:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, January 27, 2013

Cuti Maulidur Rasul

Dr. Auni Nafeesa
Malam Khamis baru ni, ummi duduk bersantai dengan auni sementara abah ke masjid. Ummi bersembang dengan si cilik ni. Memang seronok betul sebabnya cara Auni bercakap tu mengalahkan orang dewasa hehe. Antara perbualan ummi dan auni :

ummi : bila besar nanti, adik nak jadi apa?
auni : doktor
ummi : doktor? jadi cikgu lah ya?
auni : doktor lah..
ummi : kenapa adik nak jadi doktor?
auni : sebab...adik boleh 'check' ummi. Ummi kan selalu sakit

Saat itu, ummi terus peluk anakanda solehah. Ya Allah, anak aku nak jadi doktor rupanya. (Tak tahu nak cakap macam mana perasaan ummi ni bila dia kata nak check ummi T_T). Gambar di bawah menunjukkan kesungguhannya nak jadi seorang doktor.


 Dr. Auni Nafeesa sedang merawat pesakitnya, 'Asim (^__^)
Ummi doakan auni menjadi seorang doktor yang solehah, hafizah, jameelah (^__^)


Masakan Abah
Okey, pagi kelmarin pula, abah dengan penuh sukacita menawarkan diri untuk buat sarapan. Alhamdulillah.....

*

*

*

*

Abah yang teringin nak makan nasi goreng hehe. Gara-gara ummi goreng nasi malam sebelum tu sempena meraikan kedatangan Acik Edil & Acik Ayu ke Teratak Mawaddah. Sarapan pun lewat, sekitar jam 11.00 pagi hehe. Tiba-tiba ummi mengidam nak makan Tom Yam abah hihi.

Cuti 3 hari ni, kami tak ke mana pun. Malam tadi balik dari rumah tokmi, ummi sangat teringin nak makan donut di Big Apple. Pujuk-pujuk abah, akhirnya abah setuju. Tetapi, sampai sahaja di Big Apple....alamak! Dah habis sob..sob...sob. Ada 4 ketul aja yang tinggal. Tengok jam, pukul 10.00malam. Patutlah huhu.....Tak apalah, kiranya sampai jugalah hajat ummi nak makan donut.

Apa cerita hujung minggu anda?





6 comments:

  1. Bijaknya Auni. Semoga termakbul impian Auni tu.. Jeles suami rajin masak ;) dulu AI rajin juga. Bila isteri sibuk kacau.. tak nak dah ke dapur ;) Hrp lps ni rajin kembali ke dapur hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...aameeen =)

      Saya pun kdg2 rasa malas nak ke dapur juga hihi. Tengok keadaan, biasanya Abah Auni akan masuk dapur kalau saya sakit

      Delete
  2. Semoga cita2 auni akan jadi kenyataan.. amin..

    ps: hujung minggu kami sertai program maulidur rasul di masjid depan rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aameen =)

      p/s : dah terlalu lama ummi tak sertai perarakan haha

      Delete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...