ini pula kisah Aquaria & Pura-Pura Jaya (kata abah)
Hari Ahad : 11.12.2011 (kami mengemas dan berehat di rumah sahaja)
Hari Isnin : 12.12.2011 (masa untuk makan angin puas-puas hehe)
Asal perancangan kami adalah nak bawa adik-adik makan angin di Aquaria sekali lagi. Bawa abang, adik-adik ummi dan adik abah di UIA tu. Tapi, perancangan Allah yang terbaik. 2 orang adik ummi kerja hari Isnin tu. Yang di UiTM Kedah dah balik malam Ahad tu. Ayah Su Auni pula demam panas. Akhirnya bawa adik abah yang di UIA tu ajalah pergi makan angin.
Kami sampai di Aquaria pun dah pukul 12 tengahari. Melepas nak tengok aktiviti bagi ikan makan huhu, walhal ini yang paling menarik di Aquaria. Maka, kita layan ajalah tengok hidupan laut yang lain. Auni memang nak berdukung 24 jam. "Mi, akut...akut" itu ajelah dialog dia kat dalam Aquaria tu. KLIK SINI untuk maklumat lanjut ya (^_^)
Dah puas di Aquaria, kami terus ke HUKM ambil Ayah Din Auni. Ayah Din praktikal di sini. Lepas makan di cafe, kami terus ke Putrajaya. Seingat ummi, ini kali kedua ummi ke Putrajaya. Memang rasa lain pula bila datang sini. Ummi kata kat abah : "abang, rasa macam kita di luar negara lah". Jalan lengang aja, tak macam KL yang sesak. Ummi tak nampak pula shopping complex kat sini. "Ini kan kawasan pentadbiran" kata abah hehe. Persekitaran yang bersih dan kemas. Sunyi pula rasanya, mungkin sebab hari tu Cuti Sempena Keputeraan Sultan Selangor? Ada kaitan ke?
Sangat seronok menghabiskan masa di sini bersama adik-adik. Kami solat Asar dan Maghrib di sini. Lepas Solat Asar kami turun tengok tasik. Hajatnya nak naik kapal, tapi dah tutup pukul 6 petang. Maka bergambar ajalah kami di tepi tasik tu. Dah puas tengok pemandangan tasik, kami makan aiskrim dan minum air kelapa. Air kelapa RM10/biji. Abah beli sebiji aja, kami kongsi berempat (^_^) Maghrib tu pula, kami solat di Masjid Besi. Subhanallah, cantik sungguh senibina dan hiasan masjid ni. Cuma sayangnya, ummi tengok jemaah tak ramai. Tempat parkir kereta pun tak banyak kereta/motosikal. Cukup lengang.
Puas bergambar di dalam masjid, kami bertolak pulang. Hantar adik-adik balik UIA, kami terus menuju ke Shah Alam. Hajatnya nak ke I-City pula, tapi dah keletihan. Sampai rumah, acara makan Domino's Pizza dan ABC :) Suka tapi seksa huhu. Suka dapat makan, tapi seksanya sebab hancus diet ummi :( Lepas makan-makan, acara buka hadiah pengantin. Wah, adik ummi dapat banyak hadiah barangan rumah. Dah lah kawan-kawan hadiahkan peti ais dan mesin basuh, dapat pula hadiah vakum. Jeles2...hihi.
Sekian untuk edisi Aquaria & Putrajaya....selepas ini edisi Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam (^_^)
alamak, auni takut big fish eh? nanti dah besar sikit bole pegi lagi. time tu tak tkaut dah. putrajaya kalau cuti mmg lengang. bole baring atas jalan. kalau time keje kete banyak tp tak sesesak kl. :)
ReplyDeleteharap2 nya gitulah hehehe..
ReplyDeleteTapi mmg best sangat pergi Putrajaya tu..
hehe pasni insyaallah boleh berdiet dgn HAB.. =)
ReplyDeleteauni..akut yea... hehe sweet!
Wah.. jalan2 sakan auni ye? Seronok baca n3 ni..
ReplyDeleteps: camne nak buat gambar mcm tu ummi na? guna apa ye?
ummu mawar > tak sabarnya nak berdiet dgn HAB hihi
ReplyDeleteKak zefa > gambar yg kat atas tu edit guna Adobe Photoshop dan Picasa (^_^)
Tkasih ummi na. kak zefa tak ada photoshop tu.. :-(
ReplyDelete