:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, November 16, 2011

Hargailah Anugerah Allah

anak-anak yang fitrahnya suci

"Anak aku tak macam anak kau. Anak aku tu bodoh, cakap sekali tak faham..."
"Anak saya tu malas sungguh kalau diminta tolong..."
"Anak saya tu dahlah malas, tak pandai pula tu. Entah nak jadi apa agaknya"
"Ish, bodohlah..bengaplah...bengonglah..."
"Takkan tak faham lagi? Mak dah cakap berpuluh kali pun kau tak faham"

Ummi memang pantang kalau dengar ibu/bapa cakap macam ni pada anak-anak. Selalu merendah-rendahkan anak di hadapan orang lain. Malahan lebih membanggakan anak orang lain. Sentiasa menangkan anak orang lain. Sentiasa puji melambung anak orang lain. Anak sendiri umpama tiada nilai. Ya Allah....

Sedari kecil tidak menjaga telinga dan hati anak. Bukankah setiap kata-kata ibu itu satu doa?
Bodoh...bengong...bongok...bengap...tolol...Kata-kata apakah ini? Kalau dari kecil anak sudah dihidangkan dengan perkataan sedemikian, maka itulah jadinya bila besar nanti.

puji dan hargailah anakmu...

Anak-anak wajar kita hargai!
- terima kasih sebab tolong mama angkat kain (walaupun selepas itu kain itu hanya terbiar di atas sofa)
- cantiknya anak mama pakai tudung (walaupun tudung senget-benget)
- pandainya anak mama tulis A B C (walaupun tunggang-terbalik huruf A B C)
- bagusnya anak mama ni
- nanti mama hadiah kan buku ya

Hanya dengan kata-kata berikut juga menunjukkan rasa penghargaan kita kepada anak-anak. Pujilah anak anda di hadapan kawan-kawan mereka. Bukan untuk bermegah diri, tetapi untuk membina keyakinan mereka. Jika anda merendah-rendahkan mereka di hadapan kawan-kawan, pastinya keyakinan mereka goyah. Rasa malu kerana diperlekehkan di hadapan kawan-kawan.

"Hargailah apa yang kita ada sekarang ini kerana belum tentu kita milikinya untuk kali kedua"


2 comments:

  1. betul tu...sayangilah dan hargailah anak2...susah payah kita kandung selama 9 bulan..xkan la nk dihidangkan dgn kata2 xbaik..sedangkan mereka adalah darah daging kita...

    ReplyDelete
  2. anak ibarat kain putih.. kita yg corakkan mereka.. kalau mereka malas, kita yg salah, kalau mereka cemerlang, kita yg mendidiknya.. :)

    sgt hargai anugerah Allah :)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...