:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, February 28, 2011

- Nasi Goreng Tulus Cintaku -

Petang tadi ummi cuma goreng nasi. Cepat+mudah, sebab kat rumah takde lauk nak masak. Belum sempat nak ke pasaraya cari barang-barang dapur. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan :-

Ops!
Ini bahan-bahan yang diperlukan untuk menggoreng nasi kali ni. Cuma ada :
- bawang merah+putih
- cili api
- ikan bilis
- telur
- kobis
- satu sudu lada hitam
- sebatang sosej

* tumbuk lumat bawang, ikan bilis, lada hitam dan cili api. Tapi jangan terlalu lumat....

nasi diramas hancur...janganlah hancur lembik tu ya...

telur 2 biji tadi ummi goreng separuh masak dulu. Tak perlu sampai masak ya...
ketepikan seketika

Okey, pastu tumislah bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga sedikit garing.
Masa ni bolehlah tambah sedikit garam/gula/serbuk perasa.

Masukkan pula sosej yang dicincang halus tadi.
Gaul sebati hingga masak.

Masukkan pula kobis yang dihiris halus. (hiris ke kita panggil? (^_^)
* boleh juga nak masukkan lobak atau kacang panjang yang dipotong dadu.
Sayur campur yang ada kacang peas dan jagung tu pun okey.

kemudian kita masukkan nasi dan telur tadi. Gaul sebati.
* abah suka letak kicap kalau goreng nasi. Maka ummi tambah sedikit kicap dan sos tiram
pastikan bahan2 tumisan "mesra" dengan nasi ya

Jadi...inilah hasilnya :-
*


*




*




*




*

NASI GORENG TULUS CINTAKU
- 28/02/2011 -


* Iklil, cubalah resepi ummi ni. Hari tu nak resepi bujang kan? Boleh juga cuba masakan ummi ni (^_^)

- Pilih Kasih -

Hujung minggu kelmarin, ummi sempat juga "ziarah" semua Sahabat Mawaddah. Tak kiralah yang baru dan lama, dalam senarai Sahabat Mawaddah atau bloglist kami tu. Agak kecewa juga sebab ummi tak dapat nak ziarah beberapa orang Sahabat Mawaddah. Kenapa? Sebab tiada link yang ditinggalkan (v_v). Cuma ada nama, tapi link takde. Macam mana ye kami nak pi ziarah ni? Hehee..

Ummi minta kalau ada yang baca entri terbaru ni, TOLONG ya...t.o.l.o.n.g sertakan link anda sekali agar mudah ummi nak jejak kalian. Biasanya, kalau ummi singgah di blog Sahabat Mawaddah ni, ummi akan baca entri yang terkini dulu. Lepas tu ummi komen dan ummi tinggalkan mesej di kotak mesej. Entri-entri yang lama-lama akan ummi baca bila ummi dah ziarah semua Sahabat Mawaddah.

Perasan tak...ummi hari-hari akan ziarah beberapa blog Sahabat Mawaddah? Antaranya :-
- Perisai Mahkota - Bayt Al-Iman - Kakyong - Sarakids - ainiamin (orang tertentu je boleh masuk hehehe...)

Ada lagi sebenarnya. Pilih Kasih? Oh, tidak!! Kami tak pilih kasih. Ummi "wajib" ziarah blog-blog ni hari-hari (walaupun tiada entri baru) atas beberapa sebab.

- Perisai Mahkota :- ummi suka dengar lagu dalam ni hehe. Sehari tak dengar memang tak boleh.
- Bayt Al-Iman :- ummi suka baca kisah Muhammad
- Kakyong :- banyak yang ummi belajar pasal blog dari blog Kakyong ni...
- Sarakids :- ummi suka baca kisah Kak Farah "mengendalikan" 3 orang permata hatinya dan dia seorang ibu berkerjaya yang sangat bagus. Tak caya? Jom ziarah blog Kak Farah
- ainiamin :- ummi suka Kumpulan Nasyid In-team, dan Kak Aini ni isteri Hazamin (^_^) Apa-apa perkembangan in-team ummi dapat tahu bila baca blog Kak Aini ni hehehe

