Ibu..ibu..
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu..ibu..
Engkaulah ratu hatiku...
***************************************
Masa kecil-kecil, lagu ini paling ummi suka selain lagu Ibu Mithali tu (^_^)
Kalau buka tv, kebetulan ada iklan lagu ni memang boleh berhenti buat kerja sekolah. Terus cepat-cepat duduk depan tv nak dengar lagu ni hehe. Lagu ni memang "berhantu" dan sedap didengar oleh kanak-kanak macam ummi waktu tu.
.: Selamat Hari Lahir Ke-54 emak :.
Tiada hadiah yang dapat kami berikan melainkan sekalung doa agar usiamu diberkati dan semoga panjang usia dalam ketaatan, sihat-sihat selalu, bahagia dunia akhirat dan semoga emak diberi kekuatan dan kesabaran dalam mendidik kami dulu, kini dan selamanya
Ya Allah...
Aku bersaksi bahawa ibuku ini adalah ibu yang terbaik.
Dia telah menjalankan tanggungjawabnya terhadapku dengan baik tanpa keluh-kesah.
Terlalu banyak pengorbanan yang telah diberikan untuk keluarga kami.
Dia isteri yang baik, juga emak dan nenek yang sangat menyayangi kami sekeluarga.
*********************************
* pagi ni kenduri kahwin adik ummi.
birthday mak akak sama la ngan birthday ma saya..heee
ReplyDeletewah..kat shah alam la ni yea.. =) slamat hari lahir buat nenek auni..smga diberkati selalu..
ReplyDeleteSemoga ibu ummi na dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan berpanjangan..
ReplyDeleteBoleh sambut besday ibu sekali dgn kenduri adik la ya...
ReplyDeleteSelamat hari lahir jgk emaknya.
ReplyDeleteSelaamt hari jadi buat bonda ummu auni.. dan selamat menerima menantu baru..
ReplyDelete