:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, October 30, 2011

Ikan Selar Goreng Berempah

Malam ni lauk sangat simple tetapi menyelerakan
Ikan Selar Goreng Berempah

Ummi guna lebihan tepung berempah yang digunakan masa menggoreng ayam minggu lepas. Tepung berempah ni ummi buat sendiri. Memang sedap dan mudah. Jom tengok bahan-bahan nak buat tepung berempah ni :

Bahan-bahan
- 3 sudu besar tepung gandum (ummi guna sudu makan tom yam)
- 1 sudu besar serbuk kari ikan
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil lada hitam *
- 1 sudu kecil ketumbar *
- 1 sudu kecil jintan manis *
- 1 sudu kecil jintan kasar *
- 1 sudu kecil garam

Cara-caranya :
  1. tumbuk atau kisar halus bahan-bahan bertanda (*)
  2. Gaul sebati bersama tepung gandum, serbuk kari, serbuk kunyit dan garam.
  3. Boleh juga nak tambah 1 sudu kecil serbuk perasa (ummi guna Kohilal - dijamin halal)
  4. Siap dan boleh dilumur atas ikan kemudian digoreng (^_^)

rasa hot and spicy serta crispy :p

- untuk tepung berempah ni, ummi dapat gunakan untuk 3 ketul dada ayam yang besar dan 2 ekor ikan selar besar.
- cara yang ummi guna, masukkan ikan/ayam ke dalam plastik yang diletak tepung berempah dahulu. Kemudian goncang-goncangkan plastik tersebut agar tepung tadi mesra sebati dengan ikan/ayam hehe. Ummi tak guna tangan sebab nanti tak rata.

(terpulang kepada citarasa masing-masing untuk lebihkan atau kurangkan sukatan bahan-bahan di atas ya)

Ya, saya wanita yang tidak akan terlalu bergantung kepada lelaki!


Betul kata Kak Zefa, wanita perlu kuat! Jangan bergantung pada lelaki.
ummi ni tergolong dalam golongan wanita yang terlalu bergantung pada lelaki juga rasanya :p
Ummi terlalu bergantung pada abah.

- nak pergi mana-mana, cakap aja kat abah. Abah pasti hantar (sebab ummi tak pandai bawa kereta)
- bil celcom ummi, abah yang tolong bayarkan
- Kalau nak pos barang, abah yang tolong buat semua tu. Ummi tak reti nak pergi pejabat pos, buat urusan itu ini :p
- nak buat kad pengenalan baru, abah juga yang temankan (alasan : ina takut dan malu lah nak pergi...*malu dan takut tak bertempat)


Tapi dalam pada tu, ummi reti juga buat ini :
- bayar bil air/api secara online
- bayar sewa rumah (tuan rumah sebelah rumah aja hehe)
- bayar duit nurseri auni

************************************
Kadang-kadang memang ummi fikir apa yang ummi nak buat andaikata abah pergi dulu dari ummi. Macam mana ummi nak pergi kerja? Nak hantar auni ke nurseri naik apa? Ofis ummi sebelah rumah je, takpelah ummi jalan kaki. Dahlah ummi tak tahu bawa motor, apatah lagi kereta. Lesen? Memang tak ada pun :p Sebelum kahwin dulu, memang ummi tak nak ambil lesen kereta atau motor langsung. Ummi trauma lihat abang ummi kemalangan. Masa ni 50-50 je. Memang ummi takut sangat nak ambil lesen. Kebetulan separuh jalan aja ambil lesen tu, sampai ujian komputer hehe.

Tapi sejak dah kahwin, ummi tergerak hati nak ambil lesen. Abah pula yang tak bagi. Abah risau ummi balik Shah Alam naik kereta sendiri. Ummi kata macam ni sebab masa ummi sakit dulu memang ummi kata nak balik Shah Alam. Jalan kaki pun ummi sanggup. Dahsyat kan sakit ummi? Sabar ajalah. Disebabkan inilah, sampai sekarang abah masih was-was nak bagi ummi ambil lesen kereta atau tidak :p

Dah tu, ummi selalu juga pesan pada diri ummi : jangan terlalu manja dengan suami. Manja di sini maksudnya, sikit-sikit suami. Sikit-sikit suruh suami. Kita ni goyang kaki aja. Semuanya suami yang buat. Nak ambil air minum kat dapur pun minta suami tolong ambilkan. Berat punggung sungguh! Nak bermanja boleh, tapi jangan sampai membebankan suami. Nanti bila suami dah tiada, baru terkial-kial nak buat itu ini. Nak bayar bil air/api tak reti. Nak pos surat tak reti. Nak check enjin kereta tak reti. Nak tukar lampu rosak tak reti. Sesekali kita kena tahu juga apa yang suami buat selama ini, supaya kita boleh belajar.
* ummi cakap tentang ummi lah ni....

