:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, January 06, 2013

Syafaakillah ya Solehah

aksi 'berani' anakanda solehah

Ketika entry ini ditaip, ummi baru sudah merendam auni dalam baldi. Auni demam sejak petang kelmarin. Ummi masih belum beri ubat dan bawa ke klinik. Ummi hanya rendam auni dalam baldi. Kadang-kadang ummi alirkan air paip atas kepala dia lama-lama. Biar turun suhu tu.

Walaupun demam, mulutnya tak henti-henti bercerita itu-ini. Macam-macam yang diceritakan sampai ummi kadang-kadang hampir terlelap hihi. Malam semalam dia ajak ummi main lego. Ummi bina juga 1-2 bentuk untuk dia. Lepas main lego, dia nak dengar lagu nasyid kesukaannya tu. Ummi pasangkan sebentar je. Sedang khusyuk layan nasyid, boleh pula dia terlelap.

Esok andaikata demam dia masih belum kebah, ada kemungkinan ummi nak ambil cemas. Kasihan pula tengok keadaan dia malam ni. Mata dah kuyu (dah lah mata tu memang kuyu, bertambah kuyu jadinya), bibir pula merah-merah, badan pun masih panas lagi. Auni kalau demam, memang dia akan merengek dan terlebih manja hihi. Minum susu kuat, tapi air masak kurang. Dia memang payah sikit kalau suruh minum air masak.

Minggu ini sudah mulai padat dengan aktiviti. Esok malam abah start mengajar tuisyen, dan hari-hari seterusnya kelas mengaji akan bermula seperti biasa. Pasti riuh teratak kami dengan abang-abang dan kakak-kakak auni nak mengaji hehe. 

Doakan kesihatan anakanda solehah ya kawan-kawan (^__^)

* T-shirt muslimah terbaru masih ada. Sesiapa berminat, boleh KLIK SINI ya...


2 comments:

  1. syafakillah pu3 solehah...nak pandai ngaji ye auni.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih acik =) auni nak ikut jejak panglima2 BAi yang rajin mengaji...doakan ya

      Delete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...