Harap tiada yang kecil hati ya kalau nama anda tidak tersenarai. Bukan bermakna ummi tak ziarah blog kalian. Memang ummi ziarah, cuma ummi buat jadual. Kebanyakan blog di atas ada kaitan dengan kehidupan ummi seharian. Sebagai seorang isteri dan ibu juga wanita berkerjaya . Kalau blog masakan, ummi paling suka ziarah blog Kak Ummi Kuantan (^_^) Semua masakan Kak Ummi sedap-sedap....masuk je, mesti terliur. Jom, para isteri...kita turun ke dapur Kak Ummi Kuantan.

* PILIH KASIH?? TIDAK!!! - jangan ambil pusing tajuk atas tu ya.....
** Bila agaknya ummi boleh buat blog berkaitan masak-masak ni ye? Ada ke yang nak masak kalau ummi tulis resepi ni? ... berangan tak sudah (^_^)

Sunday, February 27, 2011

- ini hobiku -

Hobi ummi dulu, kini dan selamanya (^_^)


1- Menulis

Masa di UIA dulu, ummi memang suka sangat menulis. Biasanya ummi menulis sajak dan cerpen / mini novel. Banyak koleksi ummi dalam laptop ni. Karya ummi biasanya hanya dibaca oleh rakan-rakan terdekat. Cuma, ada satu je sajak ummi tersiar di radio ikim. Itu pun ummi hantar sekali sahaja, atas desakan sahabat ummi dulu. Antara cerpen ummi tulis bertajuk :-

- Bayangan Semalam,
- Sesuci Kasihmu,
- Sebuah Pertemuan
- Lembayung Rindu

Sekarang?

Jujurnya, lepas kahwin dan ada anak ni, ummi dah kurang sangat menulis sajak dan cerpen ni. Kenapa? Antaranya :-

* penyakit M.A.L.A.S ummi dah datang...payahnya nak hilang.
* masa untuk menulis sajak/cerpen dah "lenyap" seketika dalam hidup ummi
* idea tak datang pon huhuhu...
* layan suami, anak, kerja2 opis, urus rumah tangga, bla..bla..bla...(boleh ke alasan ni?)

InsyaAllah lepas ni ummi nak buat cerpen juga, cuma masih belum tahu bila masanya. Asal nak menaip perkataan pertama je, mesti ummi blurr :)

***************************************************


2- Memasak

Ummi suka memasak dan mencuba resepi baru (^_^). Masa bujang dulu ummi suka masak lauk-pauk je. Kek/kuih-muih kurang suka. Tapi bila dah kahwin ni, buka kuih-muih/kek je...dessert pun ummi nak buat tiap-tiap hari hehe. Bila dah berkeluarga ni, sibuklah nak belajar macam-macam resepi. Nak masak untuk suami + anak2 lah katakan. Kalau boleh, biar suami+anak2 ingat masakan kita, suka dengan air tangan kita ni dan jatuh cinta hingga tak pandang masakan lain...kan?

InsyaAllah, ummi akan berkongsi resepi yang ummi ada dengan kalian semua. Walaupun ummi ni tak berapa pandai memasak, tapi bolehlah masak untuk keluarga. Sekadar nak mengenyangkan perut suami+anak2..insyaAllah boleh (^_^)


** Apa pula hobi kalian?

Saturday, February 26, 2011

- gaya hidup aktif -

( gambar sebelum usianya setahun)

Alhamdulillah...

Ummi dapat luangkan masa sedikit untuk update blog ni. Sejak pagi tadi ummi belum rehat lagi (v_v) huhu. Bukan mengeluh ya. Hari ni abah pergi sekolah. Budak manja tu a.k.a Auni bangun seawal jam 7.00 pagi (awal ke? selalu dia bangun jam 5.30 @ 6.00 pagi). Asyik nak ummi dukung je. Pastu main panjat-panjat kerusi dan kotak dalam rumah.

