:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, March 31, 2013

Ops Diet 'O' - Fasa Permulaan

Alamak!!!
Penuh sawang dan habuk rumah ni.
Ish3x.....rumah siapakah ini...?
Okey, mari kita kemas dahulu, sekilat-kilatnya sepertimana kilatnya bilik air rumah kami
(^__^) - semalam baru cuci bilik air

*********************************************
Mood berblog sudah belayar entah ke mana. Ya, hilang sudah bersama semangat ummi yang tiba-tiba jatuh menjunam. Ini semua dek kesibukan tugasan pejabat dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, mata ni berpinar-pinar melihat angka-angka di laptop. Jari-jemari ni lenguh menaip dan mengumpul data-data pekebun kecil. Otot-otot badan ni, tegaaaaang je rasa hihi. Lagi-lagi minggu ni minggu laporan nak kena hantar.

Balik rumah pula, memasak, mengemas, membasuh, melipat.....pengsan! Belum lagi bila jenguk halaman rumah yang sebelum ini penuh dengan rumput-rumput liar. Aduh, mujur tidak menerima kunjungan tetamu ketika itu hihi.

Seminggu dua ni pun, jadual makan ummi tak begitu teratur. Konon malam tak nak makan, namun ada juga terbabas sekali dua. Oh ya, kelmarin ummi ada buat sedikit research berkenaan makanan dan minuman yang boleh dan tidak boleh ummi makan terutama ketika diet ni. Antara makanan yang digalakkan untuk orang darah O macam ummi ni makan ialah : daging lembu, kambing, daging rusa, ikan tenggiri, brokoli, bayam, ubi kentang, tomato,lobak, rumpai laut, labu, air teh, air soda, barli. Manakala makanan yang harus ummi elakkan adalah ikan keli, ikan salmon, sotong, semua produk tenusu dan yogurt, minyak jagung, minyak kacang, oat, roti, mee, tembikai, kelapa, sos tomato, mayonis, air kopi.

Jadual makan untuk seminggu siap dah, cuma belum print dan tampal di dapur je ni. Oh ya, disebabkan ummi kena elakkan makan oat, maka pagi-pagi ni minum shake herbalife ajalah dulu. Sesekali tukar dengan susu kambing segelas :p

Doakan ummi istiqomah ya!


Wednesday, March 20, 2013

Wordless Wednesday - Ops Diet 'O'


2 sudu kecil oat

+


4 sudu kecil susu kambing Better Goat


rutin harian setiap pagi =)


Monday, March 18, 2013

Ops Diet 'O'


Hari ini, ummi merasmikan Ops Diet 'O' hehe. Semoga ummi istiqomah dan lebih berdisiplin kali ni. Ummi juga akan sentiasa kemaskini program diet ummi kali ni. Nanti ummi akan beritahu dan maklumkan apa benda yang ummi buat hehe.

Di samping jadual pemakanan yang nak kena buat jadual ni, ummi makan herbalife dan rumpai laut. Satu lagi, ummi minum air rendaman asam keping/asam gelugor setiap malam. Petang tadi, ummi makan nasi berlaukkan sup daging. DAGING ya hehe. Cuma hari ni belum sempat buat senaman ringkas. Naik tangga turun tangga aja tadinya pun hihi.

Buat masa ni, ummi takkan tengok penimbang =) Nanti risau kalau jarum tu tak turun, mulalah gelabah semacam. Kita biar aja penimbang tu di sudut bilik. Setiap 2 minggu baru ummi akan timbang.

Harap misi kali ni berjaya.

* ada petua untuk orang yang dah lama tak datang haid? Cik 'P' ummi dah 2 tahun 3 bulan tak datang huhu.............................


Sunday, March 17, 2013

Kartun kesukaan Auni - Upin & Ipin

Ummi tidak pernah halang minat Auni untuk melihat video kartun kesukaannya : UPIN & IPIN =) Ya, setiap hari melihat video U&I ni seolah-olah satu kewajipan bagi dia haha. Orang kata kalau tak tengok tu, tak sah. Auni memang tak suka sangat tengok kartun lain seperti Dora, Boboiboy, Spongebob, Sin Chan (yang ni memang ummi tak bagi langsung), Doraemon, Ultraman, Oggy and the cockroaches (ini kartun kesukaan ummi). Dalam dunia kanak-kanaknya hanya Upin, Ipin, Cikgu Jasmin, Mail, Ehsan, Fizi, Mei Mei....


Balik dari sekolah, masuk aja pintu rumah : "Ummi, nak tengok Upin Ipin dalam laptop ummi boleh?" Takpun, "adik nak tengok upin ipin dalam laptop abah hari ni". Kadang-kadang ummi tengok ralit sungguh dia menonton u&i tu sampaikan siap hafal dialog lagi. Memek muka tu kejap senyum, kejap berkerut dahi. Ummi sendiri pun memang suka tengok kartun ni.


Buat masa ni ummi memang tiada waktu khusus untuk mengajar Auni membaca Iqra'. Ummi sebenarnya lebihkan kepada hafazan. Ya, Auni mudah menghafaz sesuatu yang diajar kepadanya. Setakat ini banyak juga surah yang Auni dah hafaz dengan bantuan abah dan ummi. Bahkan zikir-zikir dan doa-doa harian juga banyak yang Auni hafaz. Ummi akan minta Auni hafaz dan ulangkaji surah-surah pendek ketika dia ralit mewarna, melukis, menulis atau melukis. Begitu juga selepas solat, kadang-kadang ummi mulakan dahulu hafazan dan akan disambung oleh Auni.


Ya, ummi akan pastikan Auni menjadi seorang doktor mukminah, solehah dan hafizah yang berjaya.


Friday, March 15, 2013

Diet Mengikut Kumpulan Darah


Kembali bersiaran setelah 2 minggu menyepikan diri =)

Petang tadi ummi layari internet, saja mencari bahan baru untuk D.I.E.T (berapa kali sudah diet ni,...kurusnya tidak hehe). Ummi ada terbaca pasal diet mengikut jenis darah. Sebelum ni memang ummi ada terbaca pasal benda ni, tapi tak ambil pusing mana pun. Hari ni tiba-tiba tergerak hati nak amalkan lepas ni. Doakan ye agar ummi ni disiplin dan istiqomah.

Diet berdasarkan jenis kumpulan darah ni diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.

* Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.

Jom kita intai-intai diet untuk kumpulan darah O, sebab ummi ni darah O hehe.

Ummi copy dan paste dari SINI.

Diet untuk golongan Darah 'O'

Dr. Peter J.D Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan dan kentang.

Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O :

* Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
* Mudah mengadaptasi berbagai makanan
* Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
* Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan dan sayuran
* Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan :

Sarapan - Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek - Teh herba
Makan tengahari - Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek - Sepotong kuih
Makan malam  - Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Okey, bermula esok OPS DIET 'O' akan bermula. Kita cuba dulu untuk seminggu. Heheh......


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...