:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, September 30, 2012

Nota Ringkas dari ummi

Alhamdulillah, kami dah selamat pulang dari Langkawi (^__^)
Banyak cerita menarik nak dikongsi, insyaAllah ummi nak panaskan engin dulu hihi
Semua pemenang 3rd Birthday Giveaway yang belum beri nama, no. hp dan alamat, sila cepat2 emailkan kat ummi ye : semanisk2011@gmail.com

Tuesday, September 25, 2012

Jualan Novel Murah - Stok 1

Ummi kini ingin menjual beberapa koleksi novel kepunyaan ummi. Kebanyakannya novel yang dah lama ummi beli. Masih baru juga. Untuk Stok 1, ada 4 novel sahaja yang ummi nak jual. Nantikan stok-stok lain juga.



Hatiku Milikmu - Zaharah Muhammad
RM10.00 + RM8.00 (kos penghantaran) = RM18.00

Nyanyi Sunyi - Maskiah Masrom
RM10.00 + RM8.00 (kos penghantaran) = RM18.00

Cinta Segi Lima - H.M Tuah Iskandar
RM10.00 + RM8.00 (kos penghantaran) = RM18.00

Cinta Hati Kita - H.M Tuah Iskandar
RM10.00 + RM8.00 (kos penghantaran) = RM18.00

Kalau berminat boleh sms ummi ye
marlina @ 019-7289397

* sinopsis novel akan ditulis kemudian kerana novel2 ummi tertinggal di rumah tokmi huhu


Saturday, September 22, 2012

Pemenang 3rd Birthday Giveaway

Alhamdulillah.

Selepas musyawarah dengan abah dan auni, berikut merupakan pemenang 3rd Birthday Giveaway yang kami anjurkan baru-baru ini. Sebelum itu kami mohon maaf kerana lewat mengumumkan nama pemenang. Terlalu banyak tuntutan kerja yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Harap semua peserta faham situasi kami (macam ramai je peserta hehe)



Pemenang Tempat Pertama :



V

V

V

Pemenang Tempat Kedua :



V

V

V

Pemenang Tempat Ketiga :





2 orang pemenang saguhati pula ialah :


Diharap semua peserta dapat memberikan nama penuh, no. telefon dan alamat untuk urusan penghantaran hadiah. E-mailkan ke alamat : semanisk2011@gmail.com. Namun, awal-awal ummi minta maaf kerana hadiah akan dipos minggu hadapan (v__v) Ini kerana pada minggu ini ummi terlibat dalam banyak aktiviti. 

Ahad (esok) = Kejohanan Bowling anjuran ofis
Isnin = Ujian Memandu JPJ
Selasa = Mesyuarat
Khamis-Sabtu = Family Day sekolah abah di Langkawi.

InsyaAllah hadiah menarik dari Langkawi akan diberikan juga kepada semua peserta.

Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday - Menangis Tak Berlagu

tepek gambar ini pun jadilah

Ya, menangis dalam hati ni sebab pendrive ummi kena BAPAK VIRUS sob..sob..sob. 
Habis hilang semua kerja-kerja ofis dalam tu huhu

p/s : tak tahu nak buat apa ni...jadi blur


Setengah hari di Klinik Obstetrik & Ginekologi

- sekadar gambar hiasan -


Ini cerita petang semalam.

Semalam petang ummi ada temujanji di HUSM. Klinik O&G, jam 2.00 petang. Sebenarnya masih berkira-kira nak pergi atau tidak hospital tu. Siap gaduh-gaduh manja dengan abah auni huhu. Berat rasa hati ni nak pergi hospital, tetapi pergi jugalah dalam keadaan paksa-rela (^__^") Lepas ambil auni di sekolah, terus bertolak ke HUSM yang mengambil masa lebih kurang 25 minit perjalanan dari rumah.

Penuh dan padat!
Itulah persepsi awal ummi semasa pendaftaran di kaunter. "Ini kalau padat macam tin sardin ni, entah jam berapa siap nanti" kata ummi. Abah dengan tenangnya berkata "Sabar, kita tunggu ajalah". Nombor giliran ummi 5357 ya. Sedangkan ketika itu baru giliran 5320. Nurse di kaunter tu dah pesan awal-awal kat ummi "Adik masuk dan tunggu di lorong 2 ye". Ummi nak masuk, tetapi tak jadi sebab di dalam tu memang ramai orang huhu. Jadi tunggu kat luar ajalah.

