:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, December 18, 2011

Genting Highlands

entry terakhir percutian ini berkisar aktiviti di Genting Highlands!!


Genting Highlands? Tak rancang pun naik ke atas tu. Sebenarnya kami nak balik Pasir Mas pada hari tersebut. Walaupun abah demam, kenalah balik juga kan? Ummi dah ambil Cuti Cemas masa hari tu huhu. Pagi tu pergi rumah adik ummi di Prima Damansara, jalan-jalan nak tengok rumah sewa pengantin baru. Pukul 12 tengahari kami ke rumah adik ummi di Serendah pula, nak ambil tv. Adik ummi bagi percuma je tv tu hehe.


Selepas Zohor, kami terus naik Genting Highlands ikut Batangkali tu. Sekejap aja sampai, lebih kurang 1 jam setengah lah sebab masa ni hujan dan jalan licin. Adik ummi sangat berhati-hati orangnya, bawa kereta pun tak laju hehe. Subhanallah, indah sungguh pemandangan di atas. Kabus tebal dan angin sepoi-sepoi je. Sejuk grrr!!

Masa kami sampai atas tu dah pukul 3.30 petang. Bayangkanlah masa yang kami ada. Dahlah nak balik Kelantan pula lepas tu huhu. Bincang punya bincang, kami ambil yang Outdoor punya permainan. Tiket RM50 ye. Auni percuma. Excited sungguh kat atas tu. Tak banyak permainan yang kami dapat main, tapi banyak bergambar. Kami ada main Flying Jumbo, Tea Cup, Antique Car, Astro Fighter, Dinosaurland dan Space Shot. Yang Space Shot tu ummi dan abah tak naik, adik-adik aja. Bahaya betul...


Sempatlah juga merasa nasi lemak, sandwiches dan milo panas kat atas. Tapi harganya mahal. Nasi Lemak Telur RM5.00. Sandwich RM6.00. Air lebih kurang juga harganya. Abah kata lain kali kita kena bawa makanan dan minuman kalau naik sini hehe.


Hampir Maghrib kami kat sini. Masa ni pun memang dah hujan rintik-rintik. Tapi puas dan seronok juga sebab dapat menghabiskan masa bersama. Entah bila agaknya nak naik sini dengan adik-adik lagi hehe...

Itu ajalah edisi percutian kami kali ini (^_^)

3 comments:

  1. Seronoknya.. bilalah agaknya nak bercuti macam ni..

    ReplyDelete
  2. besnye ummi dapt main2 kat genting..teringin nak pergi sana, tp encik somi gayat orangnya..huhu..kena tunggu damia besarlah sket camni baru ada geng hehe

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...