:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, May 29, 2011

- Siakap Stim Kubang Kerian -

Entah bila agaknya ummi nak tulis pasal benda lain selain dari masakan ya?

Hehe...kebelakangan ni, apa yang dimasak mesti ummi nak tulis resepi dalam blog. (Takpe2...buat rujukan anak dara ummi tu bila dia besar nanti. Boleh masak makanan kesukaan ummi).

Kali ni nak kongsi resepi Siakap Stim. Ni ummi main bubuh je semua bahan-bahan tu hehe. Ikut sukatan masing-masing lah ye.

ikan siakap yang belum di "stim" kan hehe

Bahan2 :
- ikan siakap sederhana besar (ummi guna 2 ekor sekaligus)
- bawang besar (dipotong bulat)
- bawang putih (dimayang nipis)
- serai (diketuk)
- halia (dimayang halus)
- cili api (potong serong)
- cili besar (potong serong)
- tomato (dipotong 6)
- daun limau purut (diricih)
- limau nipis/limau kasturi (ambil jusnya)
- sedikit air
- garam/gula secukup rasa

Cara-cara :-
- Buang sisik ikan, basuh bersih dan toskan airnya (ikan dikelar sedikit ya...)
- Lumur garam pada ikan hingga rata
- Dalam bekas kukusan, susun serai dan taburkan semua bahan2 di atas tadi (1 bahagian)
- susun ikan pula, dan taburkan sekali lagi bahan-bahan tadi di atas ikan.
- tuangkan air, dan perahan jus limau nipis/limau kasturi tadi.
- seimbangkan dengan sedikit gula ya...
- Okey, kukus ikan hingga masak

ni ikan fresh dari kukusan
(terlebih kukus lah...haha, agak kabur gambarnya)

* walaupun ummi tak sepandai orang lain dalam bab memasak, tapi ummi memang suka masak

Friday, May 27, 2011

- Salad Buahan & Sayuran -

Salad Buahan & Sayuran


Bahan2 A :-
- daun salad
- lobak merah (potong nipis memanjang)
- kobis (potong halus)
- tomato cery (yeke eja ni?)
- buah strawberry

Bahan2 B :-
- 3 sb mayonis
- 1/2 biji limau nipis (ambil jusnya)
- sedikit sos cili
- 1 sk minuak zaitun
- 1/2 sk serbuk lada sulah

Cara-caranya :-
1- Basuh dan satukan semua bahan A dalam bekas besar.
2- Satukan bahan B, gaul sebati semua bahan.
3- Curah bahan B ke dalam bahan A, gaul mesra semuanya. Siap dihidangkan (lebih sedap makan sejuk2. Masukkan dalam peti dulu)

Selamat mencuba.

- Bersiaran Kembali -


Alhamdulillah...

Ummi selamat tiba di Teratak Mawaddah kira-kira jam 11.00 malam tadi. Letih tapi seronok. Satu pengalaman yang ummi kira sangat menarik (^_^). Okey, ummi cerita serba ringkas ya perjalanan ummi ke Cameron Highlands + Gua Musang.

Kami (rakan2 se-opis) bertolak dari ofis Pasir Mas kira-kira jam 10.15 pagi. Perjalanan agak "slow" sikit, al-maklum kami naik kombi aja. Sampai di RnR Gua Musang kira-kira jam 1.00 tengahari. Berhenti rehat untuk makan+solat sekali. Pastu kami naik Cameron kira-kira jam 2.15 petang. Jalan agak kurang elok, banyak yang "rongak-rongak" hehe.

Selamat tiba di Cameron kira-kira jam 4.30 petang. Sampai-sampai je terus ke Gerai jual strawberry hehe. Macam-macam pilihan, sampai rambang mata dibuatnya. Masa ni kami di Brinchang ya...Singgah gerai ni nak beli, gerai tu nak beli. Mujur duit dalam poket tak banyak.


macam mana tak rambang mata...banyak sangat pilihan


ummi tak beli sayur pun....


Okey tak?
Tapi ummi tak beli untuk auni....