Tengah ralit melayan kerenah auni, nama ummi dipanggil. Eh, cepatnya? Rupa-rupanya kena scan dulu hihi. Macam biasa, tak ada apa-apa yang ganjil dijumpai masa doktor scan tu. Dia kata semuanya okey. Ummi senyum ajalah walaupun masa tu sakit perut ni hanya Allah yang tahu v__v. Keluar dari Bilik Ultra Sound tu, ummi tunggu di ruang menunggu pula. Nak jumpa doktor pula.

Akhirnya dapat jumpa doktor sekitar jam 5.45 petang. Lamanya.... Doktor yang ummi jumpa ni memang peramah. Nampak muda lagi pula tu, mungkin tua 2-3 tahun dari ummi. Macam-macam soalan yang doktor tanya berkaitan kitaran haid ummi yang tak teratur tu. Banyaklah soalan yang ditanya. Ringkasnya, doktor buat pap smear dan ambil sampel darah ummi. Doktor beritahu kemungkinan masalah yang ummi hadapi adalah ketidakstabilan hormon @ gangguan hormon di samping gangguan kilang telur. Pertama kali buat pap smear, aduh sakitnya T__T.

Ummi kena makan pil perancang selama 21 hari. Kena beli di Farmasi, tapi ummi tak beli lagi. Balik dari hospital, perut masih sakit. Tak tahan rasanya, nak berguling-guling pula huhu. Ini baru tahan sikit. Ummi nak minta MC 2 hari dari doktor, tapi segan + tak berani hehe. Tahan ajalah sakit ni.................

* Doakan ummi ye.

p/s : senarai pemenang 3rd Birthday Giveaway akan diumumkan tidak lama lagi. Nantikan ya.


Tuesday, September 18, 2012

Secara langsung dari SGT 7.0

Ini saje2 nak cuba menaip entry pertama menggunakan SGT 7.0. Apa tu? Samsung Galaxy Tab hehe. Okeylah, cuma kena biasakan diri dan jari ni nak menaip pada keyboard yg sangatlah comel huhu. Hari ni ummi mc, kebetulan ada appointment di hospital. Bayangkan, 4bulan baru dapat tarikh. Ramai sungguh orang suka O&G ni eh?

Perut masih sakit dah seminggu tak baik.

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
♥ Muhasabah Cinta♥


Sunday, September 16, 2012

D Fried Chicken

Dah lama tak jumpa Acik Najah. Sejak balik dari Dungun hari tu, semalam baru berkesempatan jumpa Acik Najah. Abah dah lama nak bawa Acik Najah makan-makan bersama kami. Alhamdulillah, petang semalam sempat kami membawa Acik Najah makan-makan di D Fried Chicken. Lebih kuran macam KFC @ RFC jugalah. Pertama kali pergi, okey juga. Sedap. Kami pergi DFC yang terletak di bulatan jalan nak pergi Pasir Pekan - Tumpat. Senang cakap di bulatan jalan nak pergi Tesco hehe.

mata tu menjeling arah mana lah auni tu. Masa ni air oren & mangga serta Mushroom Soup dah sampai.

Terima kasih abang sebab belanja kami semalam (^__^)

wah, berselera sungguh nampaknya si kecil ni. Pantang nampak makanan, semua nak di'sapu' hihi

Chicken Chp menjadi pilihan utama kami semalam. Ini Chicken Chop biasa abah punya. Yang membezakan dengan ummi cuma tambah telur dan roti.

Mushroom Soup dalam bekas pakai-buang hihi....

Wallah.....auni kalau jumpa Acik Najah, HP inilah yang menjadi 'sasaran'...
"Acik Najah, nak main game kucing" - huhu.....dia 'kureng' sikit Angry Birds ni

Makanan Acik Najah pun habis di'sapu'nya semalam haha

Okey, harga untuk makanan/minuman yang kami pesan semalam :
Chicken Chop Special x 2 = RM17.00
Chicken Chop Biasa x 1 = RM6.50
Air Oren x 1 = ?
Air Mangga x 2 = ?
Properity Burger x 1 = ?

Semuanya berjumlah : RM37.00

Tamat Sudah 3rd Birthday Giveaway

Alhamdulillah....syukur.

