:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, September 04, 2012

Jamuan Kesyukuran & Tautan Mahabbah Syawal 1433h


Alhamdulillah. Hajat untuk mengadakan jamuan kesyukuran sempena hari lahir anakanda solehah tercapai juga akhirnya. Itu pun rancang di saat akhir sebenarnya. Pada awalnya kami cuma menjemput umi abah dan adik-beradik abah auni sahaja, namun memandangkan sejak pindah rumah baru awal tahun baru ni dan kami belum buat apa-apa majlis, maka kami jemput sekali sanak-saudar terdekat. Kiranya majlis tautan mahabbah sekali lah. Seronok bila dapat berkumpul bersama di Syawal yang mulia ni.


Menu utama asalnya ialah Mee Kuah Lada Hitam. Namun bertukar menjadi mee sup, mee bandung dan bihun sup sahaja. Ini kerana ramai sanak-saudara yang datang pada petang hari sedangkan majlis bermula pada pukul 9 malam. Itu yang ummi kelam-kabut siapkan hidangan. Dahlah pagi tu pergi Terengganu, ambil adik ipar. Sebelum asar pula pergi open house rumah pakcik. Balik rumah kelam-kabut nak siapkan menu utama hehe. Mujur bahan-bahan ummi dah siapkan malam sebelum tu. Jadi tak adalah kelam-kabut sangat.

Menu sampingan cuma nugget, dessert, air mangga sahaja. Memang jamuan ni banyak makan mee dan bihun aja. Kami potong kek Auni kira-kira jam 9.30 malam juga. Suka benar auni bila kek dia ummi bawa keluar.

 Auni Nafeesa 3 tahun sudah...alhamdulillah

 Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Auni Nafeesa..
Allah selamatkan kamu...

 ini aksi apa ni?

 antara makanan pada malam itu

 tautan mahabbah kami di Kubang Kerian

abah + ummi
5 orang anak lelaki + 2 orang anak perempuan
3 orang menantu perempuan
2 orang cucu lelaki + 2 orang cucu perempuan
+
2 orang mak sedare + 1 orang pak sedare

*

*

*

*

bersama hadiah yang diterima pada malam tersebut


4 comments:

  1. salam..lamanya tak datang sinii...selamat hari raya, maaf zahir batin..happy birthday Auni!!bila auni nak dapat adik ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaah..k.aya sudah datang sini :) kuih raya dah habislah kak hehe.

      * doakanlah ye..kalau boleh, hari ni juga Auni nak adik hihi

      Delete
  2. auni ni makin tinggi dah cik tgk..cepatnye besa..dulu mnase kenal ingat bb lagi.. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...