Selesai beli barang untuk ahli Teratak Mawaddah dan keluarga Kubang Kerian, kami meneruskan perjalanan ke Tanah Rata. Kat sini pun kami shopping lagi. Tapi ummi tahan ajalah nafsu nak membeli-belah ni. Masing-masing sibuk tawar-menawar harga dengan penjual :)


Kami tidur di Alina Holiday Apartment. Ini bajet hotel ye. Harga RM60/malam. Nak jimat punya pasal, kami kongsi 3 orang sebilik. Tapi bilik ummi 4orang + minta tilam satu lagi hehe. Sejuk? Ummi rasa tak sesejuk masa ummi ke sini sekolah menengah dulu. Malam tu kami makan steamboat. RM30/pakej ada udang, ayam, daging, semua ball-ball (fishcake, fishball....). Puas hati la. Ummi order air carrot je.


Esok pagi tu, seawal 6.15 pagi kami bertolak ke Gua Musang pula untuk Kejohanan Sukan RISDA Negeri Kelantan. Sampai di Dewan Sivik kira-kira jam 9.00 pagi (sarapan jam 8.30pagi). Dipendekkan cerita, pasukan kami kalah dalam permainan batu seremban dan sepak takraq. Manakala Naib Johan bagi ping-pong. Memang sengit sungguh perlawanan ping-pong petang tu. Dua-dua pasukan memang hebat.

Okey, kami bertolak balik ke Pasir Mas kira-kira jam 6.30 petang. Singgah di RnR Gua Musang untuk makan+solat sekali lagi. Akhirnya....ummi sampai rumah jam 11.15 malam. Letihnya.........


* lepas ni nak ajak abah holiday kat Cameron sekali lagi. Bawa auni tentunya!!

Tuesday, May 24, 2011

- Cameron Highlands -

Alhamdulillah...

Akhirnya, tercapai juga hasrat ummi nak ke Cameron Highlands (^_^)

Excited rasanya hehe.

Ops, ummi tak pergi dengan abah dan auni. Ummi pergi dengan rakan sekerja. Sebenarnya lusa (Khamis) ummi ada sukan di Gua Musang. Kami bertolak ke sana esok pagi sebab kena bermalam di sana. Jadi, pagi tu kami singgah dulu Cameron Highlands

wah...nampak sedap strawberry ni kan?
Teringin nak petik untuk dimakan lah nanti.

Ladang teh ni pun...saujana mata memandang
Subhanallah...indahnya!!

Auni?
Semestinya auni dengan abah kat rumah. Sob...dob...sedihnya tak dapat bawa auni sekali. Takpe dik, insyaAllah nanti kita ajak abah pergi Cameron Highlands ya.

** ummi sedang mengemas baju2 yang nak dibawa esok. Tak sabarnya.........
*** ada satu kejutan untuk semua. Nantikan entri terbaru ummi balik dari Cameron Highlands nanti ya (^_^)


Thursday, May 19, 2011

- Pizza Roti Gardenia -

* ini entri pasal masakan lagi ya...

Alhamdulillah, sebenarnya dah 3x...diulangi 3x ummi buat pizza. 3 hari berturut-turut. Dahsyat tak? Tapi takpe, ummi tak kisah malah ummi suka sangat memasak ni (walaupun kat rumah jarang masak nasi hehe...)

Ini pizza semalam. Ummi buat sekali dengan kek coklat tu. Petang tadi family Kubang Kerian datang, ummi bakar pizza sekali lagi. Balik kerja pukul 3.30 petang tadi terus siapkan bahan2 nak buat pizza. Ini pizza yang sangat mudah terutama bagi orang yang "malas" macam ummi hee...

segar dari oven ni...panas lagi
ummi guna roti gardenia je (malas+tak pandai nak uli doh pizza....)

kaya dengan keju....