Berakhir sudah 3rd Birthday Giveaway. Macam-macam rintangan nak buat GA kali ni hehe. Terima kasih kepada anda yang sudi singgah ke TM. Terima kasih juga kepada 5 orang peserta GA untuk kali ini. InsyaAllah anda semua bakal mendapat hadiah. Selain 3 orang pemenang, 2 orang peserta juga akan mendapat hadiah daripada kami. InsyaAllah pemenang akan diumumkan dalam waktu terdekat. Walaupun GA kali ini, penyertaannya cuma 5 orang kami tetap berpuas hati ^__^

Cerita menarik di TM akan menyusul kemudian. Nantikan ya!


Saturday, September 15, 2012

3rd birthday giveaway

Bismillahirrahmanirrahim


InsyaAllah, lagi 2 minggu akan datang usia anakanda solehah kami menginjak 3 tahun ^__^
Sempena hari istimewa itu, kami di Teratak Mawaddah menganjurkan satu giveaway khas untuk anda semua. Giveaway ini bermula pada 16/08/2012 dan akan tamat pada jam 11.59 malam 15/09/2012 akan datang.


Syarat-syarat penyertaan :
  1. Mempunyai blog
  2. Tulis tajuk : "3rd Birthday Giveaway"
  3. Copy dan paste banner di atas, letak dalam entry anda
  4. Tuliskan dialog bagi gambar di atas mengikut kreativiti anda
  5. Tinggalkan url penyertaan anda di kotak komen 
  6. 3 orang pemenang akan dipilih berdasarkan dialog yang berjaya memenangi hati juri iaitu semestinya abah auni dan ummu auni (^__^") -dialog ringkas dan padat
Contoh penyertaan :
- ID : Princess Solehah
- url : www.littleauni.blogspot.com
- (A) Abah nampak hensem lah
   (B) Sebab itu ummi terpikat ^__^

* Apabila penyertaan anda telah memenuhi syarat, kami akan ziarah anda dan meninggalkan komen "Terima kasih atas penyertaan anda. Semoga berjaya"

Hadiah menarik menanti anda! InsyaAllah ummi akan update hadiah-hadiahnya nanti. Yang pastinya hadiah ini sesuai untuk kanak-kanak ye.

p/s : sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
* telah dikemaskini pada 13/09/2012

> Hadiah Pemenang 3rd Birthday Giveaway


Fulla Song - Lagu Nasyid Arab Kanak-Kanak

Auni memang suka dengar lagu nasid arab untuk kanak-kanak. Terima kasih kepada kawan ummi sebab dia memperkenalkan video nasyid ni untuk Auni dengar. Awal tahun dulu tak silap ummi. Lagu ni memang menjadi kesukaan Auni. Kalau buka tab ummi, mesti nak suruh pasang Fulla Song.

Antara video nasyid kesukaan Auni :

video
Fulla Song - As-Salat


video
Fulla Song - Al Wudhu'


Diet Cara Ustazah Bahyah

gambar dari FB Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Memang ustazah makin slim. Lama dah ummi tertanya-tanya rahsia dan petua ustazah boleh hilang banyak kg ni hehe. Alhamdulillah, ustazah dah turunkan petua beliau dalam FB. Ummi copy dan paste di sini agar boleh share dengan sahabat-sahabat semua.


Apa lagi?
Jom jaga kesihatan ikut cara ustazah ni
hihihi.................ummi bila nak mula ni?

Friday, September 14, 2012

Puding Pilihan Utama Anda?


Wah, hujung-hujung Syawal baru ni ramai mencari resepi puding ya? Mesti ramai buat open house kan? Hihi...Sepanjang minggu lepas, memang ramai yang mencari Puding Laici & Puding Mangga. Kalau anda ada resepi yang best-best, jom kongsi bersama ^__^

ummi kalau pergi open house pun memang suka dessert2 ni. Mesti dessert yang akan ummi ambil dulu hihi. Baru-baru ni ramai yang bawa puding dan Fruit Cocktail masa jamuan opis. Memang lah segar anak tekak ni.

Esok tarikh akhir 3rd Birthday Giveaway.

Jom sertai sebelum GA berakhir!!!

Minggu Menternak Lemak Dalam Badan

hasil lensa Samsung Galaxy Tab 2 7.0 
^__^

Ya, minggu ini minggu 'menternak' lemak dalam badan huwaaaa.