Sedang asyik panjat-panjat, tak sedar tersalah pijak kotak. Terus jatuh atas meja dan lantai. Adoiii...!! Menangis kuat pula tu (sakit sangatlah maknanya..). Bila pujuk-pujuk tak diam juga, ummi kata "Jom mandi. Adik belum mandi lagi kan? Jom mandi, pergi ambil tuala. Kita gosok gigi". Dengar mandi dan gosok gigi, senyap terus.

Auni : Ane ale? (mana tuala)
Ummi : Ummi sangkut atas kerusi depan
...dia capai tuala tu terus bagi ummi
Auni : Nah
Ummi : berus gigi adik mana?
...melilau mata dia cari berus gigi. Jumpa berus gigi dalam plastik, menonong (buat selamba/buat tak tahu) je dia terus pergi bilik air
Ummi : baju tu buka dulu kalau nak mandi.
..... auni pun buka baju dan seluar (dia dah pandai buka seluar sendiri, baju belum pandai lagi kecuali baju yang ada butang di depan)

*****************************************

Auni memang suka masuk bilik air. Tapi kalau dah masuk, tak suka nak keluar. Mengamuk dia bila ummi bawa keluar nak lap dan pakaikan baju. Habis dituang bedak dan disepahkan baju-bajunya. Kadang tu dia campak pampers dan baju juga.

Seharian dia main. Lari sana-sini, panjat itu-ini, punggah baju yang ummi dah lipat, naik-turun tangga tokmi. Kadang-kadang merengek nak dukung. Dia sebut "abba...abba" abba tu dalam kamus dia dukunglah. Siapa-siapa yang dia nak suruh dukung, dia akan depakan tangan sambil sebut "abba...abba".

Perkataan tambahan auni yang terkini :-
ale = tuala
acik = ayah chik
dik = adik (merujuk kepada nafi')
tanok = tak nak
tade = tak ada


* si puteri sedang beradu, ummi baru dapat buat kerja-kerja opis dan update blog (^_^)

- Rahsia Lahir Bulan Februari -




Berfikiran abstrak.

Sukakan benda yang realiti dan abstrak.

Bijak dan pintar

Berpewatakan yang mudah berubah.

Mudah menawan orang lain.

Agak pendiam.

Pemalu dan rendah diri.

Jujur dan setia pada segalanya.

Keras hati untuk mencapai matlamat.

Tidak suka dikongkong.

Mudah memberontak apabila dikongkong.

Suka kegiatan yang lasak.

Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.

Mudah mempamerkan marahnya.

Tidak suka benda yang remeh-temeh.

Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.

Sangat berani dan suka memberontak.

Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.

Pemerhatian yang tajam.

Suka hiburan dan sukan.

Suka benda yang bersifat seni.

Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.

Berkecenderungan pada benda yang tahyul.

Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.

Belajar untuk mempamerkan emosi

* ada juga beberapa perkara yang sangat "kena" dengan diri ummi
** abah dan ummi lahir bulan Februari (^_^)

anda bagaimana??

Friday, February 25, 2011

- giliran anda selepas ini -

InsyaAllah esok dan lusa ummi nak "ziarah" SAHABAT MAWADDAH
Kepada yang rasa-rasa ummi dah lama sangat tak jenguk kalian,
ummi minta maaf ya.
Harap faham keadaan kami yang kurang sihat sejak dua menjak ni.
InsyaAllah ummi akan ziarah kalian + juga kepada pengunjung
Teratak Mawaddah yang telah meninggalkan jejak untuk kami lawati.



*


*


*


*


GILIRAN ANDA SELEPAS INI!!


Thursday, February 24, 2011

- kami sakit, mak! -

semalam kami dapat MC

* abah = demam panas + sakit kepala + masalah jantung + tekanan darah rendah 95/48
* ummi = sakit kepala + sakit perut
* auni = (err..ada MC juga ke?) - auni duduk kat nurseri je.

Seharian kami berehat di rumah.
Abah jaga ummi = ummi jaga abah.
Auni? = dia bawa dirinya sendiri...huhuhu

****************************************

masa abah demam panas kelmarin, ummi sempat masakkan bubur nasi
untuk abah jam 3.00 pagi.
Malam tadi pula, ummi basuh baju jam 1.30 pagi.
Rumah bersepah-sepah sebab kami berdua sama-sama sakit.
Masih belum boleh mengharapkan anak dara tu nak kemas rumah.

