:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, April 08, 2010

- jatuh katil -

Khamis (08/05/10)
3.01 pagi

...mencelah kejap (sebelum sambung cerita percutian singkat)
Ya Allah, tadi Ummi Na rasa takut + terkejut + sedih tengok Auni huhuhu. Kenapa? Si comel tu jatuh katil. Memang tak sangka pun. Abah Yie dodoikan dia dalam bilik. Ummi dah letih sangat, tengah buat kerja ofis yang BANYAK sekali ni...Ummi buat kat luar. Dari luar tu dengarlah dodoian Abah Yie. Tiba-tiba senyap. Ummi Na ingatkan dua beranak tu dah tidurlah.
Tup-tup, ada bunyi 'bedebuk'. Bunyi jatuhlah tu. Auni pun nangislah...huhu. Kesian anak ummi. Ummi Na dengar je, dengan terkejut yang amat sangat menjeritlah 'abang!'. Tengok2 auni dah kat atas karpet bilik. Tak nampaklah dia jatuh macam mana. Kesian anak ummi. Auni nangis, tapi beransur diam bila Ummi Na angkat, peluk, pujuk dan dodoikan.
Anak ummi...anak ummi (^_^). Moga-moga tak ada apa-apa yang berlaku. Tengok kepala dan badan dia, takde bengkak-bengkak dan lebam-lebam ke. Mujurlah. Cuma risau kalau dia demam esok pagi. Apa pun, anak ummi KUAT!!

2 comments:

  1. Jatuh nilah yang paling takut.. Ukasyah terhantuk banyak kali, jatuh katil hampir-hampir.. sekarang dah tak boleh biar sorang-sorang, dalam walker pun boleh keluar..

    ReplyDelete
  2. masa ni mmg kena pantau betul2....tengah lasak, kan...

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...