:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, September 16, 2012

D Fried Chicken

Dah lama tak jumpa Acik Najah. Sejak balik dari Dungun hari tu, semalam baru berkesempatan jumpa Acik Najah. Abah dah lama nak bawa Acik Najah makan-makan bersama kami. Alhamdulillah, petang semalam sempat kami membawa Acik Najah makan-makan di D Fried Chicken. Lebih kuran macam KFC @ RFC jugalah. Pertama kali pergi, okey juga. Sedap. Kami pergi DFC yang terletak di bulatan jalan nak pergi Pasir Pekan - Tumpat. Senang cakap di bulatan jalan nak pergi Tesco hehe.

mata tu menjeling arah mana lah auni tu. Masa ni air oren & mangga serta Mushroom Soup dah sampai.

Terima kasih abang sebab belanja kami semalam (^__^)

wah, berselera sungguh nampaknya si kecil ni. Pantang nampak makanan, semua nak di'sapu' hihi

Chicken Chp menjadi pilihan utama kami semalam. Ini Chicken Chop biasa abah punya. Yang membezakan dengan ummi cuma tambah telur dan roti.

Mushroom Soup dalam bekas pakai-buang hihi....

Wallah.....auni kalau jumpa Acik Najah, HP inilah yang menjadi 'sasaran'...
"Acik Najah, nak main game kucing" - huhu.....dia 'kureng' sikit Angry Birds ni

Makanan Acik Najah pun habis di'sapu'nya semalam haha

Okey, harga untuk makanan/minuman yang kami pesan semalam :
Chicken Chop Special x 2 = RM17.00
Chicken Chop Biasa x 1 = RM6.50
Air Oren x 1 = ?
Air Mangga x 2 = ?
Properity Burger x 1 = ?

Semuanya berjumlah : RM37.00

2 comments:

  1. kak ina sedapnye..kat sini RFC dah tutup..takde tujuan bile nak makan aym goreng T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. T_T sob..sob..sob..

      kat sini pun byk kedai HPA dah ditutup, tak tahu lah kenapa. Mujur juga RFC tak tutup lagi. Kalau di Kelantan ni, Ayam Eddlle dan D Fried Chicken memang sedap juga :)

      Delete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...