:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, July 23, 2011

Ucapkan salam dan bersalaman

Mari ucapkan salam bila bertemu teman
dan juga bersalaman disertai senyuman
dengan hati yang lapang dan maaf diberikan
hilanglah permusuhan untuk persahabatan

- lagu nasyid kanak-kanak Islam -


Petikan nasyid di atas merupakan salah satu dari nasyid kesukaan Princess Solehah. Kalau pasang video nasyid kanak-kanak yang lain dia tak nak. Kena pasang lagu ini dulu (^_^). Biasanya, Princess Solehah akan bagi salam terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke rumah.

"Alam....." - dia nak kata assalamu'alaikum (sambil lambai-lambai tangan tu..)

Kalau nak balik dari menziarahi teman/rumah tokmi KK, dia juga akan menyalami tangan seluruh ahli keluarga.

"Auni, salam dulu kalau nak balik"

Segera dia capai tangan sesiapa yang duduk berhampiran lalu dicium tangan itu. *Tangan Nafi' yang sebayanya pun dicium (^_^).

Kalau ambil Auni dari nurseri, sebelum balik tu ummi perhatikan aja Auni. Dia senyum-senyum, tapi segera berlari mendapatkan "ibu" lalu menyalami tangan ibu. "Tata..." kata Auni sambil melambaikan tangan. "Auni tak payah balik ya, duduk sini dengan Cik Ana" usik pembantu ibu. "Tok che," lekas dia geleng kepala sambil pegang tudung ummi (^_*)

**************************************
Anak kecil fitrahnya suci bersih. Ibu bapa yang patut mencorakkannya dengan nilai mukmin sejati dan bersabarlah dalam mendidik mereka.

4 comments:

  1. auni, jom salam cik as pulak..hehe .. slm syg auni yg makin comel..^^

    ReplyDelete
  2. Batul tu ummi.. Kita yg mencorak & mewarnakan mereka.. ;) Comelnya Auni.. ;)

    ReplyDelete
  3. salam.

    akak, nak cakap sikitlah. susah nak baca entry akak sebab ada anak patung comel ahlan wasahlan tu. mebi tengok dalam lappy oke. Tapi saya guna PC susah nak baca.

    maaf ye tegur :)

    ReplyDelete
  4. cik as : salam cik as.... :)

    IbuAqil : Aqil pun comel juga :)

    Cik Anita : hehe, akak pun baru perasan yg memang agak susah nak baca sbb ada kanak2 comel tu hihi. akak perasan masa buka netbook suami, alamak payah nak baca. Okey, akak dah buang. Terima kasih ya tegur,....

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...