:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, October 13, 2011

Cinta Hati : Anakanda Puteri Solehah

satu..satu...saya sayang Allah
dua..dua...sayang Rasulullah
tiga..tiga...sayang ummi abah
1..2..3 sayang semuanya (^_^)

ini tempat duduk puteri solehah waktu membaca atau minum susu


"kokok...aye"
"mooo...lembu"
"miaww....cing"
"mbekk...ambing"
"aumm...shinga"
"ong..ong...anjin"

************************************
Cik Wa kata auni nampak tinggi. Ya, auni memang tinggi dan kurus. Auni ikut pakcik dan makcik nya yang sebelah ummi. Semua adik beradik ummi tinggi-tinggi belaka. Macam galah=gelaran saudara-mara kami. Cuma ummi seorang yang agak rendang (^_^). Bukan sahaja rendang, malahan tembam hihi. Bayangkan, bulan lepas ummi pakaikan baju untuk auni. Minggu lepas, ummi pakaikan baju yang sama. Tapi nampak senteng *singkat sikit. Cepatnya anak ummi dan abah tinggi :) Rasanya ummi dan abah kalah dengan ketinggian auni bila dia besar nanti.

Dua tiga hari ni ummi tak aktif berblogging. Alasannya :-
  1. kepala dan mata ummi sakit (seperti biasa...)
  2. loya-loya macam nak muntah, tapi tak muntah. Ummi rasa angin dalam badan banyak sangat
  3. sedikit sibuk menyiapkan laporan yang tidaklah banyak sangat :p
  4. broadband yang agak lambat. Siput lagi laju agaknya... :)
  5. M.A.L.A.S bertamu sebentar hihi
InsyaAllah ummi akan kembali seperti biasa. Nantikan kunjungan ummi ke blog kalian semua ya.

* Ummi tahu apa yang kalian akan tanya nanti. Ini jawapannya : Ummi BELUM pregnant lagi hingga saat entry ini ditaip (^_^)


6 comments:

  1. Hik3!! Ummi ni tau2 je apa soalan yg bermain2 di fikiran ni.. ;p apapun ummi jaga kesihatan baik2 ye.. comel puteri solehah ummi ni.. :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...aqil pun apa kurangnya? tampan lagi comel hehe...insyaAlalh kak :) ni pun tengah berdiet sekali..

    ReplyDelete
  3. tu laa..tanda2 mcm auni nk dpt adik je..rupa2 bukan ye..take care ye sis..moga sihat2 slalu

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...