:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, December 17, 2011

kenduri @ Shah Alam

bertahun lamanya ambil masa nak menulis entry hehe. 

Alhamdulillah, memang terbaik percutian kami kali ni (^_^) Semuanya Allah permudahkan, berjalan dengan lancar sekali. Seperti semua sedia maklum, kami pulang ke Shah Alam pada 08.12.2011 baru-baru ni. Majlis Jamuan Kesyukuran di pihak lelaki (adik ummi) diadakan pada hari Sabtu 10.12.2011.

Ummi memang ambil cuti hari Khamis, abah pula sekolah. Lepas abah habis urusan di sekolah, kami bertolak pulang ke Shah Alam kira-kira jam 3.00 petang. Banyak kali juga berhenti rehat disebabkan keletihan TERlampau :)

Dipendekkan cerita, kami singgah rehat di rumah makcik (Cheras) dan tidur di sana. Kemudian keesokan harinya kami ke rumah makcik lagi satu di Lembah Keramat. Sampai di rumah Shah Alam kira-kira jam 12 tengahari. Sempatlah abah rehat barang seketika sebelum aktiviti rewang pada sebelah petang. Seronok sangat aktiviti rewang ni tau :)

 lihat aksi Auni sebelum dan semasa rewang. Dia 24 jam asyik nak berdukung dengan ummi. Langsung tak nak duduk sendiri. 1 sikap auni yang ummi sangat perasan dari dulu, kalau terlalu ramai orang dia mesti nak berdukung 24 jam. Masa ni dah ramai juga saudara-mara yang datang untuk sama-sama membantu mana yang patut.

 Persiapan bilik raja sehari pun dilakukan pada saat-saat akhir. Masa hari Sabtu, memang hujan lebat sangat. Air bertakung dan jalan lecah. Semua bimbang kalau hujan berterusan sampai waktu malam. *kenduri sebelah kami diadakan pada waktu malam ya. Mujurlah petang tu sebelum Maghrib hujan dah berhenti.

Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar pada sebelah malamnya. Tema warna Gold hehe. Sampaikan kek pun cari warna kuning (kek ni memang sedap sangat). Kami sambut sekali dengan hari lahir mak yang jatuh pada hari yang sama 10.12.2011.

.: Selamat Pengantin Baru :.
Acik Edil & Acik Ayu

Sekian untuk edisi kenduri. Selepas ini..............edisi Pura-Pura Jaya & Aquaria (^_^)

2 comments:

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...