* ummi ada temujanji dengan HUSM bulan 5 nanti.

Tuesday, February 22, 2011

- bukan main futsal sangat pun -


senaman regangan itu penting!


jurulatih dan anak buah....


eh, duit ke ni?


penolong jurulatih (^_^)


yang baju hitam ni Ayah Chik kepada anak2 kembar ni...


eh, ada monyet lah...cik nyet, apa khabar?


bola rebutan 2 sepupu...


bersungguh-sungguh si comel ni kejar bola...dapat juga akhirnya


auni : abah jangan ambil bola auni....


wajah seorang JUARA!


alamak, kena betulkan tali kasut dulu ni....


auni : aku mesti menang!
aisyah : kenapa adik nafi' nak masuk semak tu?


mari bersenam...angkat kaki kanan...


jurulatih sedang meleraikan "pergaduhan kecil" antara 2 orang pemain...


bola idaman!

Monday, February 21, 2011

- Ovarian Cyst -

1Ummi dah lama nak tulis pasal ni, tapi takut+belum bersedia+ragu-ragu. Macam-macam yang ummi fikir sejak ummi jumpa doktor minggu lepas. Macam biasa, kalau sakit ummi akan pergi Klinik Mardhiah di Kubang Kerian. Minggu lepas ummi kerap sakit kepala+sakit perut. Ummi ingat migrain (macam selalu) dan sakit perut senggugut. Ummi fikir sakit sebab rahim ummi bengkak sikit (mengikut apa yang bidan cakap....)

Bila doktor scan sebelah kiri, nampaklah ketulan hitam. Dalam 25x31 gitulah. Masa doktor tekan, memang sakit sangat. Doktor suspek ummi kena "Ovarian Cyst". Eh, ovarian cyst tu apa menda? Ummi memang tak tahu pun. Doktor pun terangkanlah serba ringkas pasal cyst ni. Cyst ni macam ketumbuhan lah...tapi bukan kanser. Cecair + darah kotor + lemak + lendir dalam kantung yang ada di ovari kita kalau tak silap ikut pemahaman ummi. Cyst ni boleh menyebabkan period tak teratur, payah nak mengandung...

Doktor pun buat temujanji dengan doktor pakar di HUSM. Cuma tarikh ummi masih belum tahu bila. Masalahnya, cyst ni memang takde ubat. Pembedahan je. Menurut doktor, biasanya cyst ni dibuang bila dah 5cm ke atas. Ummi tak tahulah macam mana. Sekarang ni ummi guna terapi Al-Quran je. Sakit memang sakit, lagi-lagi sejak dua menjak ni. Memang ummi selalu rasa sakit macam senggugut, tapi tak pernah pun tahu yang ummi ada cyst.

Kawan abah yang doktor pun syorkan ummi jumpa doktor pakar O&G dulu. Untuk pastikan cyst jenis mana, tahap apa, cara penyelesaian dan sebagainya. Dia kata kalau sakit sangat/yang melampau, boleh menyebabkan kanser juga. Itu yang ummi risau. Sebab, menurut Doktor Asliza (Klinik Mardhiah) tadi...biasanya cyst ni tak menyakitkan. Tapi kes ummi lain. Sebab ummi selalu sangat sakit. Minta-minta takde apa-apa masalah....

Sekarang ni ummi cuma makan ubat hormon yang doktor bagi.

Sunday, February 20, 2011

- si kembar main futsal? -

ummi akan update kisah si kembar lagi.
Aktiviti mereka tiap-tiap petang.
Main futsal (^_^)

*


*


*


*
Anak-anak ummi memang suka main futsal.
Lagi-lagi kalau ada abah a.k.a ayah ngah yg memang suka melayan.

nantikan ya.........



** ovarian cyst??? .....

Saturday, February 19, 2011

- siapa sisfiza? -

Hari ni ummi nak perkenalkan kawan ummi.
Sebenarnya, ummi dan sisfiza ni berkawan sejak di UIAM dulu.
Memang rapatlah (^_^) suami sisfiza pun kawan abah dan ummi.
Kiranya kamai berempat ni saling kenal sejak di UIAM lah.

