Alhamdulillah. Dapat juga mencari baju untuk Pesta Sukan RISDA. Lewat petang baru-baru ni, lebih kurang dalam pukul 6.00 petang kami ke KB Mall. Rupa-rupanya waktu tu ada PC Fair kat sana. Sesak lah jugak dengan orang ramai. Sampai-sampai je, kami terus ke tingkat bawah. Mujur ada baju yang sama 'kaler' dengan baju sukan yang diberi. Harganya pun dalam RM35.00 Okeylah tu, daripada tak ada. Malas nak tawar menawar, Ummi Na capai baju tu dan terus bayar. Saiz? Hehehe, besarlah jugak...berbanding sebelum mengandung dulu huhuhu.
~ tak dapat jugak nak makan RCH hari tu huhu. Bilalah nak gi makan RCH ni?
(macam kenal je baju kaler maroon tu...abang dapat kat mana? hehehe)
(macam kenal je baju kaler maroon tu...abang dapat kat mana? hehehe)
Auni pon, ragamnya masih tak henti-henti sekarang ni. Malam-malam, mujur ada mak mertua tolong gilir jaga Auni. Ummi dah letih seharian layan kerenah Auni, malam giliran abah pula yang layan kerenah Auni sekarang ni. Moga-moga, ummi dan abah semakin sabar dalam menjaga Auni...terutamanya UMMI ni lah...
Tidurlah Auni, jangan menagis
Tidurlah sayang, ummi dah letih
Auni kan comel, lagilah baik,
Tidurlah sayang, jangan menangis
Tidurlah Auni, jangan menagis
Tidurlah sayang, ummi dah letih
Auni kan comel, lagilah baik,
Tidurlah sayang, jangan menangis
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)