tu ngan Ipoh ;) Best bercuti kan..

    ReplyDelete
  5. bestnya jalan2! hehe, sejuk tak auni? cantik sangat pemandangan, subhanallh, harap2 nt bile aufa besar siket boleh g Cameron jugak..aufa sensitif pd sejuk, mudah demam kalau cuaca berubah..hehe=)

    ReplyDelete
  6. IbuAqil > a'ah kak :) semua kebetulan kan? hehe...bila agaknya kita boleh berjumpa ye?

    ummu aufa > memang sejuk grrr!! nanti kalau nina nak ke cameron, roger2 kami eh. mana tahu berpeluang pergi sana juga, boleh kita jumpa :)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...