Jom kita ubah diri mulai hari ini.

- sekadar pendapat peribadi ya. Jangan marah kalau ada yang terasa (^_^)

Wordless Sunday (6)

syyhhh, khusyuk study tu :)

Saturday, October 29, 2011

Serba Pink

Anakanda Princess Solehah suka memakai baju berwarna pink :) Bila ummi belek-belek pakaian dia dalam laci, penuh dengan warna pink aja hehe. *walhal ummi yang suka belikan dia pakaian warna pink :p

Antara koleksi baju pink auni :-


baju ni nenek yang belikan untuk auni...terima kasih nenek

ini pula hadiah dari Cik Ewa :)

baju ni memang dah singkat sangat, cuma pakai di rumah aja

baju ni Mak Long hadiahkan sempena birthday princess bulan 8 baru ni
* bila tanya : siapa belikan baju ni? Dia jawab : Mak Lom (MakLong)

beraksi di Cameron Highlands baru-baru ini :p

ini pakaian di rumah atau rumah ibu hehe

ini baju Kakak Aisyah. Mak Long juga yang beri..

ada lagi baju dia warna pink, tapi gambar-gambar dalam pendrive lain :)


Bersyukurlah

Friday, October 28, 2011

Sudut Belajar & Membaca versi 2

Rentetan kisah INI dan INI, maka inilah hasilnya setakat hari ini :)

ini meja belajar auni, ada laptop dan telefon di atas meja

nampak kotak mainan bawah meja tu? Abah alihkan letak kotak tu bawah meja,
jimat ruang sikit

belakang auni tu rak buku abah dan ummi yang diubah :)

pandangan dari sisi lain pula...

Poster TABIAT BAIK telah tercabut hehe
* belum tampal lagi auni punya poster-poster yang lain...

ini rak yang diatur semula kedudukannya....
sebelah kanan tu buku-buku sekolah abah
manakala sebelah kiri majalah, novel dan buku-buku ilmiah

Thursday, October 27, 2011

Tolong bantu ummi

Ummi dah beberapa kali merasa puasa penuh sebulan di bulan Ramadhan. Tak ingat dah berapa kali, tapi rasanya adalah dalam 4-5 kali. Seronok kalau dapat puasa penuh ni sebab kita tak payah tanda dalam diari berapa hari kita perlu ganti puasa :p (bertuah betul ummu auni ni...)

Tapi boleh dikatakan ummi kerap juga sakit perut, terutama bahagian peranakan. Macam yang ummi bagitahu dulu, ummi pernah beberapa kali pergi jumpa doktor. Doktor scan dan beritahu yang rahim ummi bengkak. Pernah sekali doktor kata ada cyst. Tapi lepas jumpa ustaz, berubat kemudian ummi pergi jumpa doktor semula, cyst tu dah tak ada. Ummi ada makan makjun juga, nak bagi rahim kecut. Tapi tak jadi juga. Sampai hari ni ummi rasa macam bengkak sebelah ummi punya rahim. Eh, ye ke rahim?? Iyalah tu...

Sekarang ni ummi dah tak menyapu rumah. Abah yang menyapu rumah. Sebabnya baru sapu 3-4 kali, pinggang belakang ummi sakit yang teramat. Macam mencucuk-cucuk dan lenguh yang teramat. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Kalau nak basuh tandas atau bilik mandi, memang ummi kena duduk bersila. Bayangkanlah. Itu pun gosok/sental perlahan-lahan. Tak boleh kuat.

