- sekadar gambar hiasan -
Ini cerita petang semalam.
Semalam petang ummi ada temujanji di HUSM. Klinik O&G, jam 2.00 petang. Sebenarnya masih berkira-kira nak pergi atau tidak hospital tu. Siap gaduh-gaduh manja dengan abah auni huhu. Berat rasa hati ni nak pergi hospital, tetapi pergi jugalah dalam keadaan paksa-rela (^__^") Lepas ambil auni di sekolah, terus bertolak ke HUSM yang mengambil masa lebih kurang 25 minit perjalanan dari rumah.
Penuh dan padat!
Itulah persepsi awal ummi semasa pendaftaran di kaunter. "Ini kalau padat macam tin sardin ni, entah jam berapa siap nanti" kata ummi. Abah dengan tenangnya berkata "Sabar, kita tunggu ajalah". Nombor giliran ummi 5357 ya. Sedangkan ketika itu baru giliran 5320. Nurse di kaunter tu dah pesan awal-awal kat ummi "Adik masuk dan tunggu di lorong 2 ye". Ummi nak masuk, tetapi tak jadi sebab di dalam tu memang ramai orang huhu. Jadi tunggu kat luar ajalah.
Tengah ralit melayan kerenah auni, nama ummi dipanggil. Eh, cepatnya? Rupa-rupanya kena scan dulu hihi. Macam biasa, tak ada apa-apa yang ganjil dijumpai masa doktor scan tu. Dia kata semuanya okey. Ummi senyum ajalah walaupun masa tu sakit perut ni hanya Allah yang tahu v__v. Keluar dari Bilik Ultra Sound tu, ummi tunggu di ruang menunggu pula. Nak jumpa doktor pula.
Akhirnya dapat jumpa doktor sekitar jam 5.45 petang. Lamanya.... Doktor yang ummi jumpa ni memang peramah. Nampak muda lagi pula tu, mungkin tua 2-3 tahun dari ummi. Macam-macam soalan yang doktor tanya berkaitan kitaran haid ummi yang tak teratur tu. Banyaklah soalan yang ditanya. Ringkasnya, doktor buat pap smear dan ambil sampel darah ummi. Doktor beritahu kemungkinan masalah yang ummi hadapi adalah ketidakstabilan hormon @ gangguan hormon di samping gangguan kilang telur. Pertama kali buat pap smear, aduh sakitnya T__T.
Ummi kena makan pil perancang selama 21 hari. Kena beli di Farmasi, tapi ummi tak beli lagi. Balik dari hospital, perut masih sakit. Tak tahan rasanya, nak berguling-guling pula huhu. Ini baru tahan sikit. Ummi nak minta MC 2 hari dari doktor, tapi segan + tak berani hehe. Tahan ajalah sakit ni.................
* Doakan ummi ye.
p/s : senarai pemenang 3rd Birthday Giveaway akan diumumkan tidak lama lagi. Nantikan ya.
mak ai lamenyeeee...k.ina try buat double cek kt mane2 hos/klinik dulu..
ReplyDeleteBiasalah klinik kerajaan :)
Deleteakak fikir nak buat juga, tapi tak tahulah. Maybe nak berubat secara rawatan Islam dulu
Sakit apa Ummi? Tak pergi hospital lain ke utk second opinion. Macam serius je
ReplyDeletetak tahu lagi sakit apa T__T harap2 tak serius huhu.......
Deleteelok check kat tmpt lain pulak, untuk second opinion kan... mana tahu resultnya lebih cpt dari hosp kerajaan
ReplyDelete