:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, October 09, 2011

Edisi Jalan-Jalan Cari Makan sekitar Kota Bharu

Panjang tajuk atas tu :)

Kali ni ummi rasa memang ummi makan banyak :) Singgah situ, singgah sini hehe. Selepas kami makan di Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan, kami berjalan-jalan sekitar Tambatan Diraja. Ini kali kedua ummi ke sini. Cuma kali ni dapatlah merasa naik Menara Tinjauan tu. Gayat juga eh. Jalan kaki aja dari restoran tadi. Exercise sikit :p

Tengok gambar tu...cantik kan pemandangan dari atas menara? Subhanallah!
(waktu naik ni tak dikenakan sebarang bayaran)

Selepas puas bergambar sana sini, kami terus ke Masjid Muhammadi untuk menunaikan Solat Zohor. Tengok anak dara ummi tu yang kehausan :) Dia hari tu sangat baik sekali. Duduk diam waktu orang solat.

* auni pakai baju baru yang Cik Sue hadiahkan hihi

Seterusnya, kami ke Taman Tengku Anis. Seronok sangat auni dapat bermain di Taman Permainan ni. Naik gelongsor dan segala benda yang ada di sana. Taman rekreasi ni memang ummi dan abah pernah pergi pun. Kami jogging+dating petang-petang lepas balik kerja. Selepas bersalinkan auni dulu :) Memang ramai orang kalau waktu petang.

Seterusnya, nak merasa aiskrim yogurt di Tutti Frutti hehe. Cuaca panas ni memang sangat sesuai untuk makan sejuk-sejuk kan? Tapi, kalau anda nak datang sini sila sediakan duit yang banyak ya! Kalau yogurt SAHAJA : RM5.30/100gram. Kita pilih yogurt perasa apa kita nak, pastu tambah topping segala bagai termasuk isi2 (kekacang, potongan buah-buahan, coklat chip, nata de coco dan lain-lain lagi) lepas tu timbang dan bayar. Tapi isi-isi tu boleh pilihlah mana kita nak. Hari tu ummi ambil yogurt perasa strawberry dan kiwi serta tambah sedikit nata de coco, coklat chip, kacang badam dan buah longan. Harganya RM12.70 hehe. Abah kata mahal aihh.

Seterusnya kami ke KB Mall. Singgah di kedai buku POPULAR mencari novel yang ummi dah lama nak baca. Cintaa Kembali Bertasbih. Belek-belek buku di sana, ada satu cerita menarik yang terjadi huhu. Nanti ummi akan cerita sebab ummi tak nak rosakkan mood anda yang sedang bergembira membaca entry kali ini :p Keluar dari kedai buku, kami singgah beli air di Cool Blog. Ummi jatuh cinta dengan air ni sejak kawan ummi tolong belikan hari tu. Kali ni ummi beli Chocolate Blog ditambah dengan pearl black. Harganya RM3.10. Abah kata mahal lagi aihh. Haha, nak buat camana abang?

Habis semua tu, kami semua berpisah balik ke destinasi masing-masing. Kawan-kawan ummi terus masuk Pasific nak cari barang, kami pula terus balik Kubang Kerian. Kali ni ummi memang sangat seronok sebab dapat makan-makan dan jalan-jalan dengan kawan-kawan :) Harapnya dapat pergi lagi lain kali hehe.


* macam tak sesuai tajuk atas tu kan? Walhal tak banyak sangat pun gambar makanan :)

* Selesai makan, rupa-rupanya auni dah terkucil. Habis basah seluar yang dia pakai. Memang tak bawa baju ganti sebab mula-mula abah tak nak ikut. Pergilah mencari baju sekitar bazar sebelah restoran tu. Terima kasih Cik Sue sebab hadiahkan auni baju baru yang sangat cantik :)

2 comments:

  1. Ibu suka betul tgk gambar ummi, abah & auni 3 branak.. ;) Sejuk mata hati ni.. ;)))))))

    ReplyDelete
  2. hehe..kt kelantan mmg mcm2 tmpt yg menarik..aduh..rindu plak kat area res.nasi ulam krfatngan,masjid..dulu..ms sekolah maahad.hari2 lalu n solat kt msjid tu..tiba2 tringt balik zaman persekolahan..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...