Masuk hari ni ummi dah 10 bulan tak datang bulan. Perut ummi ni kalau tengok memang macam orang mengandung huhu. Asal jumpa kawan atau sedare, mesti semua tanya dah berapa bulan? Ada yang kedua dah ke? Ummi tak tahu nak cakap apa. Dahla berat badan naik mendadak, walhal ummi tak makan banyak. Doktor kata tak ada masalah apa-apa. Mungkin hormon tak stabil. Itu aja.

Ummi nak buat apa ye sekarang ni?

Jalan-Jalan @ Cuti Deepavali

Pagi semalam masa dengar IKIM, baru merancang nak jalan-jalan :) Tak tahu nak ke mana sebenarnya. Tapi pergi jugalah pagi tu ke Kota Bharu. Kami keluar dari rumah kira-kira jam 10.15 pagi. Cuaca sangat okey, cerah dan tak hujan pagi tu :)

Destinasi pertama yang kami tuju adalah KB Mall.
"Abang, ina teringin nak makan kat Food Court KB Mall tu. Dah lama kita tak makan kat sana"
"Okey sayang. Kita makan kat sana nanti"
Sampai KB Mall masih awal (jam 10.45). Maka kami pusing-pusing sekitar KB Mall. Pergi Kedai buku Popular yang ada dalam KB Mall tu. Dapatlah beli buku baru untuk anakanda solehah tu.
Auni jadi rambang mata nak pilih buku apa yang nak baca hehe. Kalau boleh semua buku dia nak beli semalam :p. Auni dapat 4 buah buku (banyaknya), ummi beli sticky note dan paku tekan manakala abah beli stand untuk whiteboard di rumah. Lama jugalah kami kat dalam ni. Dah siap semuanya, kami terus ke Food Court. Ramai juga orang waktu ni. Ummi pilih bihun sup dan abah makan Nasi Goreng Pattaya.

Masa nak balik, kami sempat juga sambar satu set meja belajar untuk Auni. Kebetulan ada potongan harga waktu ni. Suka sangatlah princess tu bila dapat meja belajar dia hehe. Destinasi seterusnya ke Pantai Cahaya Bulan. Dah lama tak ke sana. Tapi memang tak ramai pun orang waktu ni. Mana taknya, baru pukul 2.00 petang hehe. Saje nak makan angin pantai :p


Destinasi seterusnya ke Taman Tengku Anis. WAJIB ke sini kalau nak jalan-jalan sekitar KB hehe. Auni puas lah bermain. Semalam kami bawa dia jumpa burung merpati dan rusa. Dia takut nak pegang rusa sebab besar hihi.

Akhir sekali kami ke rumah Tokmi nak singgah solat Asar. Ops, Zohor tadi kami solatdi Surau Bazar KB. Tengok ajalah gaya anak-anak ni kalau dah jumpa. Macam-macam aksi :) Kat rumah tokmi tak lama. Kira-kira jam 6.30 petang kami bertolak pulang ke Pasir Mas sebab ada agenda lain pula menanti kami di rumah :)

Nantikan ya.....



Ulat Buku


4 buah buku yang dipilih oleh auni kali ini :)
* padahal ummi yang lebih-lebih nak beli....

kalau dah ulat buku, memang 24jam dengan buku aja
* balik rumah, siap pasang set meja belajar tu terus dia buat homework yang ummi bagi

laptop mesti ada atas meja ya.....
* ummi...bulat mi..bulat (suruh ummi lukis bulat)

Anakanda solehah ummi ni memang aktif. Kalau di nurseri, ibu (pengasuh) buat apa-apa aktiviti mesti dia yang pertama sekali nak join. Baru-baru ni ibu cerita kat ummi dia buat aktiviti mencari huruf ABC. Dia susun beberapa abjad dan minta kanak-kanak cari abjad yang disebut. Dalam ramai-ramai kanak-kanak yang ada, auni seorang boleh jawab (^_^) Dia tanya cari A, auni terus tunjuk abjad A. Begitulah seterusnya. Anakanda solehah memang cerdik, alhamdulillah.

Kalau di rumah, balik nurseri aja terus ajak ummi main.
- "ummi, pok amai amai...pok amai" sambil tepuk tangan. Dia suka waktu ummi geletek pinggang aja...
- "ummi, okok ane...okok ane" mula-mula ummi tak faham langsung apa bendanya. Bila tanya ibu, rupanya di main "nenek..nenek si bongkok 3, siang malam asyik berjaga" hehe.
Memang seronok main dengan auni ni. Dengan muka manja sambil panggil abah "aabah....aaabah..." alahai, comel sungguh :p

Tuesday, October 25, 2011

Sakit kepala

Minggu lepas hari-hari sakit kepala.
Dua minggu lepas pun hari-hari sakit kepala.
Bulan sudah, hari-hari juga sakit kepala.
Tiada hari yang ummi tidak sakit kepala walau sehari.