Bahan2 :- (3 orang makan)
- 6 keping roti Gardenia
- 1 labu bawang besar *
- 2 ulas bawang putih *
- 2 biji tomato *
- 1/4 biji lada jepun merah *
- 1/4 biji lada jepun kuning *
- 3 batang sosej (dihiris nipis)
- 1/2 mangkuk kecil ayam kisar
- 1 sk lada hitam (ditumbuk)
- 1 sb planta

( bahan-bahan bertanda * dipotong dadu)

****************************************

Cara2 :-
1- Panaskan planta dalam kuali non-stick
2- tumis tomato dahulu (ini stail ummi...)
3- masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga kekuningan (tak perlu layu)
4- masukkan ayam kisar. Gaul sebati.
5- masukkan pula sosej yang dihiris nipis, lada jepun kuning+merah tadi. Gaul mesra kesemuanya, akhir sekali masukkan lada hitam dan perasakan dengan sedikit garam. Matikan api.

***************************************

Bahan2 make-up :-
- 2 sb sos cili
- 2 sb sos lada hitam (ummi takde sos tomato)
- sedikit hirisan keju

Cara2 :-
- sapukan permukaan roti dengan sedikit planta dan sos cili+sos lada hitam tadi
- tuangkan bahan-bahan yang ditumis tadi. Ratakan hingga menutupi permukaan roti.
- tuang sos cili+sos lada hitam sekali lagi (ikut nak banyak mana....)
- akhir sekali, tabur dengan hirisan keju
- Bakar dalam oven pada suhu 130 darjah celcius selama >< 15 minit. (5 minit pertama ummi bakar bahagian atas, 5 minit kedua bahagian bawah dan 5 minit terakhir dua-dua bahagian). Suhu tu boleh ditukar ikut kesesuaian ya....

Wednesday, May 18, 2011

- Moist Orange Chocolate Cake -

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...

Petang tadi, hajat untuk buat kek coklat dah terlaksana juga (^_^). Ummi buat dengan aman sebab abah tolong jaga auni. Terima kasih abah dan auni. Kali ni ummi buat kek coklat ikut resepi dari blog Kak Izah Daut. Memang sedap hingga menjilat jari. Terrrrbaik punya.

ummi hias dengan coklat dan manik gula aja.
* abah makan banyak kali ni hehe

ini untuk dihantar ke rumah jiran sebelah
* bagi sikit je sebab dia duk sorang2 je kat rumah...

Bahan2 :-
- 1 cawan gula pasir *
- 1 cawan serbuk koko *
- 1 cawan susu cair (ummi ganti 1/2 cawan yogurt oren+lobak) *
- 1 cawan minyak masak *
- 1/2 cawan susu pekat manis (ummi letak 3/4 cawan) *
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sk baking powder
- 1 sk soda bicarbonate
- 3 biji telur
- 3 sudu oren sunquick (ummi letak 2 sudu) *

Cara2 :-
1- Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
2- Bahan2 bertanda * dimasak dengan api perlahan dalam periuk hingga larut dan sebati. Biarkan adunan suam seketika.
3- Tepung, baking powder dan soda bicaronate diayak.
4- Pukul telur hingga kembang. Kemudian, satukan dengan bahan2 yang dimasak tadi (*). Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Jangan sampai adunan berketul. Tuang dalam loyang yang digris dengan planta/mentega. Bakar selama 50-55 minit (bergantung pada oven masing2).

Bahan untuk topping :- (ummi buat macam yang selalu tu je...mudah)
- 1 cawan susu pekat manis (boleh kurangkan kalau tidak suka manis sangat)
- 3/4 cawan serbuk koko
- 1 sudu besar mentega/planta
- 1 sudu teh nescafe/indo cafe
- 1 sudu teh perasa vanila

Semua bahan ni disatukan dan dimasak dalam periuk non-stick hingga sebati (api perlahan). Setelah itu, curahkan atas kek dan hiaskan dengan taburan manik gula (^_^)

Selamat mencuba...

* memasak dengan penuh kasih-sayang...hati suami dan anak pasti tertambat (^_^)

Tuesday, May 17, 2011

- Ulat Buku -

Alhamdulillah...

Anak dara kami dah 21 bulan...maknanya lagi 3 bulan akan berusia 2 tahun (^_^)

Auni Nafeesa...
Ketenanganku yang berharga...