Ahad : Jamuan Raya Tingkat 2 (tingkat ummi)
Isnin : Majlis Perjumpaan Bulanan bersama PRJ (jamuan makan disediakan)
Selasa : Mesyuarat 2P (jamuan juga disediakan dan kumpulan ummi bertugas, jadi dapat nasi percuma)
Rabu : Jamuan Raya Tingkat 1
Khamis : Jamuan Raya Pejabat RISDA Negeri Kelatan

Waaaa.........lemak semakin membiak dengan pantasnya.

Rendang, Nasi Dagang, Sate, Roti Jala, Nasi Mandy, Puding Triffle, Bubur, Kek, Fruit Cocktail dan yang tak disebut namanya. Banyak......memang banyak. Pulak tu shake dan teh Herbalife amat kurang minum (v__v) Kalau coach ummi tahu, habislah huhu.

Oleh itu, pesanan ikhlas untuk semua pengunjung TM, makan biarlah berpada-pada. Ukur baju di badan sendiri ye (^__^) Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenang. Jaga-jaga dengan makanan berlemak dan berkolestrol tinggi. Sedap memang sedap, tapi sedap itulah adakala menjadi 'racun' bagi badan kita huhu......

p/s : habislah 5kg yang turun masa bulan puasa baru ni...sob..sob..sob.


Thursday, September 13, 2012

Hadiah Pemenang 3rd Birthday Giveaway

Alhamdulillah.

Seperti yang dijanjikan, berikut merupakan hadiah untuk 3 orang pemenang 3rd Birthday Giveaway yang akan berakhir pada 15.09.2012 ini.

 Pemenang Tempat Pertama
1 biji Fan Baby + 1 hadiah sampingan

 Pemenang Tempat Kedua
1 biji Fan Baby + 1 hadiah sampingan

Pemenang Tempat Ketiga
1 biji Fan Baby + 1 hadiah sampingan

Harap maklum!
Ummi memang sengaja letak hadiah tu sama semuanya, cuma warna sahaja yang berbeza.
Hadiah sampingan, insyaAllah akan diketahui pada hari pemenang akan diumumkan nanti.

Monday, September 10, 2012

Cerita Terkini di Teratak Mawaddah

2 minggu lepas, makan2 di Rasa Mas, KB Mall meraikan hari lahir anakanda solehah 
yang ke-3 tahun


Ya Allah..............!!

Minggu ini minggu yang sangat sibuk. Hari-hari jamuan makan di ofis ummi. (diet entah ke mana lah huhu). Esok pagi ada Mesyuarat Bulanan, lusa jamuan raya di tingkat 1 dan Khamis ni Jamuan Raya di Pejabat RISDA Negeri. Makan...makan...makan.

Sebelum Ramadhan turun 5kg, masa Syawal pula naik hampir 3kg huhuhu..

Mohon maaf kerana ummi suam-suam kuku sekarang ni. BW pun memang sangat kurang. Mempromosikan GA kami tu juga. Nampaknya sambutan kali ni kurang memberangsangkan :( Namun, ummi takkan sesekali membatalkan GA ni kalaupun penyertaan kurang. Ummi tak letak target pun penyertaan ni berapa orang jumlahnya hihi. Kalau cuma ada 5 penyertaan, ummi teruskan juga.

Ya, cuma tinggal 5 hari lagi untuk anda menyertai 3rd Birthday Giveaway kami (^__^)

Jom....jom....jom....

Auni pula asyik games....nasyid...games...nasyid huhu. Balik nurseri aja nak main games atau tengok video nasyid kesukaan dia tu. Baru-baru ni pun dia demam panas, tapi tak lama lah. Dalam 3-4 hari dah sembuh. Alhamdulillah...

Saturday, September 08, 2012

Kek Batik & Puding Triffle menjadi pilihan

entry pasal makan-makan di opis lagi ^__^

Esok tingkat ummi akan buat makan-makan sempena Syawal kali ni. Ramai staff yang akan bawa makanan berat-berat. Ummi tak reti nak masak berat-berat ni...ringan-ringan boleh lah hehe. Ummi rasa nak buat Kek Batik dan Puding Triffle. Mudah kan?

 gambar diambil dari folder resepi ummi

yang ini Kek Coklat.
Tapi ummi nak buat kek batik

Sebenarnya ramai yang request suruh ummi buat Fruit Cocktail

v
v
v
v

sedapnya..nyum nyum

kita tengok apa yang ummi akan bawa esok. Sebentar lagi mau cari bahan-bahan nak masak di Mydin

