:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, April 13, 2010

- dating berdua -

...seperti yang dijanjikan, Ummi Na nak story lah pasal dua orang yang pi dating baru-baru ni. Jeng..jeng..jeng...alah, tengok gambar ni pon dah tahu siapa yang dating tu (^_^) tak surprise pon hehehe. Okey, sebenarnya kamilah yang dating hari tu. Seronok sangat rasanya, dah lama tak berdua-duaan macam ni.
Petang 14/03/2010 baru-baru ni, kami jogging kat Taman Tengku Anis. Taman ni memang popular lah bagi orang klate ni, sebagai taman keluarga. Memang ramai yang datang jogging kat sini. Seronok tengok se-family pi jogging sama-sama. Cadangnya nak bawa Auni datang sini sekali, tapi si comel manja tu dah tidur. Tak jadilah nak bawa dia datang.
Letih juga jogging, maklumlah ummi ni dah lama sangat tak jogging. Kali terakhir dulu, masa dengan abah dan mak Ummi Na (of course masa ni belum kahwin) hihihi. Semput-semput juga masa tu huhu. Jom tengok gambar-gambar ni....

Bunga ni TERlalu harum sampaikan ummi pejam mata hehehehe

Tak sempat nak senyum, abang dah snap photo ni huhu. Tak kasi can ina nak senyum dulu....

Love you my hero....

Nampak tu, ada rusa. Memang Ummi Na takut-takut juga nak pegang rusa ni hehehe
Ada 'taman air' kat sini. Nak masuk kena bayar RM2, tapi khas untuk kanak-kanak je rasanya. Tak merasalah Ummi Na nak main air tu huhuhu


~ Dah janji, sekurang-kurangnya kami nak jogging kat sini 3 kali seminggu (^_^)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...