:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, March 17, 2013

Kartun kesukaan Auni - Upin & Ipin

Ummi tidak pernah halang minat Auni untuk melihat video kartun kesukaannya : UPIN & IPIN =) Ya, setiap hari melihat video U&I ni seolah-olah satu kewajipan bagi dia haha. Orang kata kalau tak tengok tu, tak sah. Auni memang tak suka sangat tengok kartun lain seperti Dora, Boboiboy, Spongebob, Sin Chan (yang ni memang ummi tak bagi langsung), Doraemon, Ultraman, Oggy and the cockroaches (ini kartun kesukaan ummi). Dalam dunia kanak-kanaknya hanya Upin, Ipin, Cikgu Jasmin, Mail, Ehsan, Fizi, Mei Mei....


Balik dari sekolah, masuk aja pintu rumah : "Ummi, nak tengok Upin Ipin dalam laptop ummi boleh?" Takpun, "adik nak tengok upin ipin dalam laptop abah hari ni". Kadang-kadang ummi tengok ralit sungguh dia menonton u&i tu sampaikan siap hafal dialog lagi. Memek muka tu kejap senyum, kejap berkerut dahi. Ummi sendiri pun memang suka tengok kartun ni.


Buat masa ni ummi memang tiada waktu khusus untuk mengajar Auni membaca Iqra'. Ummi sebenarnya lebihkan kepada hafazan. Ya, Auni mudah menghafaz sesuatu yang diajar kepadanya. Setakat ini banyak juga surah yang Auni dah hafaz dengan bantuan abah dan ummi. Bahkan zikir-zikir dan doa-doa harian juga banyak yang Auni hafaz. Ummi akan minta Auni hafaz dan ulangkaji surah-surah pendek ketika dia ralit mewarna, melukis, menulis atau melukis. Begitu juga selepas solat, kadang-kadang ummi mulakan dahulu hafazan dan akan disambung oleh Auni.


Ya, ummi akan pastikan Auni menjadi seorang doktor mukminah, solehah dan hafizah yang berjaya.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...