Hari ketiga : Jumaat (19/03/10)
Pagi ni arah tujuan kami adalah ke rumah Cik Dah (mak sedare) untuk mengambil barang-barang Cik Mah. Namun sebelum tu, kami sempat meluangkan masa singgah ke rumah Ateh. Ateh ni makcik yang kami selalu datang rumahnya semasa kami di UIA dulu. Memang dah lama sangat kami tak ke rumah ateh. Sejak Ummi Na sakit dulu, berkahwin, hinggalah mempunyai seorang permata hati, baru inilah dapat berjumpa ateh semula.
Rupa-rupanya ateh akan duduk di rumah kebajikan di Kuala Kubu Baru hujung minggu tu. Sedihnya, sebab tak ada sesiapa dapat jaga ateh. Mama (adik ateh) pun kerap sakit, jenguk ateh hanya waktu malam sahaja. Pak Long (abang ateh) dah meninggal, jadi tinggal ateh seorang diri di rumah.
Kami singgah rumah Cik Dah dah tengahari. Makan tengahari dan solat di situ. Dapatlah rehat-rehat sekejap, mandikan Auni pula tu. Cuaca panas, peluh pula Auni. Ingatkan nak singgah PWTC (Pesta Buku Antarabangsa) jumpa Ayah Lah (suami Cik Dah), tapi bila kami tengok jalan jem teruk, tak jadilah nak singgah. Lagipun susah nak dapat parking, huhuhu.
Balik rumah, siap-siap pula nak pergi Tanjong Karang. Sepupu mak kahwin (sebaya Ummi Na). Balik pun, sekejap sangat, tak sempat nak singgah rumah nenek. Namun, dapatlah melepaskan rindu kat nenek dan pakcik-pakcik Ummi Na yang ada tu...
Balik daripada Tanjong Karang, kami singgah kat tepi jalan. MAKAN DURIAN. Waahhh, sedapnya. Buah kegemaran Ummi Na. Hahaha, banyak sungguh makan durian malam tu. Abah Yie, mula-mula tak nak makan...kenyang sangat katanya. Namun, setelah DIPAKSA oleh abah dan Ummi Na, dia pun makanlah juga walaupun tak sebanyak kami berdua hehehe.
Sampai rumah, dah lewat malam. Apa lagi...zzzzzzzzzzzzzzz lah kami. Esok pagi nak bertolak balik Kelantan...
~ durian memang kegemaran Ummi Na dan abah. Mujur yang lain kurang minat, dapatlah kami makan banyak hehehe
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)