Sisfiza berblogging ni kalau tak silap ummi sejak tahun lepas.
Lepas dia terlibat secara langsung dalam bab bab komputer ni.

Assalamualaikum WBT

Salam Perkenalan…

Nama saya Hafizah Aziz…boleh panggil saya Sis Fiza. Alhamdulillah saya sudah terlibat dengan dunia teknikal komputer ini secara serius bermula pada bulan Januari 2010 dan bekerja dengan suami saya di Kedai Komputer di Batu 8 Jalan Gombak.

Semoga sedikit perkongsian mengenai dunia teknikal komputer ini dapat membantu pembaca sekalian dalam menangani masalah yang dihadapi.

Artikal yang ditulis ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan juga hasil daripada sedikit kajian yang dilakukan.

Saya juga akan berkongsi pengalaman hidup sebagai seorang wanita, isteri, kakak dan anak dengan anda semua.

Semoga bermanfaat untuk semua…

sisfiza ni pun ada macam-macam resepi masakan. Memang sangat simple, tapi menarik.
Ummi rasa, mana-mana yang bujang kalau nak belajar masak...bolehla tengok blog sisfiza ni.

Jom, kita cari sisfiza!

Friday, February 18, 2011

- Nasyid Ummiku Sayang -


memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah ummiku sayang

* aku sayang ummi
ummiku sayang ummi
sayang-sayang ummi
ummiku sayang

walaupun ummi letih
mengasuh kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati

ulang *

bila pulang sekolah
ummi sambut kami
sembahyang sama ummi...
alhamdulillah

ulang *

ummiku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummiku sayang kau ibu mithali
semoga Allah kan berkati

ulang *

memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah ummiku sayang

ulang *

***********************************
Ummi suka sangat lagu ni. Tak silap ummi, lagu ni dah lama...masa ummi sekolah rendah lagi dah ada. Tapi ummi tak tahu siapa pencipta dan penyanyi lagu nasyid ni. Sampai sekarang ummi masih suka dengar. Ummi selalu mainkan lagu ni bagi Auni dengar. Untung-untung bila besar nanti, dia nyanyikan lagu ni khas untuk ummi pula, kan? (^_^)

Siapa ada lagu nasyid kanak-kanak lagi? Ummi tengah mencari-cari lagu nasyid kanak-kanak untuk auni. Tak banyak dalam koleksi ummi. Kebanyakan lagu dari Indon adalah...Kalau ada, boleh juga share dengan ummi ya. Bagi sekali laman web kalau boleh......

** lagu nasyid kanak-kanak aja ya.....tak nak remaja

-tolong bagi cadangan kat ummi -

ummi teringin nak masak sesuatu yang special untuk abah dan auni.
Agak2...apa yang sesuai ya?

Ummi ingat nak masak 2 jenis lauk, 1 hidangan sayur dan dessert.

Ada cadangan?
abah tak makan pedas sangat....sikit-sikit bolehlah...
kalau boleh resepi yang ala-ala melayu hehehe

Wednesday, February 16, 2011

- anak kembar -

- inilah ragam anak kembar ummi -

1- Auni 2- Nafi'

auni dan nafi' ni memang "kamcing".
jarang sangat gaduh.
kalau makan apa-apa, mesti saling suap-menyuap.
Main pun sama-sama.
memang masa awal2 lahir dulu, sepesen je muka...rambut....
auni kalau sampai rumah tokmi je, dia senyum sambil cakap "dik...dik" - merujuk kepada nafi'.

atas ni gambar petang semalam. kami pergi cari kek dan bahan2 nak buat koktel.
dua-dua duduk atas riba ummi.
abah pasang CD Al-Furqan, masing2 menari...
Pastu, dua-dua tertidur keletihan.
- tengok mulut auni betul-betul, masih ada sisa biskut oat...