Dalam usia ini, semakin banyak perkataan yang Auni tahu dan boleh sebut.
Ataranya :-

- nyet=monyet
- opi=topi
- dog=anjing
- wit=duit
- bak=(bunyi Cik Kam)
- aik=baik

dan banyak lagi...

Juga...sudah pandai posing (^_^)

Ulat Buku semestinya...
Pergi mana-mana memang kena bawa buku Auni.

AUNI NAFEESA BINTI MOHD FIKRY
:: Penyeri Teratak Mawaddah ::



- sepasang kekasih sedang mabuk -

"Kekasih Halal Sedang Mabuk"

*

*

*


Ya Allah...
satukanlah hati kami dalam mencintai

Semoga rindu yang Allah kurniakan kepada kita akan kembali semula kepadaNya

Cinta itu milik Allah. Dia yang mencampakkan cinta dalam hati kita. Maka pohonlah agar cinta kita itu disuburkan dalam keimanan dan mekarnya dibajai taqwa.

"Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan"

Hargailah sesuatu yang berharga dan janganlah engkau lepaskan kerana
belum tentu ia datang buat kali yang kedua.

dia isteriku, dia suamiku

* mengimbau nostalgia kelmarin....baru muhasabah diri


Monday, May 16, 2011

:: Sahabat Mawaddah yang ke-100 ::

TAHNIAH!!!

FOLLOWERS TERATAK MAWADDAH
YANG KE-100

*

*

*



16.05.2011
Sahabat Mawaddah berjumlah 100 orang
Alhamdulillah (^_^)

* jangan jemu ziarah kami di Teratak Mawaddah ya.
** SELAMAT HARI GURU abang (^_^)


Sunday, May 15, 2011

- Kek Coklat -

Sejak kebelakangan ni ummi suka nak membuat kek coklat :) Entah kenapa agaknya. Hari tu minta abah belikan kek coklat. Fikir balik, lagi jimat buat sendiri kan? Pastu puas hati. Minggu lepas, ummi buat kek coklat. Minggu ni ummi ingat nak buat lagi. Nak bawa balik Kubang Kerian lusa.

Ummi suka sangat kek coklat. Kadang tu teringin juga nak buat kek strawberry atau blueberry. Tapi macam tak reti je sebab ummi hanya mahir buat kek coklat hehe (perasan...). Rasanya ummi kena beli loyang bulat pula lepas ni sebab kat rumah tu loyang 4 segi.

Ummi berangan nak jual kek coklat lah...tapi kena memahirkan diri lagi ni. Banyak lagi yang ummi kena belajar. Pastu ummi nak jual sekali dengan koktel. Okey dop? (^_^) -nak cari pendapatan sampingan ni...

Practise make perfect!!!

- Wordless Sunday -

Saturday, May 14, 2011

- Wordless Saturday -

- Blog Review 2011 -

Alhamdulillah, Teratak Mawaddah sudah di review oleh Kak Yong (^_^). Ummi perasan malam semalam. Semalam kan seharian tak boleh sign-in (blogspot). Baru petang ni ummi berkesempatan nak buka blog.

Apa yang Kak Yong komen pasal teratak usang kami ni? Anda boleh baca di sini ya. Terima kasih atas teguran yang sangat membina Kak Yong (^_^). Ummi pun dah buat beberapa perubahan pada teratak kami ni. Anda boleh perasan, kan? Cantik tak? Cantik kan...? Hehe.

  • kemaskan bahagian sidebar supaya tidak melurut panjang ke bawah, buang widget yang tidak berkenaan (selesai...)
  • buat footer 3 column dan letakkan bloglist dibahagian footer (ummi buat 2 aja...)
  • masukkan meta-content. refer link Panduan memasang Meta tags (ummi belum buat lagi)
  • blog ummu auni ni tak pasang iklan pun.. so kalo nak jana pendapatan pasif, sila lah daftar dengan NUffnang (akan difikirkan hehe)
  • kotak komen tu dah okay dah jenis pop-up,, cuma tak berkenan sebab ade wordverification (WV).. sila off kan yer… Winking smile (okey, ummi dah off kan...)
  • kotak jerit tu warna cam tak senada dengan layout blog., kalo rajin tukor lah background kotak jerit tu.. (yang ini ummi rasa macam tak nak tukarlah...hehe)

