:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, April 29, 2010

- sakit -

Alhamdulillah...masih mampu mencoret sepatah dua dalam blog ni walaupun batuk yang teramat sangat. Sebenarnya dah 3 hari Ummi Na batuk tanpa henti. Sakitnya ya Allah, sesak dada sekejap. Pedih rasanya bila batuk tak lepas. Auni pun, demamnya dah pulih cuma batuk masih sama macam dulu. Risau betul ummi :(

Ingat lagi, masa dalam kereta baru-baru ni. Ummi minta pada Allah, agar Auni cepat baik, biar Ummi Na pulak yang demam. Kasihan sangat dekat Auni, dahlah kecik sangat nak sakit-sakit ni. Tak sanggup Ummi Na tengok dia demam. Tup-tup keesokan harinya, memang betul Auni dah baik, umminya pula yang demam. Allahu Akbar...!!!

Hari ni ambik MC. Kalau ikutkan, dari semalam nak ambik MC, tapi macam sayang sangat nak ambik MC selalu huhu (nampaklah sangat saya ni suka ambil MC hehehe...dah memang sakit, nak buat camana kan?). Semalam masa kat opis pun, Ummi Na tak ceria macam selalu. Dahlah opis pakai air-cond, sejuk sangat rasanya...baju panas tak bawak pula tu. Rasakanlah kesejukan yang melanda tu hahaha.

Malam-malam batuk tak henti-henti. Auni pun sama :( Malas rasanya Ummi Na nak pergi klinik. Minum air suam/panas, lega sikit tekak ni. Tapi, kesian juga Auni tu. Batuk macam orang dewasa, minum ubat pun masih belum pulih lagi. Selsema pula dah datang kat Auni. Ya Allah, sembuhkanlah ummi dan auni...!

~ kesian kat abang, ina merajuk malam tadi. Maafkan ina ye :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...