:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, July 21, 2012

Diari Ramadhan 1433h (1)

(kenangan Ramadhan 1432h yang lalu)

1 Ramadhan 1433h


Alhamdulillah. Misi untuk berterawih di surau bersama anakanda solehah berjalan lancar malam tadi. Tahun lepas memang ummi terawih di rumah sahaja dek kerana "tidak larat" dengan keaktifan anakanda seorang itu. Tahun ni memang ummi berazam nak solat terawih di surau bersama anakanda memandangkan dia pun dah agak "mendengar kata" umminya hehe.

Sebelum ke surau, ummi berkali-kali pesan pada Kak Long Auni : Nanti duduk belakang ummi diam-diam ye. Jangan lari sana-sini. Ummi nak solat". Jawapan ringkas diberi : Okey (sambil menganggukkan kepala). Malam pertama Ramadhan memang sesak dengan jemaah terutama di saf wanita. Penuh. Ummi memutuskan untuk duduk di saf belakang dan di tepi sekali. Tujuannya supaya mudah nak keluar bila anakanda solehah "panas engin".

Masa solat Isyak, dia menunjukkan prestasi yang sangat bagus. Duduk diam di belakang ummi. Tenang rasanya hehe. Namun, bila tiba solat terawih, dia dah mula panaskan engin. Daripada gear 1 terus melonjak ke gear 4. Aduhai....Berjalan di hadapan saf, pergi ke bahagian lelaki, menyanyi, lepas tu dia ikut imam baca Al-Fatihah dengan kuat. Masa rakaat terakhir solat terawih tu dia dah mula merengek nak balik.

ummi : Sekejap aja lagi ye. Boleh ummi solat lagi 2 rakaat? 2 aje (ummi tunjuk isyarat 2)
auni : okey, 2 aje tau (senyum)


ummi bagi salam yang kedua.........


auni : ummi dah siap solat kan? jom balik
ummi : err, boleh tak ummi nak solat lagi? Sekejap aje lagi, solat witir pula
auni : aaaaaaaaaaaaaahhhhh (merengek)
ummi : alah, sekejap aje. Sekejap ye.....
auni : arghhhhhhhhhhhhhhhhh (makin deras)
ummi : okey..okey, jom tunggu tokmi ngan Cik Wa kat luar


**************************************
Kita tengok apa pula yang terjadi malam ni................


10 comments:

  1. hahah! bace entry ni gelak kite kak ina..same jugak ceritenye dgn muhammad..isyak prestasi tiptop..naik terawih die dah mule main agah2 dgn kawan2 die..ketawe sakan..belum lari , jalan kat saf orang..memang mengharap semue jemaah mesrelah kanak2..nk kejar tak larat mane dah hehhe

    p/s: suke ayat 'denga kate'..nipun ibu muhammad pun same pegi sebab ingat dah dengar kate..tahun lepas pegi awal je pahtu buat kt ruma..tak tahan nak keja sebb tak tau bahaye lagi..tahun ni azam mcm kakina jugaklah nk g terawih bawak si anak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...cuba nak bawa dia dulu. Tapi dia mmg aktif haha, ummi tak larat juga nak mengejar

      Delete
  2. sama mcm Sop tahun lepas bawa Azfar dan Azwar..
    Masa isyak ok lagi.. bila masuk terawikh, terus berlari2...
    blk masjid jer kena dua tiga das... hehehe

    tahun ni x bawa sbb surat bawah rumah x sesuai.. takut dorang lari terus kuar surau ke parking
    kalau tahun lepas kat masjid, kawasan luas.. x risau sgt.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 mmg agak 'bosan' juga kalau lama2 di masjid...kecuali kita bekalkan buku2 cerita, maybe dia boleh diam juga kot :)

      Delete
  3. Tergelak baca. Itu yg tak berani nk mencuba. Takut menganggu jemaah lain. Yg biasa2 pun dah menganggu lg kan yg lama. Dah lah tak mau dgn org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya ni pun mula2 risau juga nak bawa. Tapi saja nak mencuba lah....

      Delete
  4. hehe..mesti dia bosan sangat tu. kami buat solat terawih kat umah je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah....akak pun malam ni solat di rumah sbb menghantar adik ke stesen bas tadi

      Delete
  5. hehe... auni makin comel skang...selamat berpuasa ummi na...:)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...