Tuesday, May 10, 2011

- hatiku terpaut pada HILAL ASYRAF -

Antara buku-buku yang sempat kami beli di PBAKL baru-baru ni :-

Majalah Anis
Novel Hero
Novel Sinergi
Majalah Solusi
Buku Kanak-Kanak

Hati ummi terpaut pada NOVEL KARANGAN Hilal Asyraf
selepas Ramlee Awang Murshid, HM Tuah Iskandar dan Ubaidillah Alias

Baru baca beberapa muka surat, memang ummi betul2 jatuh hati pada karya tu.
Jangan salah faham ya!

- Last Day at Shah Alam -

Nak sampai ke episod terakhir ni yang makan masa lama hehe.

Last Day kat Shah Alam, macam iasa kami bertolak pagi dalam jam 9.00 pagi (awal ke tu..?). Seelum bertolak, bergambar kenangan dulu..

nangis sebab atok dukung hehe

masuk kete je, memang nak tido. Tengok tu....

dah isi "minyak" mula panaskan engin hehe.
Ummi, ini apa? - suka membaca (^_^)

sempat memasak..tengok tu, suap lagi tu...

apa kata auni drive?
drive ke posing ni...?

Alhamdulillah, selamat sampai lepas Maghrib sebab kami banyak berhenti. Abah ngantuk sangat, pulak tu ikut jalan Grik.

Hingga jumpa lagi ya Shah Alam!!!

Sunday, May 08, 2011

"Baby Nurkheir 1st Giveaway"




Ummi telah di tag oleh Ummu Muhammad untuk GA ni. Terima kasih ya sebab dah banyak kali tag ummi hehe, tapi GA yang ni baru ummi sempat nak join. Seronok juga dapat kenal dan tambah kenalan melalui GA kan?

Okey, jom sama-sama join GA yang dianjurkan oleh blog Ummu Nur ni :)
GA ni sempena ulangtahun ke-10 perkenalan ummi dan abi Nur
Mudah aja syarat-syaratnya.
Mari memeriahkan GA ni kawan2...

memperkenalkan anakanda tercinta, penyeri Teratak Mawaddah

*

*

*

NAMA PENUH : AUNI NAFEESA BINTI MOHD FIKRY
TARIKH LAHIR : 29 OGOS 2009

UCAPAN KHAS UNTUK ANAK :
"ANAKANDA AUNI TERCINTA...
PENYERI TERATAK MAWADDAH..
SEMOGA MEMBESAR SEBAGAI ANAK SOLEHAH..
PENYEJUK HATI UMMI DAN ABAH...
PENENANG DUNIA YANG HURU-HARA KALA INI...
KERANA DIKAU "KETENANGANKU YANG BERHARGA"

AUNI NAFEESA=KETENANGANKU YANG BERHARGA

Ummi nak tag siapa ya? Ummi nak tag
1- BSB

Friday, May 06, 2011

- 4th Day at Shah Alam -

Nak menghabiskan lagi 2 siri ni pun tersemput-semput. Apalah ummi ni.... (^_~)

Maaf ya...sekali lagi maaf sebab ummi agak sibuk sekarang ni. Laporan opis baru siap semalam, dapatlah menarik nafas lega sekejap. Balik rumah basuh baju, lipat baju, kemas rumah, basuh tandas dan bilik air (hujung minggu..kan?).

Okey, masa hari ketiga tu kami ke PWTC dan Zoo Negara. Seronok sakan + letih kami hari tu. Mana taknya, bertolak awal pagi pukul 8.15 takut jalan sesak. Sampai PWTC pukul 8.50pagi, booth pun ada yang belum buka lagi. Masa kat PWTC ni dapatlah sambar beberapa buah buku (buku anak dara paling banyak=3 buah buku).

Abah belanja kan, ummi pun pilih Pakej Anis dan Novel Sinergi (karangan Hilal Asyraf). Untuk atok dan nenek auni=Majalah Solusi. Acik Ocob=Novel Hero, Ayah Su=Novel Kanak-Kanak Lolongan Misteri.

