:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, November 21, 2011

Nasi Goreng Sempoi

 Nasi Goreng bodo Sempoi

Alhamdulillah. Malam ni berjaya memasak menu ringkas hehe. Bulan ni tak masak sangat kat rumah. Ummi sakit...sakit...sakit sepanjang bulan. Malam ni memang ringkas+mudah sangat nak buat nasi goreng. Pula tu dalam peti ais takde bahan langsung huhu. Jadi ini aja bahan-bahan yang ada untuk Nasi Goreng Sempoi :

Bahan-bahan :
- Nasi putih (anggaran untuk makan 2 orang)
- bawang putih 3 ulas 
- 1 sk lada hitam 
- seketul dada ayam (potong dadu)
- seketul hati ayam (potong kecil-kecil)
- 1 biji telur
- 1/2 peket perencah Nasi Goreng Ayam
- sedikit garam/serbuk perasa

Cara memasak :
1. Tumbuk kasar bawang putih dan lada hitam bersama sedikit garam
2. Tumis bawang putih dan lada hitam dengan sedikit planta
3. Masukkan ayam dan hati tadi, tumis hingga masak
4. Pecahkan telur, tidak perlu terlalu masak telur tu ye
5. Masukkan nasi dan gaul mesra kesemuanya.
6. Taburkan perencah nasi goreng tadi dan rasailah kesedapannya (^_^)

Auni suka sangat makan nasi...bertambah-tambah hehe

3 comments:

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...