*********************************************************

- gambar selingan -

ini masa sambutan hari lahir ummi dan abah malam tadi.
Seronok dan gembira walaupun tak semua adik-adik ada malam tadi.
Ringkas je sambutan kali ni.
Kek - koktel - keropok
Memang tak menang tangan melayan kerenah 3 anak2 ni termasuk Aisyah huhu.

** ummi takde hadiah nak bagi abah....huhuhu.....

Tuesday, February 15, 2011

Al-Mustofa

AL-MUSTOFA


Utusan ini…
Membawa khabar gembira
Seisi alam menanti kelahirannya
Seluruh pelusuk bermandi cahaya
Api sembahan Majusi padam nyalanya
Gelap suasana, mati baranya

Ya Nabiyyur Rahmah…
Tirai kamar hidup terbuka
Rahmat dibawa ke seluruh alam maya
Amanah Ilahi dijunjung sama
Tunggak warisan zaman anbiya’
Pusaka hartamu Kitabullah dan sunnah RasulNya

Ya habibi Muqaffi…
Hijrahmu ke Madinah membuka sejarah
Tabah hadapi segala mehnah
Islam kembali berdiri gagah
Sama disyukuri anugerah Allah
Panji Islam berkibar megah

Ya Nabiyyul Malahim…
Tangkas gerakmu memukau pandangan
Hayunan pedangmu mengundang ancaman
Derapan langkahmu mengalih pendengaran
Kelantangan suaramu mencetus anjakan
Ghuzwatul Bad’r menjadi saksi ketangkasan

Ya Nabiyyut Taubah…
Syafaatmu kuharap di akhirat sana
Peribadimu kusingkap lalu kutanam di jiwa
Sirahmu kuintai, bangkitkan jihad di dada
Ajaranmu kuturuti hingga hujung nyawa
Rindu duniawi, cinta ukhrawi jua

Muhammad Al-Mustafa…
Kekasih teragung Ilahi
Penghulu segala nabi
Imam Qiblataini
Al-Amin gelaran diberi
Muhammad…Ya Habibi

Nukilan :
Kembarahati
Shah Alam

- Hero Kami -

p/s : sediakan tisu secukupnya kerana entry ini akan membuatkan air mata anda gugur membasahi pipi ....


Dahulunya "dia" hanya seorang budak kecil...
yang belum dan tidak mengerti apa-apa...masih hingusan.
Dunianya hanya makan+main+tidur ... makan+main+tidur
Namun, masa terus berlalu..
"dia" juga turut berubah...
Hari berganti hari
Bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun.....

di kalangan teman, "dia" cukup dikenali....
Kebajikan teman-teman dijaga melebihi kebajikan sendiri...
Seorang pendengar yang cukup setia..
Tempat teman-teman mencurahkan segala masalah...
"dia" tidak pernah mengecewakan sebagai insan bernama SAHABAT

"dia" seorang abang yang penyayang...
"dia" juga seorang adik yang pengasih...
adik-beradik yang lain cukup menghormati apatah lagi menyayanginya,
sama sepertimana "dia" menyayangi mereka..

"dia" seorang anak yang taat akan perintah orang tuanya..
"dia" seorang menantu yang sangat pandai mengambil hati mertua..
beruntunglah kedua ibubapa yang mendidik dirinya
kerana "dia" insan istimewa...

"dia" abah yang TIDAK PERNAH meninggikan suara terhadap anaknya..
"dia" abah yang tak pernah jemu melayan kerenah anaknya...
"dia" abah yang sangat menitikberatkan kebajikan anaknya..
"dia" abah yang pandai mendidik anaknya..

"dia" sahabatku..
"dia" kekasihku...
"dia" suamiku...
"dia" yang tak pernah jemu menasihati ummi
"dia" yang tak pernah jemu mendengar luahan hati ummi
"dia" yang tak pernah jemu mendidik ummi
"dia" yang tak pernah jemu menyayangi ummi...

kerana "dia" adalah.......

~ IMAM KAMI ~

.: SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN - 27 :.
15/02/1984 - 15/02/2011

- Terima kasih atas segala kasih-sayang dan nasihat yang telah abang berikan selama ini...
~ Terima kasih kerana tidak pernah jemu menjaga kebajikan kami...
~ Terima kasih kerana sentiasa sabar dalam mendidik kami...
~ Terima kasih kerana sentiasa ada di kala kami memerlukan abang...