Orang pilih buku, dia pun nak join sama pilih.

ummi belikan sekali DVD Cintai Allah Cintai Islam ni. Harganya RM8 sahaja.
* Acik Ocob dan Ayah Su Auni ikut sekali ke Pesta Buku dan Zoo Negara.

Dalam pukul 10.30pagi kami bertolak ke Zoo Negara. Cuaca pun okey tak hujan. Tiket punyalah mahal sekarang ni hehe. Dulu rasanya RM15, sekarang ni RM20. Kanak-kanak RM6. Jadinya tiket masuk untuk hari tu adalah RM86. 4orang dewasa dan 1 kanak-kanak. Auni tak kena bayar pun. Masa ni Acik Eriz pun dah turut serta.

Auni memang suka sangat masuk zoo. Dia jumpa Cik Kam dalam tu, siap usap Cik Kam lagi (^_^)


berhenti rehat, makan-makan nak isi minyak dulu baru boleh jalan2 semula hehe. Masa naik keretapi tu, tuan puteri dah tertidur keletihan :)

kami balik, singgah rumah Mak Wan dan Pak Wan. Memang sedap nasi pudina tu. Nak lagi rasanya....

Hingga jumpa lagi ZOO NEGARA ya!

Wednesday, May 04, 2011

- 3rd Day at Shah Alam -

Lamanya menunggu ummi nak update kisah balik Shah Alam tempohari kan? Maaf ye, tak disengajakan. Ummi bukan 24 jam duduk depan laptop ni huhu.

Okey, hari ketiga kami di Shah Alam, kira-kira pukul 9.00 pagi kami bertolak balik Tanjong Karang (rumah nenek sebelah mak). Memang lama sangat ummi tak balik Tanjong Karang. Lepas makan nasi lemak (2 hari berturut-turut ummi makan nasi lemak...tak menggemukkan kan??) kami bertolak ke sana. Punyalah lama tak balik, jalan nak ke sana pun ingat-ingat lupa.

Petang tu kami ke Kuala Selangor, ziarah sepupu ummi. Sepupu ummi ni dulu tinggal rumah ummi hampir 3 tahun juga. Kali ni gambar tak banyak, sikit je sebab blur.
anak dara tertidur lagi dalam perjalanan balik jumpa moyang hehe

ini masa nak balik ke Shah Alam dah...auni dah pandai nak duduk control ayu waktu ummi nak tangkap gambar dia

"satu" memang tak lepas bila bergambar
trademark auni tu!

sepupu ummi. anak-anaknya takde, ikut ayah pergi bengkel kereta


Tol : RM5.00
Minyak : RM50.00 (isi penuh)

Apa yang menarik dalam episod seterusnya?? Nantikan (^_^) ...

Monday, May 02, 2011

- 2nd Day at Shah Alam -


Hari kedua di Shah Alam, pagi tu kami ke Taman Tasik Shah Alam. Abah beria nak bawa auni berjalan-jalan. Ummi okey aja. Sampai sana, kami terus bawa auni ke taman permainan yang ada kat situ. Sebelum tu jalan-jalan tepi tasik. Seronok sebab orang takde waktu ni (hari Khamis) sebab semua sekolah/kerja hehe.

like father like daughter
like abah like auni (^_^)
* ummi paling suka gambar ni...

lepas main gelongsor, naik atas kapal pula.
konon nak jadi macam dalam "Titanic" tu hehe

lepas puas main gelongsor, isi minyak untuk main buaian pula.

kenangan yang sangat manis, 1st time auni main gelongsor dan buaian

Lepas main-main di Taman Tasik Shah Alam, kami ke Ole-Ole Shah Alam cari barang ummi. Petang tu pula kami ke Jalan Kebun ziarah nenek ummi. Malam pula kami ke rumah sahabat ummi dan abah masa di UIA dulu. Sedap sangat Ummi Nor masak mee bandung (^_^) Terima kasih Ummi Nor, lain kali jamu kami lagi ya-kata auni.

Bersambung episod seterusnya.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...