Ya Allah, berikanlah aku kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini.

Boleh lihat SINI untuk sedikit info berkaitan sakit kepala ni.

Monday, October 24, 2011

Sudut Belajar & Membaca

Masih ingat ini?

Rak pink ni mestilah princess punya...
* siap letak telefon dan laptop atas tu :p

Ops. Majalah-majalah ummi tersusun kemas di rak bawah ni.
* masih belum susun di rak baru beli

ini tempat bergambar @ tempat baca buku anak dara ummi dan abah. Dalam kotak belang-belang ni ada segala permainan auni. Kebanyakannya alatan memasaknya tu
* tempat kesukaan dia hehe

Rak utama yang menjadi tempat simpanan buku-buku sekolah abah, novel-novel ummi dan buku-buku ilmiah
* terselit seterika yang tak tahu nak letak mana dah....


* sudut belajar ni masih tak siap-siap pun huhu

12 Things Which Constitute Real Riches

kenangan bersama Prof. Dr. Muhaya


12 Things which constitute real riches :-
  1. Positive mental attitude
  2. Sound physical health
  3. Harmony in physical relationship
  4. Freedom from fear
  5. Hope for future achivement
  6. Capacity for applied philosophy
  7. Willingness to share one's blessing
  8. Engaged in labour of love
  9. Open mindedness to all subjects towards all people
  10. Complete self discipline
  11. Wisdom with which to understand people
  12. Financial freedom
(Seminar Keluarga Bahagia : Interaktif Bersama Prof. Dr. Muhaya)
- Balai Islam Lundang, Kota Bharu
- 22/10/2011 (Sabtu)

Friday, October 21, 2011

Sahabat Mawaddah ke-280

Sahabat Mawaddah yang ke-280
Terima kasih kerana sudi menjadi Sahabat Mawaddah
Jom kita jalan-jalan dan berkenalan dengan beliau ya :)

Thursday, October 20, 2011

HP Anda Asli ke?


tadi ummi baru check hp ummi
ummi punya 04
maknanya SANGAT TERBAIK lah hp tu :)
apa-apa pun, cubalah semak ya...

Tuesday, October 18, 2011

Turun 10kg dalam masa 2 bulan

Ummi nak minta pendapat semua pengunjung TM
Apa yang perlu kita buat untuk turunkan 10kg dalam masa 2 bulan?
Pemakanan apa yang sesuai?
Senaman apa yang perlu dilakukan?

(^_^)
* harap mendapat respon semua ya...

Monday, October 17, 2011

Badan Sihat Minda Cerdas

Aktiviti setiap kali balik rumah Tok Mi :-

posing dulu...


Iklan Gigi Cantik...gunalah Ubat Gigi Mukmin Junior :p

tengok-tengok pokok di halaman rumah Tok Mi...kemudian, cabutlah apa-apa yang patut

eh, apa tu?


Oh, burung-burung berkicauan di atas sana...

Saya nampak tinggi, yeay!

macam orang tua je lagaknya ni - kata abah

Jom kawan-kawan, kita beriadhah di petang hari sambil menikmati semua ciptaan Ilahi (^_^)

Sunday, October 16, 2011

Al-Qabas Lap Top


Al-Qabas Lap Top dari Mesir :)

Mak Long Auni hadiahkan untuk Auni. Suka dia dapat laptop ni. Tapi belum dirasmikan lagi sebab ummi nak buka di TM nanti. Lagipun bateri tak ada. Kena beli dulu.
Ummi tak tahu berapa harganya. Tapi yang pasti dalam bahasa arab lah laptop ni.



Laptop lama Auni dah rosak, alhamdulillah dapat laptop baru ni



Kita zoom sikit button ni

*

*
Ada macam-macam aplikasi :)

- surah-surah pendek
- doa-doa harian

* terima kasih Mak Long...