** ummi sebak menulis entry ni..............

Monday, February 14, 2011

- lepaskan daku -

- 14/02/2011 -

Ini pertama kali ummi upload video sepanjang ummi berblogging (^_^) Petang tadi punyalah "payah" nak tidurkan si princess ni. Bagi susu, dia minum. Abah dodoikan, tepuk-tepuk...tapi mata dia terbuntang luas jugak. Pasangkan alunan Al-Quran pula, dia siap goyang-goyang badan a.k.a joget huhuhu. Sabar ajalah....

Sedang ummi dan abah duk bercerita, dia merengek minta keluar dari kurungan a.k.a katil dia tu. Macam-macam aksi dia buat. Apa lagi, abah pun rakam aksi dia tu. Tapi, video ni paling ummi suka (^_^)

Layan ajalah ye........

* kejap lagi lepas abah habis tuisyen, kami balik rumah Tokmi Auni...

Sunday, February 13, 2011

- you are my princess -

antara gambar yang ummi terpikat masa adik ummi bertunang hari tu.
Gambar2 ni pun ummi tak perasan bila masanya diambil.
Ummi pun tak ingat hehe...

nampak manja je ngan tokmi.
auni memang manja ngan tokmi, cuma sejak demam panas baru-baru ni
dia agak "kurang mesra alam" dengan tokmi.
entah kenapa agaknya....

mula-mula tengok gambar ni, ummi gelak kuat-kuat.
lucu sangat rasanya.
Acik najah kata auni buat muka garang heheh
ummi pula kata "kalau masuk pertandingan muka garang, confirm auni juara" hihi ...

ada iras tak muka ummi dan auni?
Like mother like daughter :)
anak ummi...mestilah ada muka ummi ... kan?

okey...itu aja.

** ummi tak boleh tidur, excited sangat nak jumpa adik ipar yang balik dari Mesir hari ni hehe
abah dan tokmi auni pergi ambil di YIK.

Friday, February 11, 2011

- kami bahagia -

Kami bahagia di Teratak Mawaddah.
Lengkap sebagai 1 keluarga.
Ada abah + ummi = Auni , ....... , ......... , ............?

semoga rindu yang Allah kurniakan kepada kita akan kembali semula kepadaNya

Cinta itu milik Allah.

Cinta itu cahaya sanubari..
Kurniaan Tuhan..Fitrah Insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula.......
Ya Allah...
satukanlah hati-hati kami agar dapat bertaut dengan cintaMu

~ cinta itu milik Allah. Dia yang mencampakkan cinta dalam hati kita.
Bila-bila masa sahaja cinta itu boleh ditarik. Oleh itu banyakkan berdoa
agar cinta itu disuburkan dengan keimanan. Pohon agar cinta kita
dipelihara dan dipandu dengan kasih-sayangNya ~

- Suria Homestay, Kubang Kerian -




Monthly rent: -
Area:Kota Bharu (Kubang Kerian)
Bedrooms: 4 (siap ada air cond setiap bilik ni....)
Type: Houses, For rentSize: 1900 sq.ft.
Property Type: Bungalow / Villa / Cluster houses
Furnished: Fully furnished (cuma dapur nak masak je takde....)

Daily Rental House Bungalow house with size 1900 sq ft Bedrooms - 4 Airconds - 4 Fans - 6 with water Heater, TV, Fridge, settee Near to Kota Bharu, Hospital USM, Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Airport very cheap 1 night only RM200 (ambik 1 rumah cuma RM250/malam) if more than 1 night the rental for the second night can be negotiated. Please call - 019-3586853 or 019-3528390


kamar utama


bilik ke-2 kot....ada lagi 2 bilik x snap gambar


ruang makan....ada mesin basuh tu...

adik2 ummi bermain PS2 ...
tv disediakan...tapi PS2 bawa sendiri ye..hehe

kalau nak tahu lebih lanjut, klik SINI ya....

** mmg berbaloi lah...sebab besar dan selesa untuk 4 family berkumpul...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...