Tuesday, September 04, 2012

Jamuan Kesyukuran & Tautan Mahabbah Syawal 1433h


Alhamdulillah. Hajat untuk mengadakan jamuan kesyukuran sempena hari lahir anakanda solehah tercapai juga akhirnya. Itu pun rancang di saat akhir sebenarnya. Pada awalnya kami cuma menjemput umi abah dan adik-beradik abah auni sahaja, namun memandangkan sejak pindah rumah baru awal tahun baru ni dan kami belum buat apa-apa majlis, maka kami jemput sekali sanak-saudar terdekat. Kiranya majlis tautan mahabbah sekali lah. Seronok bila dapat berkumpul bersama di Syawal yang mulia ni.


Menu utama asalnya ialah Mee Kuah Lada Hitam. Namun bertukar menjadi mee sup, mee bandung dan bihun sup sahaja. Ini kerana ramai sanak-saudara yang datang pada petang hari sedangkan majlis bermula pada pukul 9 malam. Itu yang ummi kelam-kabut siapkan hidangan. Dahlah pagi tu pergi Terengganu, ambil adik ipar. Sebelum asar pula pergi open house rumah pakcik. Balik rumah kelam-kabut nak siapkan menu utama hehe. Mujur bahan-bahan ummi dah siapkan malam sebelum tu. Jadi tak adalah kelam-kabut sangat.

Menu sampingan cuma nugget, dessert, air mangga sahaja. Memang jamuan ni banyak makan mee dan bihun aja. Kami potong kek Auni kira-kira jam 9.30 malam juga. Suka benar auni bila kek dia ummi bawa keluar.

 Auni Nafeesa 3 tahun sudah...alhamdulillah

 Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Auni Nafeesa..
Allah selamatkan kamu...

 ini aksi apa ni?

 antara makanan pada malam itu

 tautan mahabbah kami di Kubang Kerian

abah + ummi
5 orang anak lelaki + 2 orang anak perempuan
3 orang menantu perempuan
2 orang cucu lelaki + 2 orang cucu perempuan
+
2 orang mak sedare + 1 orang pak sedare

*

*

*

*

bersama hadiah yang diterima pada malam tersebut


Selamat Pengantin Baru Ayah Long & Che Long

Tarikh : 23/08/2012 @ 5 Syawal 1433h
Hari : Khamis
Lokasi : Kg. Tok Kah, Dungun, Terengganu

muka 'ketat' dan nampak sedikit kusut hehe
abang ummi ni agak kelam-kabut masa hari pernikahan tu hihi

ambil kesempatan bergambar dan beraksi dengan si comel ni sebentar

Tahniah!
Ayah Long dan Che Long Auni selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz ^__^
* rasa bahagia bila dapat kakak ipar walaupun dia muda 2 tahun dari ummi

Alhamdulillah.
Dapat berkumpul kami satu keluarga
Babah + emak + 8 anak + 3 menantu + 1 cucu

mengabadikan kenangan bersama raja sehari
Tema : merah putih

sebelum bersurai, kita ambil gambar dulu bersama barang hantaran

****************************
Alhamdulillah.
Tahniah untuk Ayah Long & Che Long.
Semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga hendaknya

Saturday, September 01, 2012

Warna-warni Syawal 1433h

entry dah basi, namun tetap nak post buat kenangan ^__^

Memori Syawal 1433h

Alhamdulillah tahun ini dapat beraya bersama keluarga Shah Alam pula (^__^)

 terima kasih nenek sebab belikan baju raya Nuni

 jangan main bunga api ye....

 bakal pengantin yang ditugaskan menjaga Nasi Himpit

 okey, ini tukang urut yang dipaksa mengurut badan abangnya yang keletihan hehe

 Khatib Khutbah Raya oleh adik ummi dan baju biru muda tu Imam Muda hehe

 babah dan emak di pagi raya

 semua ahli keluarga kecuali adik kedua ummi + isterinya beraya di Bachok

 tiba-tiba terselit si bunga antara kumbang sedia ada

 anak-anak perempuan emakabah dan cucu tunggal (buat masa ini)

 ziarah Uncle Asy, Auntie Are dan Ayah Yie di Getting

Ziarah Mahabbah Pak Wan dan Mak Wan ke Teratak Mahabbah

***********************************
Jangan lupa KLIK SINI untuk join 3rd Bithday Giveaway

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...