mood : melepaskan rindu yang terpendam sekian lama
amboi3x...ayat atas tu :P
Alhmdulillah, kelmarin 2 keluarga datang ziarah mahabbah ke Teratak Mawaddah ni. Ummi sangat seronok. Mana taknya, kawan baik kami sejak di UIA dulu tu. Uncle Asy, Auntie Are, Pak Long dan Mak Long beserta putera-putera yang comelllll sekali. Wallaaaa, seronoknya tak terkata. Jadi, biarlah gambar-gambar di bawah ni berbicara.............
Pencinta Mee yang banyak makan malam tu hihi
Ummi cuma buat mee goreng dan koktel ringkas
Makan selagi boleh hingga habis satu pinggan besar hihi
inilah sisa baki makanan yang tinggal...tak sempat nak tangkap gambar mula-mula masak tu dek kerana kelam-kabut
ibu-ibu....
kami bertiga dipanggil "ummi" oleh anak-anak
bapak-bapak...
kami pula digelar walid, abi dan abah oleh anak-anak :)
usrah sakeenah
semoga bercinta hingga ke syurga hendaknya
****************************************
terima kasih daripada kami sekeluarga kerana sudi singgah di teratak usang ini (^__^)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)