:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, October 27, 2011

Tolong bantu ummi

Ummi dah beberapa kali merasa puasa penuh sebulan di bulan Ramadhan. Tak ingat dah berapa kali, tapi rasanya adalah dalam 4-5 kali. Seronok kalau dapat puasa penuh ni sebab kita tak payah tanda dalam diari berapa hari kita perlu ganti puasa :p (bertuah betul ummu auni ni...)

Tapi boleh dikatakan ummi kerap juga sakit perut, terutama bahagian peranakan. Macam yang ummi bagitahu dulu, ummi pernah beberapa kali pergi jumpa doktor. Doktor scan dan beritahu yang rahim ummi bengkak. Pernah sekali doktor kata ada cyst. Tapi lepas jumpa ustaz, berubat kemudian ummi pergi jumpa doktor semula, cyst tu dah tak ada. Ummi ada makan makjun juga, nak bagi rahim kecut. Tapi tak jadi juga. Sampai hari ni ummi rasa macam bengkak sebelah ummi punya rahim. Eh, ye ke rahim?? Iyalah tu...

Sekarang ni ummi dah tak menyapu rumah. Abah yang menyapu rumah. Sebabnya baru sapu 3-4 kali, pinggang belakang ummi sakit yang teramat. Macam mencucuk-cucuk dan lenguh yang teramat. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Kalau nak basuh tandas atau bilik mandi, memang ummi kena duduk bersila. Bayangkanlah. Itu pun gosok/sental perlahan-lahan. Tak boleh kuat.

Masuk hari ni ummi dah 10 bulan tak datang bulan. Perut ummi ni kalau tengok memang macam orang mengandung huhu. Asal jumpa kawan atau sedare, mesti semua tanya dah berapa bulan? Ada yang kedua dah ke? Ummi tak tahu nak cakap apa. Dahla berat badan naik mendadak, walhal ummi tak makan banyak. Doktor kata tak ada masalah apa-apa. Mungkin hormon tak stabil. Itu aja.

Ummi nak buat apa ye sekarang ni?

9 comments:

  1. susah juga ya macam tu, cuba berubat jumpa pengamal perubatan cara islam pulak, mana tahu ada yang tersembunyi kita tak tahu kan, kalau dah doktor kata tak de apa2 tapi kita still rasa sakit juga, usaha cara lain pulak,

    ReplyDelete
  2. sy doakan semoga ummi na cpt2 sembuh ye..Innallahu ma'ana...=)

    ReplyDelete
  3. Ina dear.. apa kata cuba GLA complex utk hormon
    http://www.mamafaiz.com/search/label/GLA

    ReplyDelete
  4. Jgn dibiarkan lama2 tau..bahaya...kwn sy dulu ader mkn biodex yg nama nona..ape ntah namanyer..tp dia mkn sbb dh tau ader cyst..jd lps mkn cyst tu kecut balik..xperlu operate..

    ReplyDelete
  5. Slm sis, takut jgk dengar mcm tu...buang air bsr ada mslh tak? Cuba ubah diet dulu, lebihkan sayur/buah kurangkan daging merah, lebih kan ikan. First thing in the morning try to minum air kosong segelas & kalau ada kurma amek utk sarapan pun elok insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. suzana > dah jumpa kak, banyak kali juga. Itu yang masih berubat dengan ustaz sekarng ni...

    Ummu Mawar > terima kasih ya :)

    Kak Cery > terima kasih atas saranan k.cery :) memang teringin nak cuba, nanti ina contact akak eh

    ReplyDelete
  7. musliza > terima kasih atas keprihatinan :) insyaAllah saya akan usahakan...

    aeshcame > buang air besar takde masalah..normal je. Sekarang ni mmg tengah ubat cara pemakanan juga.....insyaAllah moga2 ada perubahan nanti

    ReplyDelete
  8. insyaallah moga ummi na cepat sembuh ya, ujian Allah..ummi na memang tabah! =) erm, jiran nina dulu pun ade cyst jugak,dh operate buang, lepas beberapa bulan terus mengandung.seblum tu die tunggu 2 tahun jugak utk dapat anak..due date bulan 2 ni=) alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. mmu aufa > oh yeke? alhamdulillah, rezeki dia :) tapi akak ni memang dah tak ada cyst, menurut kata doktor lah

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...