Saturday, October 15, 2011

Ruang Kerja Pilihan

2 hari sakit kepala+sakit perut :( Semoga cepat sembuh ummi...

Kami sedang mencari rumah untuk dibeli (^_^) Banyak kali juga mencari, tapi ada je yang tak berkenan hehe. Ikutkan ummi nak beli rumah yang dah siap aja. Tapi abah nak beli tanah dulu, lepas tu baru nak buat rumah. Tak tahu lagi macam mana tu...

Tapi yang pasti, dalam rumah tu nanti ummi berangan nak ada satu bilik atau ruang kerja dan belajar dan solat (berapa banyak dan...). Kiranya 3 in 1 gitu. Bilik kerja+belajar+solat. Design macam mana ye??
konon-konon ini bilik Auni lah....


kalau buat ruang kerja macam ni..okey tak?
Tapi sempit takde ruang untuk solat pula (v_v)


suka...suka...suka :)
Abah, kita design macam ni nak tak? hehe


* berangan je lebih...tapi siapa tahu satu hari nanti semua ni akan terlaksana, kan?

~ gambar ehsan En. Google


Sakit Jiwa

"sakit jiwa" tengok drama Tahajjud Cinta episod akhir ni
(ummi tengok di you tube)
Tak nak komen lebih-lebih...cuma agak terkesan sedikit dengan lakonan Eman Manan
Pertama kali ummi jadi "benci" dan sedikit "emo" tengok lakonannya kali ni hehe
Ummi sebak dan hampir menangis masa tengok mak Seri menangis sambil marahkan suaminya tu. Geram juga dengan bapa Seri yang terlalu taksub dengan Ustaz Shauki!!

* awal2 dulu, kurang minat tengok drama ni sebab ada beberapa adegan yang sangat ummi tidak setuju

Sahabat Mawaddah

Jumlah Sahabat Mawaddah sehingga 15/10/2011 @ 9:33 a.m
berjumlah 279 orang
(^_^)

* Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi sebahagian daripada sahabat kami
Semalam ummi BW secara rawak. Klik mana yang sempat.
Tapi tak dapat jejak semua sebab banyak juga yang tiada link :(
Jadi, ummi berharap sangat tolong link kan alamat blog kalian agar kami dapat jejak ya :)

psst : dah jadi Sahabat Mawaddah ke? :p

Wordless Saturday (3)

Thursday, October 13, 2011

Cinta Hati : Anakanda Puteri Solehah

satu..satu...saya sayang Allah
dua..dua...sayang Rasulullah
tiga..tiga...sayang ummi abah
1..2..3 sayang semuanya (^_^)

ini tempat duduk puteri solehah waktu membaca atau minum susu


"kokok...aye"
"mooo...lembu"
"miaww....cing"
"mbekk...ambing"
"aumm...shinga"
"ong..ong...anjin"

************************************
Cik Wa kata auni nampak tinggi. Ya, auni memang tinggi dan kurus. Auni ikut pakcik dan makcik nya yang sebelah ummi. Semua adik beradik ummi tinggi-tinggi belaka. Macam galah=gelaran saudara-mara kami. Cuma ummi seorang yang agak rendang (^_^). Bukan sahaja rendang, malahan tembam hihi. Bayangkan, bulan lepas ummi pakaikan baju untuk auni. Minggu lepas, ummi pakaikan baju yang sama. Tapi nampak senteng *singkat sikit. Cepatnya anak ummi dan abah tinggi :) Rasanya ummi dan abah kalah dengan ketinggian auni bila dia besar nanti.

Dua tiga hari ni ummi tak aktif berblogging. Alasannya :-
  1. kepala dan mata ummi sakit (seperti biasa...)
  2. loya-loya macam nak muntah, tapi tak muntah. Ummi rasa angin dalam badan banyak sangat
  3. sedikit sibuk menyiapkan laporan yang tidaklah banyak sangat :p
  4. broadband yang agak lambat. Siput lagi laju agaknya... :)
  5. M.A.L.A.S bertamu sebentar hihi
InsyaAllah ummi akan kembali seperti biasa. Nantikan kunjungan ummi ke blog kalian semua ya.

* Ummi tahu apa yang kalian akan tanya nanti. Ini jawapannya : Ummi BELUM pregnant lagi hingga saat entry ini ditaip (^_^)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...